Inspirasi

Kelebihan yassin 7 mubin – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kelebihan Yassin 7 Mubin

Assalamualaikum. Saya nak share sikit.

Ceritanya begini. Dalam beberapa bulan yang lepas, aku ada jatuh hati kepada seseorng yg aku gelarkan si A. Mesti korang cakap, Alaa, cerita orang meroyan pasal cinta lagi. Yup. Ini pasal cinta. Cinta seorang hamba yang semakin goyah kerana kehadiran orang ketiga. Saat aku sedar aku jatuh hati pada si A ni, aku pon buat solat istikharah. Solat istikharah yang pertama yang aku buat tentang jodoh. Dan dengan izin Allah, malam tu aku terus bermimpi si A dan dalam tu dia berborak dgn kawan dia. Dialognya sgt jelas, A berkata yg dia takkan bawa ibu ayah dia jumpa ibu ayah aku. So, sejak tu aku taknak berharap apa2 dari dia sebab dah jelas petunjuk Allah tu. Namun begitu, rasa sedih sebab rindu tu masih ada.

Aku nak cuba ikhtiar lain untuk benar2 dapatkan jawapan supaya aku boleh give up dan move on. Then, aku teringat bacaan yassin 7 mubin. Yassin 7 mubin ni diamalkan untuk mencari barang yang hilang. Mubin itu bermaksud yang jelas nyata. Secara ringkasnya, dalam surah yassin ada 7 perkataan mubin, dan apabila tiba di mubin yang pertama, berhenti sekejap dan berdoa. kemudian ulang semula bacaan yassin dari awal. Apabila tiba di mubin kedua, berdoa dan ulang semula bacaan dari awal sehingga mubin yg ketujuh. Lebih lanjut, boleh google. Namun, hanya untuk mencari barang berharga SAHAJA seperti harta, orang. Kalau setakat baju hilang kat ampaian tak perlu la. Sekolah aku dulu ade buat yassin 7 mubin disebabkan ada kes kecurian yang berturutan. Dengan izin Allah, pencuri tu berjaya ditangkap sewaktu cubaan mencuri sekali lagi di sekolah aku dan pencuri tu ialah ex-guard sekolah. Seorang parents yang turut hadir kat majlis bacaan yassin tu kemudian turut melakukan bacaan yassin 7 mubin sebab nak mencari anak dia yang lost contact di sabah selama beberapa tahun. dan alhamdulillah, kemudian anaknya berjaya dihubungi.

Jadi aku pon nak cuba untuk masalah aku ini. Kat setiap mubin aku berdoa supaya Allah tunjukkan, nyatakan, jelaskan andai si A ni jodoh aku. Dengan izin Allah, malam itu selama 3 hari berturut2 aku mimpi ex-crush aku waktu sekolah menengah dulu. lol. Aku minat dia ni sejak form 1 hingga 2 tahun after spm. Sekelas dari form1 tapi tak pernah bercakap kecuali waktu form 5 ade borak2 sikit. Walaupun tak jumpa dan tak cakap, ambil masa gak utk aku lupakan walaupun sekolah dah lama habis. Sambung cerita, aku mimpi ex-crush aku ni 3 hari berturut. Bukan tu shj, lepas baca 7 mubin tu juga, dia like shared post aku kat fb tiap hari sebab sebelum ni takde pon. Dan pagi tadi, lepas qiyam dan sementara tunggu lagi 10 minit untuk subuh, aku tidur la jap. Dan aku bermimpi aku wassap dgn ex-crush aku ni. Satu benda je aku ingat dalam chat tu iaitu 9tahun. Yup, kalau kira tahun ni dah 9 tahun aku kenal dia. Serius aku langsung takde fikir pasal ex-crush aku ni pon sebelum tidor dan tak sebut pon nama ex-crush aku dalam doa. dan aku memang dah tak suka dia. Aku minta petunjuk Allah tentang si A ni je.

Dengan semua ni, aku simpulkan, Allah telah bagi aku jawapan iaitu Allah taknak aku membazir masa dan perasaan lagi terhadap si A ni seperti mana aku bazirkan untuk ex-crush aku dulu. Lebih 7 tahun kot aku buang masa. Bagi aku, ni semua bukan kebetulan tapi benar petunjuk dari Allah kerana aku betul2 minta kepadaNya dan dia Maha Mendengar. Mesti korg kate eh, bukan yassin 7 mubin ni untuk cari barang berharga yang hilang ke? Apa barang kes kau ni? Yup. Barang aku ini lebih berharga berbanding segalanya iaitu seketul hati. Hati yang tidak khusyuk solat sebab mengingati ajnabi. Hati yang merindui sesuatu yang tidak halal. Hati yang semakin pudar dalam mengingatiNya. Jadi Allah telah pulangkan hati aku supaya hanya mencintai dan merinduiNya. Tiada yang lebih berharga dari hati yang mengingati Pencipta. Maka dengan kekuatan yang ada, aku pilih teruskan hidup dan melupakan si A ni. Doakan aku supaya mendapat cinta Allah.

Kesimpulannya,
1. Cintailah Allah melebihi segalanya.
2. Consult lah dan yakin lah dengan Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Bijaksana.
3. Mari amalkan yassin 7 mubin ini untuk mencari hati kita yang hilang dalam mencintai Allah dan barang berharga yang lain.

Wassalam.

Insan biasa

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply