Inspirasi

Kawanku menakutkan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

KawanKu Menakutkan

Salam and hai everyone! Thanks admin for posting my confession. Kemain aku speaking sebagai pembuka bicara. HiHi.

Ye, kawan aku sangat menakutkan. Kenapa dia menakutkan? Muka dia hodoh? Nope. Dia suka prank orang ke? Nope. Dia menakutkan sebab dia boleh nampak makhluk ghaib a.k.a hantu-syaiton-iblis-dan sewaktu dengannya. Korang penah tengok tak cerita Korean Drama Master Sun ? Haaaa..camtu lah dia leh nampak hantu ni. Serius kalau diberi pilihan, aku tak nak kawan dengan dia. Scary woii! Banyak insiden jadi sepanjang kitorang study kat UIA dulu. Kalau tak mengenangkan dia ni kawan susah senang aku, memang dah la aku tinggalkan.

Antara insiden yang terjadi, ada satu malam tu, kitorang lepak-lepak dengang geng-geng Mahallah sebelah. Lets enjoy the weekend! Macam-macam topik la kitorang gosipkan. Si A tu kena reject dengan si B lah, si C terkentut dalam kelas lah, dan macam-macam lah. Nak jadi cerita, termasuklah topik Hantu ni. Si Jenab (memang nama sebenar) ni cerita, hari tu dia nampak orang accident masa nak balik UIA. Teruk jugak sampai meninggal. DIa siap elaborate la mangsa tu macam mana, pakai apa etc sebab dia memang kat tempat kejadian. Pastu tiba-tiba kawan aku ni, bisik dekat aku. Dia bisik, Mangsa kemalangan tu tengah duduk sebelah si Jenab . Hoii! Noharom bagitau kat aku. Serius lemah terus lutut aku. Memang aku tengok tempat lain je sepanjang Jenab semangat bercerita tu. Mcm mana dia tau tu mangsa kemalangan yang si Jenab ceritakan tu? Sebab hantu yang kat sebelah Jenab sebijik macam yang Jenab elaborate tu lah. Tak kuasa aku nak cerita lebih-lebih camne hantu tu.

Kes kedua, masa tu malam. Kitorang nak gi jumpa brother ni dekat Mahallah X. Kawan aku beli apetah, aku teman je. Tengah angin sepoi-sepoi berjalan ke cafe Mahallah tu, tiba-tiba kawan aku suruh lari. Dia dah laju pecut. Aku yang taktau apa-apa ni, lari pecut giler mengalah Watson Nyambek. Cam nak mamfuss aku pecut. Aku ingatkan dia nampak anjing ke apa. Sebab tak kuasa nak samak, aku lari lah. Rupa-rupanya dia cakap masa nak gi cafe tu, dia memang nampak benda berdiri kat tiang lampu. Kepala benda tu macam patah dan terlentok je. Tapi elok kitorang lalu kat tiang tu, benda tu jerit dan kejar kitorang. Sebab tu dia suruh lari. Gila!

Kes lainnya, nak ke department aku, kena lintas satu department ni. Aku tak nak reveal department apa. Nanti budak-budak yang tengah belajar kat department-department tu tak berani gi kelas nanti. Haha. tapi hintnya, department aku banyak budak-budak rupa tak siap. Tapi department yang menjadi laluan untuk ke department aku tu, lubuk lelaki-lelaki kacaks dan tinggi. Ahaks! Anyway, satu malam tu, aku and few friends, termasuk best friend forevah yang leh nampak hantu ni, lalu department lubuk lelaki kacaks tu. Tengah rabung sembang, tiba-tiba kawan aku ni grab tangan aku. Rapat naw dia kepit dengan aku. Dia cakap, dekat pokok besar tu ada hantu jantan besar giler dan menakutkan giler (semua giler) tengah perati kitorang. Demmit! Serius aku rasa nak nanges time ni. Kawan-kawan lain tak tau pon, dorang rancak naw bersembang. Aku macam nk pengsan dah kat situ. Lepas kejadian tu, aku dengan kawan aku ni tak lalu dah lubuk lelaki kacaks tu. sanggup kitorang guna jalan jaun nak pegi ke department kitorang.

Korang ingat tu paling seram ke? Nope. itu level biasa-biasa je. Sesuai dengan tahap aku yang penakut ni nak confess dalam ruangan ni. Macam-macam lagilah. Ada yang dia nampak kat toilet Mahallah, bawah katil, sebelah locker. Ada jugak yang memang macam cerita Thailand tu, yang benda tu bergayut kat belakang. Ada yang tiba-tiba buat bungee jump dekat kawan aku ni. Serius aku kesian dengan dia. Masa memula dia dapat kelebihan ni, memang dia selalu sakit dan tak bermaya.

Tapi yang aku tak leh lupa, lepas kitorang grad tu, baru dia cerita kat aku. Dia kata, ada satu bulan tu, tak ingat aku pergi mana. Tapi dia nampak lepas aku balik dari tempat tu, seminggu jugak benda ni ikut aku!! Aku tidur, benda tu berdiri je usha tengok aku. Aku gi kelas pon benda tu ikut je aku. Aku makan, benda tu berdiri tengok je aku. Dia cakap benda tu muka sedih sangat. Tapi sebab aku ni penakut tegar, kawan aku tak cakap kat aku. Serius kalau dia cakap, memang aku quit UIA. Hahaha. Aku ni bukan budak baik sopan solehah sangat. Tapi solat dan Quran tu aku tak tinggal. But still, benda tu leh ikut aku. Tapi aku admit, before tidur atau keluar rumah, aku selalu lupa baca 3 Qul, AL-fatihah, Qursi dan yang sepatutnya. Mungkin itu penyebabnya. So lepas ni, beringat lah ye baca surah-surah pendiding macam mak-mak kita pesan.

Kawan aku tu still ada lagi kelebihan nampak hantu tu tapi dia dah pandai kontrol. Aku pulak dah jarang berkepit dengan dia sebab masing-masing keje jauh, so takde nak heart attack selalu dah. Aku pon dah pesan kat dia, benda-benda lain boleh je story kat aku as Im a good listener too. Tapi bab-bab hantu, mohon sangat-sangat jangan cerita kat aku. Haha. Senak jantung aku woii. Sebab kaulah kawan, sampai sekarang aku tak kan tengok cerita seram etc ni. Hakikatnya orang yang tak nampak hantu tapi dengar dari orang lain, kesannya lagi menakutkan dari nampak sendiri. Hahaha. Adios~

Aku Yang Penakut

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply