Inspirasi

Jom renung-renungkan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Jom Renung-renungkan

Assalamualaikum WBT.
Terima kasih admin kalau sudi approve. Aku bukan student UIA pon. Tapi memang hari2 juga la baca confession kat sini..

Dalam banyak2 topik hot kat IIUMC ni, tiap2 satu aku nak kasi komen. Mungkin juga lebih kepada mengkritik.
Kalau kau tak makan cili kau tak rasa pedas.
Kalau kau tak buat, kau tak sentap. Ye tak ???

1. Rumah Sewa.

Bab kongsi rumah ni memang parah. Duduk sama2, makan sama2, tidur sama2. Bayar pun kena sama2 la.
Kebersihan pun sama2 jaga la. Untung kau la dapat housemate yg ala2 OCD kan.. Tiap2 hari tolong bersih rumah. Kalau semua pengotor macam kau, mereput la sama2. Peti bau macam pasar. Tandas bau macam loji. Bilik bau macam stor.
LELAKI2 di luar sana, bau perfume dr seorang gadis yg kau tergoda sangat tu boleh jadi untuk cover bau busuk pemalas urus diri masa kat rumah. Selidik dulu sblm nk ngorat tu.. Hokayyy.
Kadang yg pakai baju bling2, tudung bling2, make up bling tu, sewa rumah RM50-60 pun liat nak bayar wey.
Pastu selfie morning coffee @ starbakk pakai camera 360 post IG etc. So funny.
Jaga kebersihan dalaman kau dulu kalau taknak mendapat susah esok2.
Tak payah nak biar papa asal bergaya sangat. Utamakan yg lebih utama. Tak mati nya kau kalau tak bergaya. Tp mendapat DOSA weh kalau tak tunaikan hak orang (sewa rumah, bil, belanja dapur etc).

2. Terlalu mengharap.

Ada jugak sejenis sekelompok kawan yg melebih sangat mengharap ni. Mentang2 kawan kau tu ada lebih sikit, semua kau nak harapkan dia.
Kawan kaya, kau minta belanja.
Kawan kreatif, kau minta buatkan itu ini.
Kawan boleh drive, kau minta jadi driver.
Kawan bijak, kau minta buatkan kerja. Minta nak copy itu, copy ini.
Kalau reti hargai takpe jugak. Ni main mintak mintak mintak je. Tak consider langsung keadaan kawan tu.
Kawan korang pun ada struggle dia jugak.
Kalau dh kawan biasa menolong, jangan pulak korang take it for granted. Ada kawan ni baik sangat dia tak mampu nak menolak walaupun dia sendiri kesempitan.
Kata kawan. Jangan la selfish wehhh.

3. Gatal nak kahwin.

Kt sosial media tu, hari2 sibuk post pasal jodoh la, kahwin la, relationship goals la, bla bla bla.
Tp realiti, baju busuk belonggok tak basuh. Selimut pun tak reti lipat main gulung je. Sarung bantal tu tak tau la bila last basuh. Perut kengang, pinggan mangkuk pun melonggok je dalam sinki.
Ada hati nak kahwin awal weh. Tu yg ada adik ipar sakit jiwa tengok perangai kakak2 ipar duk rumah mentua macam duk istana. Satu kerja pon tak reti. Mentang2 mak mertua baik. Mahu je ditarik2 telinga tu ajar buat kerja rumah.
Yg anak lelaki pun satu hal. Dah pandai berbini pandai lah mengajar nya. Jangan jadi dayus takut bini halau tidur luar sampai satu benda pon kau tak ajar bini tu. Kau laki ke pondan ?

4. Taksub cantik.

Alhamdulillah aku bersyukur Allah ciptakan aku cukup sifat. Ada mata, hidung, mulut.
Of course aku ada kekurangan. Kulit tak flawless. Tak putih gebu. Aku pun meleleh air liur tengok orang kulit gebu-gebas. Tp tak de la pulak aku ada rasa nak try produk2 yg macam2 tu. Aku sentiasa ada doubt pd iklan2 kecantikan. Itu pon terkena jugak sekali-dua. Lps tu aku stop terus beli produk merapu.
Serious. Orang tu buat iklan sbb nak cari duit kan. Tengok la sekarang berapa banyak syarikat yg buat duit dengan ajar marketing je. Ajar buat ayat je. Korang yg naif ni la yg kena. Testimoni tu boleh direka ok. Screenshot Whatsapp tu boleh diedit. Dorang letak semua yg indah2. Yg tak indah dorang sorok wey.
Eh aku bukan cakap tak boleh pakai produk kecantikan, aku just nak cakap,
Jangan mudah tertipu dengan iklan gempak. Nak try satu2 produk, cek betul2. Jangan cari yg elok je, cari jugak keburykan dia.
Cari la produk yg chemical free. Banyak weh sekarang produk yg natural takde kimia. Cari laa..
Kalau rasa kulit teruk sangat, pergi jumpa dermatologist untuk tahu keadaan kulit kau. Duit beli produk ada, takkan nk jumpa doc takde..
Amalkan minum 2liter air sehari. Air kosong k ! Makan carrot sebiji + 3 biji lemon. Kalau payah sangat nak telan, kau hiris2 lemon tu buh dalam botol air. Boleh sambil2 detox terus.
Jangan makan makanan bergoreng.
Kurangkan pengambilan garam & gula.
Tips2 ni serious ok. Korang boleh try sendiri & tengok bezanya. Dlm seminggu dh boleh rasa kesan.

5. Kawan.

Aku pernah berkawan dengan macam2 jenis orang dah. Yg jenis anak manja la paling pening. Semua nak menang dia. Tak boleh kita lebih sikit, dengki.
Ada juga sejenis kawan yg suka complain. Dengan aku dia complain pasal kawan A. Dgn kawan A dia complain pasal kawan B. Dengan kawan B, complain pasal aku ?
Ada juga sejenis kawan yg kuat sentap. Mudah merajuk. Silap sikit merajuk. Penat.
Ada juga kawan jenis minta tolong minta tolong minta tolong macam dia takde tenaga takde akal fikiran nak ikhtiar sendiri. Macam kawan ni superhero boleh buatkan semua untuk dia. Penat.
Ada macam2 jenis lagi, yg depan okay, semua okay, tapi lepas tu tarik muka tak ikut pendapat dia katanya. Penat.

TAPI, apa pun perangai kawan, ingat la.. Tu kekurangan dia. Kau pun ada kekurangan sendiri. Dia boleh terima kekurangan kau, kau pun terima lah kekurangan dia. KATA KAWAN.. Kannnn.
TAPI lagi, kalau kau tak boleh terima kekurangan kawan tu, macam melampau sangat, kau tegur la.. Secara slow talk atau deep talk atau dlm gurau2.. Pandai2 la kan. Kalau kau takde effort nk tegur dia, kau diam lah. Jangan nak ambik hati.
Lagi satu, kalau tengok orang yg perangai tak berapa elok, elakkan la menghina dia. Kau tak tahu beb kebaikan dia. Kau tak nampak.
Alih2 dalam kau duk menghina dia tu, orang lain pulak nampak kehinaan kau.
Hati2 dalam setiap kata2 dan tingkah-laku. Macam mana kau rasa, macam tu juga la orang akan rasa.

Ada lagi ni.. Tp dah panjang sangat kang admin tak sudi nk publish..
Kalau sentap tu aku minta maaf awal2 la.. Aku memang sejenis direct. Nak kawan, kawan. Taknak kawan sudah HAHA kbye.

Miss Observer

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply