Inspirasi

Kahwin muda dan cinta sakan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kahwin Muda Dan Cinta Sakan

Salam kasih dan sayang semua. Sy mintak maaf jika apa yg sy nak katakan ni berbunyi kasar atau menyedihkan sesetengah pihak. Tapi sy cuma nak menyatakan beberapa perkara yg bagi sy kurang sesuai. Sy belum berkahwin dan masih menuntut di sebuah universiti. Sekarang ni ramai pasangan yang kahwin muda, jodoh awal, syukur alhamdulillah untuk kalian. Namun begitu, sesetengah, bukan semua, yang selalu letak gambar manja dekat media sosial.

Bagi saya tidak salah untuk kita berkongsi kegembiraan dan menggalakkan kawan kawan kita untuk bernikah awal seperti kita. Sweet sebab dah halal. Tetapi sangat mengecewakan bila mereka yang upload tersebut meletakkan gambar intim. Contohnya ialah, selfie di dalam bilik, berpeluk, bercumbu, dan gambar diletakkan secara berterusan. Maksudnya, hampir setiap minggu atau lebih menakutkan setiap hari.

Sebenarnya tidak salah, malah kalian memang dah halal, sangatlah besar pahala membahagiakan pasangan kita. Kalian mesti nak letak gambar untuk penghargaan seperti hari jadi, ulang tahun perkahwinan dan lain lain.

Tetapi, apabila terlalu kerap, tambahan pulak pose gambar itu menimbulkan cerita-cerita kurang enak, tak seronoklah begitu. Tambahan pula, ada mata mata jahat yang memandang dan membayangkan kalian berasmara (kisah benar yg cukup menakutkan). Mungkin ada juga mata mata jahat yang dengki kan kebahagian kalian dan mahu memutuskan kalian.

Sy rasa serabut tapi memikirkan kalian sahabat seperjuangan sy, sy tetap follow mereka dia media sosial. Jika ada pilihan untuk mute sy akan mute. Tetapi ada media sosial yg tidak boleh mute. Jadi setiap kali gambar mereka muncul, sy akan scroll laju laju untuk mengelakkan sy dari mengumpat mereka.

Kepada kalian yang sudah berkahwin, alhamdulillah. Cumanya kalau boleh, elakkan dari upload gambar intim.

Siapalah saya seorang insan yang belum berkahwin untuk menasihati kalian. Sy mewakili kawan-kawan single kalian yg juga serabut tapi tetap follow atas dasar kawan. Mereka juga ada bercerita mengenai kalian dan berbincang sesama kami tetapi tidak berani untuk menegur. Malah ada yang sudah berkahwin juga mempunyai idea yang sama iaitu -tidak terlalu terbuka dalam meletakkan gambar di on-line.

Percaya lah kami bahagia melihat kalian, cuma yang intim itu simpanlah sesama sendiri. Semoga tulisan ini menjadi pedoman kepada saya dan rakan tauladan yang lain apabila kita berkahwin kelak. Memanglah sudah halal, tapi apabila pose manja melampau di internet, ia menciptakan rasa kurang selesa antara kita. Kami sayang kalian.

Sekali lagi saya mohon maaf atas kata-kata saya yang mengguris hati. Sy tidak cemburu atau apa, cuma ramai yang membincangkan dan mengadu perkara yang sama tetapi tidak tahu ruang mana untuk berbicara. Maka, saya tulis di sini. Maaf ya.

Mel G

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply