Inspirasi

Jangan kacau tunang orang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Jangan Kacau Tunang Orang

Assalamualaikum semua. Kalau admin approve, terima kasih ya.

Pertama sekali nak cakap, aku perempuan walaupun nama zack hhahaha bukan nama sebenar okay. Confession ni isu yang agak sensitiflah jugak.

Kes ni jadi pada kawan aku, bukan aku. Tapi aku macam nak kongsi sebagai iktibar untuk kita semua, and jangan risau before aku decide nak confess ni aku dah mintak izin tuan badan sebab niat nak kongsi sebagai pengajaran untuk semua huhu. Cerita dia, kawan aku ni (perempuan) bertunang dengan pilihan hati dia. Diorang suka sama suka. Kawan sejak kitorang Tahun 1 lagi, insyaAllah lepas konvo ni diorang akan bernikah.

Biasalah kita selalu dengar orang kata waktu bertunang ni la banyak dugaan sebab syaitan nak batalkan hasrat terbinanya baitul muslim (yeke kalau salah betulkan huhu) dan inilah yang terjadi pada kawan aku ni. Waktu semua ni berlaku, diorang baru je sebulan bertunang tapi yang tahu diorang bertunang cuma kawan-kawan rapat dengan keluarga diorang. Dan mereka berdua ni sama padan sebab kawan aku tu cantik, tunang dia handsome.

Yang bagusnya, dua dua orang budak ni jenis memang tak melayan kalau ada orang cuba nak tackle. Tapi, yelah, tipulah kalau tak kena duga kan. So one day, kawan aku ni dia macam moody, whatsapp aku sedih sedih. Tapi dia tak nak cerita apa punca dia macamtu.

Aku pulak tak suka kawan aku macamtu, sedih sorang-sorang. So aku pun ajak dia jumpa masa kitorang berdua cuti. Masa jumpa makan-makan tu, aku tanya dia semula betul ke nak simpan sorang-sorang masalah kau ni. Akhirnya dia mengalah, dia cerita ada seorang perempuan dekat tempat kerja tunang dia ni obsess dekat tunang dia. Dia tahu pun sebab tunang dia terlampau stress asyik kena kacau dengan perempuan tu, so dia mengadu dekat kawan aku ni ada la dia marah2 dekat kawan aku kata stress tak tau nak buat apa sebab perempuan tu dekat mana-mana asal boleh nak muncul.

Kawan aku pulak dah lama perasan perempuan tu semacam je sebab kalau tunang dia upload gambar (even gambar makanan pun) perempuan tu akan komen, gegedik Nak cikit Waa bolehlah awak belanja nanti bla3 semua ayat yang boleh buat orang lain rasa curiga dekat perempuan tu dengan tunang kawan aku ni. SIAPA TAK GERAM BEB? Kalau aku pun aku geram dah kenapa ko nak menggedik kat semua tempat, FB la, IG la semua tempat kalau ada peluang dia nak komen. Sampai tunang kawan aku ni block perempuan tu kat IG sebab malas nak kena check comment takut2 perempuan tu muncul comment menggedik.

Yang jadi isunya, tunang kawan aku tu bukannya tak cakap dekat perempuan tu, dia dah cakap dah dekat perempuan tu jangan contact kalau tak perlu sebab dia dah bertunang. Kat ws tak boleh nak block sebab diorang satu tempat kerja, kadang-kadang perlu berurusan. I mean, patutnya kena fahamlah kan kalau lelaki dah kata macamtu? Guess what..dia tak stop jugak obsess. Dia siap cari IG kawan aku, request nak follow semua. Apa dia ingat ni competition ke siapa dapat lelaki tu dia menang? Maigoat tolonglah jangan kacau tunang orang.

Kawan aku jadi makin stress bila ada sekali tu tunang dia moody sebab geng-geng lelaki tempat dia kerja suka macam kenakan dia dengan perempuan tu. Padahal tunang dia kalau sepatah perempuan tu tanya, sepatah la dia jawab (sebab dia takut dengan perempuan tu ye jugak, kang borak lelebih makin obsess lak perempuan tu). Yang time cerita yang ni tunang kawan aku pun ada sekali, kitorang lepak bertiga, diskus apa nak kena buat dengan perempuan tu (ahahah cam kelakar je sampai nak kena discuss). Dia serabut sebab geng-geng lelaki kaki menyakat suka kata XX tunggu kau tuuuu dari tadi duk usha meja kauu kehkehkeh kau bayangkan pagi pagi datang kerja ceria tiba-tiba orang melawak benda yang dah memang serabutkan kepala otak dia. Mana tak moodynya mamat tu.

Teruk jugaklah masa ni, cadangan discuss bertiga tu pun aku yang ajak diorang berdua sebab aku risau tengok diorang sampai macam nak putus tunang, sebab kawan aku tu dia punya moody sedih fikirkan perempuan obsess tu sampai dia kata Takpelah weh aku nak bagi je la perempuan tu menang, agaknya aku ni tak cukup baik untuk X sampai macamtu penangan perempuan obsess tu. Berapi betul aku rasa nak cakar-cakar je muka pempuan tu. Tindakan dia tu jugak buat kawan aku kadang-kadang stalk perempuan tu, lepastu mulalah dia moody kata perempuan tu lagi cantik daripada dia (padahal tak pun). Moody cakap kat aku Haih hari hari dia tengok tunang akuentah apa la dia fikir and buat huu sedih aku tengok dia time ni. Penuh kesedihan je aku rasa sepanjang peristiwa tu.

Endingnya, aku cakap dekat kawan aku, block je perempuan tu dekat fb ig semua, tak payah stalk dia lagi. Fokus dekat preparation nikah korang je. Yang lelaki, aku terus cakap dekat dia, aku kenal kau macam mana, kau memang jenis tak layan perempuan sangat, kau teruskan je dengan sifat kau takyah layan perempuan tu, kalau sampai tahap terdesak kau takyah jawab soalan-solan dia yang kau rasa dia saje je tanya nak start conversation. Bagi je dia silent treatment except for work purposes kau cakap la dengan dia. Untuk geng-geng lelaki dia tu, aku cakap bagitahu je terus terang kau dah bertunang and kau tak suka diorang sakat2 macamtu.

Hah. Alhamdulillah. Berhasil jugak cara tu, perempuan tu dah stop mengacau dan yang paling best kena tukar department so takde la jumpa tunang kawan aku tu selalu sangat macam dulu. Walaupun tunang kawan aku tu sampai dah start nak cari tempat kerja lain dah sebab stress nak menghadap perempuan tu. hahahahah.

Akhir kata, aku nak cakap. Orang perempuan, tolonglah jangan perangai macamni. Gedik tu kau simpan je lah buat suami kau nanti. Tak payah nak gedik-gedik dekat lelaki tempat kerja ke, dekat classmate ke, tak payah. Kau simpan je lah gedik kau tu. Tak payah nak komen mengade-ngade, kau saje je ke nak orang fitnah gossip pasal kau dengan lelaki tu? Kalau saja, kau ada masalah mental! Bila orang lelaki dah tak layan tu, kau tak payahlah nak paksa dia , kacau dia. Kalau dia kata dia tunang orang ke suami orang ke, dah terang-teranglah dia bagitahu tu sebab dia nak cakap jangan kacau dia dia tak berminat nak kenal lebih2 dengan kau. Tak faham-faham lagi haih.

Aku percaya semua orang buat perangai tak layan orang berlainan jantina macamtu bersebab. Kawan aku kira beruntung, ada tunang yang teguh hati dia, tak melayan. Dapat dekat orang yang melayan? Tak ke naya? Kesian. Huhu.

Okay tu je nak cerita. Ingat apa aku pesan, baik lelaki, atau perempuan. Jangan kacau tunang or husband/wife orang. Ramai kat luar tu mencari pasangan macam kau, pergilah cari lain. Melainkan pasangan diorang tu sendiri yang offer kau utk kahwin dengan suami dia itu lain cerita la. Huhuh

Zack

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply