Semasa

Jual durian tak elok, peniaga mati ditikam pelanggan

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


MANGSA dikejar sehingga ke beranda sebuah rumah di Taman Sri Kijang sebelum ditikam.

SEBERANG PERAI Seorang peniaga maut ditikam menggunakan sebilah pisau oleh seorang pelanggan gara-gara dikatakan menjual buah durian yang tidak elok di gerainya di Taman Sri Kijang, Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini kelmarin.

Peniaga itu, Ong Ting San, 61, yang cedera ditikam di belakang badan, rusuk kiri dan kanan serta kedua-dua kaki, disahkan meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini kira-kira pukul 10.45 malam.

Sumber polis berkata, mangsa dikatakan didatangi oleh suspek ketika dia sedang menjual durian berdekatan sebuah restoran di situ kira-kira pukul 5.15 petang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, lelaki yang dikatakan rakan mangsa itu ditahan kira-kira 12.30 tengah hari, hari ini, selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

Polis turut merampas pisau dipercayai digunakan dalam kejadian itu dan dia akan direman bagi membantu siasatan,” katanya di sini, hari ini.

Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.as…#ixzz4Hp6NP3N7

Sumber: Official News, Current IssuesTThttp://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639418″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply