Semasa

Gadis sunti tertua di asia sudah meninggal kan dunia

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


19 OGOS 2016

http://www.sinarharian.com.my/gl … ggal-dunia-1.554011


Ana Rocella

MANILA – FILIPINA. Remaja digelar ‘gadis tertua di Asia’ meninggal dunia pada umur 19 tahun minggu lalu.
Ana Rocella mengidap penyakit ganjil, sindrom Hutchinson-Gilford yangmenyebabkan badannya kelihatan berumur lapan kali lebih cepat daripada biasa.
Menurut badan amal yang berkempen mengenai penyakit genetik berpengkalan di Amerika Syarikat, Progeria Research Foundation mengesahkan Ana Rocella meninggal dunia minggu lalu.
Memetik Daily Mail, dua tahun sebelum kematiannya, doktor menyifatkan Ana kelihatan seperti berusia 136 tahun dengan kedutan ketara di muka serta kakinya.


Namun di sebalik kesukaran hidupnya, Ana menikmatai kehidupan normal sepenuhnya.
Malah dia baru-baru ini dilihat menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 yang turut diraikan oleh idolanya iaitu penyanyi Filipina, pelakon dan personaliti televisyen, Sarah Geronimo.


Sindrom Hutchinson-Gilford atau lebih disebut Progeria akan menyebabkan badan pengidapnya berumur lapan kali lebih cepat daripada biasa.
Kebiasaanya, kematian pesakit yang mengidap sindrom ini adalah disebabkan serangan jantung atau strok.
Ketika ditemuramah CNN iReport pada tahun 2011, Anna memberitahu dia bukanlah seorang wanita sempurna.
“Doktor berkata, saya mengalami penuaan terlalu cepat malah jangka hidup saya pendek, selepas 15 tahun saya akan mati,” ujarnya.


Sementara itu, menurut Yayasan Penyelidikan Progeria, terdapat 80 kanak-kanak di seluruh dunia yang mengidap penyakit ganjil ini dan dua kes dilaporkan di Filipina.
Pakar bedah Dr. Pierre R. Clero yang merawat Anna berkata, dia menyediakan diet khas dan krim untuk kulitnya.

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply