Inspirasi

Kenapa hanya aku? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kenapa Hanya Aku?

Assalamualaikum. Aku harap sangat admin siarkan confession aku. Aku nak pendapat kalian. terima kasih admin.

Ini kisah aku. sebagai seorang kakak. sebelum ni aku ada baca kisah pasal adik yang benci sangat kakak dia. hahah. entah kenapa, aku rasa geram sangat kat budak tu. Berbalik pada cerita aku.

Aku bukan anak sulong, bukan jugak kakak sulong. Aku tengah2. tapi kat rumah aku adik bradik sulong sebab abang kakak semua tengah belajar. hehe. aku baru habis diploma, so cuti panjang sementara tunggu degree. Apa yang aku nak cerita ni bukannya aku tak puas hati dengan adik aku, tapi mungkin korang boleh bantu aku cari jalan macam mana nak selesaikan 🙂

Adik aku ni form4. Sebelum ni dia duduk asrama tapi sebab dia ada masalah kat asrama so at last dia duduk rumah. Btw, dia perempuan. So ceritanya, mak aku tak berapa sihat ,aku paling dewasa kat rumah dan adik bongsu aku baru sklh rendah. so konfem2 la semua kerja aku buat dari depan rumah, ruang tamu,dapur, blkg rumah, jemur kain, semua aku buat. bibik tak bergaji. hahaha. mak aku masak dan ofkos aku pun tolong2. tapi aku tak kesah buat semua ni. serius aku boleh buat.

pastu adik aku ni dia tak duduk asrama dah kan. hmm. konfem la aku mintak tolong dia sikit buat kerja rumah sbb penat jgk sbnrnya aku nak buat semua :). kerja dia cuma angkat kain petang2 dan susun pinggan kat rak. tu je. aku pun ok la. kalau korang nak tau bilik tidur pun aku yang urus termasuk kemas katil dia :). tapi yang aku tak tahan,bila aku suruh buat lebih sikit memang dia tak buat weyh. berkira nak mati. makin lama makin terok. pernah masa makan malam aku minx tolong dia basuh pinggan.

dik, tolong basuh pinggan nanti

tu bukan kerja saya

tolong la. sy jemur kain banyak tadi,angkat kain

dah tu sape suruh awk buat

ok la. aku diam. menangis dalam hati. serius aku tak suka berkira,,tapi kadang2 aku sebut juga apa aku buat sebab aku nak dia ingat yang semua benda dalam rumah ni aku yang buat. bila aku sebut dia cakap la berkira sangat. sy kan sekolah,awk duk rumah. awk buat la. okey 🙂

*aku taip sambil menangis*

aku tahu, dia benci aku. dia pernah bagitau aku depan2. aku bukan kakak yang sekepala dengan dia. biasalah. setiap manusia lain2. tapi kenapa dia tak boleh nak hormat aku sbg kakak. baju dia pun aku lipat kadang2. kalau aku dah marah sangat, aku biar je. tu pun ambik masa sebulan baru dia habis lipat. aku tak tau nak cakap apa dan nak buat apa. kalau mak aku suruh pun dia tak buat apatah lagi aku kan? aku tak harap dia ambik alih keje aku. tapi aku harap dia tolong aku sikit je dan hormat aku.

Aku mengaku. Aku pernah tertampar dia, sebab dia kurang ajar sangat. dengan kakak aku dia lain, dengan aku dia lain. memang salah aku. Aku pun ada rasa marah kan? 🙂 so lagi la dia benci aku. serius aku menyesal. Dan sebenarnya aku tak sedar aku tampar dia.

Adik bradik lain tak tau dia camni sbb dengan aku je dia camni. kalau yang lain suruh, dia akan buat. Pernah sampai kemuncak, aku gaduh besar dgn dia. Sebab masa tu aku tak tahan. Aku marah sangat dia sambil nangis. tapi dia kesah ape, lagi melawan ada. masa tu, aku cakap kat dia kalau bunuh tu halal, dah lama sy bunuh awk Allahu,, aku terlalu marah. Aku tak dapat kawal diri. Aku sedih sbb cakap macam tu. Aku cuma harap dia masuk asrama balik dan biar aku duduk rumah dgn tenang dan aku okey kalau semua kerja aku buat.

sejak kes tu, dekat sebulan aku tak cakap apa dengan dia. kerja rumah pun semua aku buat termasuk angkat kain dan susun pinggan. aku dah malas nak suruh dia, nanti dia makin benci aku kan :). Aku taknak dia benci aku.

Tak lama lagi ,aku nak masuk u dah. Aku mula risau, siapa yang akan buat kerja rumah nanti. mak aku dah tak kuat. mak aku kena rehat. Aku harap dia sedar.

terima kasih sudi membaca confession yang agak panjang ni. aku dah lega sikit :). Assalamualaikum

kakak penat

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply