Inspirasi

Kerana maira, housemate sengsara – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kerana Maira, Housemate Sengsara

Salam alaik. Okay first of all, aku bukan student UIA, tapi minat baca cerita kat page ni. Saje nak share experience aku & housemates pasal satu benda ni. Trimas admin kalau approve ye 🙂

Okeh cerita dia camni, aku dgn kawan-kawan aku baru masuk rumah sewa bulan 8 tahun lepas. Dah tak dapat asrama, terpaksa la kitorang angkat kaki pindah rumah sewa. Gituuu. 10 orang duduk rumah sewa tu.

Salah sorang geng aku ni (aku kasi nama manja dia Maira la eh), agak rapat la dgn kitorang. Dia mmg senang masuk dgn semua orang cemtuhaa. Aku pun mcm rasa dia ni baik sgt, muslimah, banyak ilmu agama, baik semua lah! Dia ada tunang, Syam nama dia. Okay dah takat tu.

Maira ni takde transport nak pegi kuliah, so dia selalu la pinjam motor kitorang, kadang-kadang dia tumpang kitorang. Tak kisah pun bab pinjam motor tu. Benda semua ni jadi dlm bulan 3 hari tu. Satu mlm tu, Maira nak pinjam motor aku nak pegi kuliah, aku bagi. Dia bwk sorang lgi housemate (Syirah) sbb dia pun ada kelas malam pukul 8. Then pukul 10 lebih tu, Maira ckp dlm group wasap mintak sapa-sapa ambikkan Syirah balik rumah sewa sbb dia banyak sgt keje nak siapkan dkt kolej. Syirah ckp Takpe, aku tunggu kau habiskan keje, aku tunggu kau kat asrama ni tapi Maira bertegas jugak suruh Syirah balik rumah sewa sbb dia tahu dia lambat lagi. Syirah ni pun pegi cari Maira dkt kelas, dia pusing bangunan kuliah tu banyak kali tapi takde orang langsung. Syirah pun tanya Mana kau Maira? Aku cari kau kat bangunan ni takde org pun, motor pun takde dah ni. Pastu Maira ckp Tengok la bebetul, ada je motor kat situ, aku dah alih sikit Tapi Syirah cari takde jugak. Kitorang pun yg lain duk call, wasap Maira sbb dia tetibe hilang mcm tu je. Tetibe Maira wasap Bagi aku masa.

Mcm pelik kat situ kan. Malam tu dia tak balik rumah sewa. Aku pulak malam tu tak sihat, pengsan lepas solat Isya. Housemates aku semua risau masa tu tapi alhamdulillah dlm pkul 12 lebih aku okay dah. Kawan-kawan aku termasuk Syirah ni mcm marah sgt kat Maira sbb dia pakai motor aku taktahu pegi mana, tipu si Syirah pulak tu. Alih-alih suruh bagi dia masa, mcm tetibe sgt. Yg Syirah marah sbb Maira tipu dia, bagi alasan mcm-mcm sampai dia pegi bangunan sorang-sorang, naik lif sorang semua. Takpe la, aku fikir time tu, mungkin si Maira ada reason dia sendiri.

Esok pagi Jumaat tu, aku cadangnya nak balik kampung (nak balik naik motor), tapi tengok motor takde, Maira tak balik lagi. Pastu pagi dlm pukul 9 Maira wasap aku Sarah, kau okay ke? Dgr crita kau pengsan smalam, aku risau sgt pasal kau. Aku balik kampung smalam, pegi sekolah adik aku ada hal. Aku ckp la aku okay je, then aku mintak dia balik time tu jugak sbb aku nak balik kampung. Dia ckp okay.

Tunggu punya tunggu, pukul 12 tengahari tak sampai jugak (jarak kampung dia ke rumah sewa 45 minit je). Aku tanya lagi Mana kau ni? Dah lambat ni, aku nak balik skrg. Dia ckp otw, dia tgh isi minyak. Okay takpe tunggu lagi. Last-last, pukul 3 ptg mcm tu baru sampai rumah sewa, masuk rumah tak mintak maaf pulak, bagi kunci motor aku pastu dia masuk bilik dia. Pffffft.

Aku mcm dah agak panas jugak la masa tu, dia dgn takde nak bagi explanation. Aku mcm takde hati nak balik kampung naik motor, tengok minyak motor pun dah sikit sgt, so aku balik naik bas je. Kawan yg lain pun mcm marah kat dia, kitorang mcm tak ckp dgn dia sgt tapi ada certain yg layan dia sikit-sikit, sbb dia langsung tak mintak maaf aku, kat Syirah. Kitorang ada sembang pasal Maira ptg tu sebelum Maira balik rumah sewa, tetibe dpt tahu cerita, Maira fitnah housemate kitorang, Anis. Macam-macam dia fitnah, pastu dpt tahu pulak drpd kawan sekolah Maira merangkap salah sorang housemate kitorang Lisa, yg Maira ni mmg perangai suka menipu drpd sekolah lagi sampai kena pulau kat sekolah sbbnya, kuat sgt menipu, serta talam dua muka. Lisa taknak cerita kat kitorang mula-mula dulu sbb dia fikir nanti kitorang ckp apa pulak, sbb selama ni kitorang tengok Maira ni mcm okay je kan, takkan tetibe Lisa nak bukak cerita.

Ada satu ptg tu, Anis dgn Maira ada kelas, kelas asing la tapinya, so diorang pegi sekali naik motor Anis. Kelas Maira batal, so Maira kata dia nak pegi pekan, pinjam motor Anis. Then Anis dah habis kelas pukul 5 tu, dia nak balik rumah sewa sbb dia nak balik kampung time tu jugak. Dia contact banyak kali si Maira tapi langsung takde respons. Last-last jalan kaki je Anis balik rumah sewa. Dari kolej ke rumah sewa dah la jalan berbukit, ada la dalam 20 minit kot kalau jalan kaki. Terkejut housemates lain tengok Anis balik jalan kaki. Pukul 7 baru Maira sampai rumah sewa, pastu dia tanya Anis, Kau marah aku ke? Anis buat taktahu, malas layan. Gila tak marah oi? Huhu so Anis kemas barang pastu ayah dia sampai rumah, ambik dia naik kereta. Anis mcm geram jugak la time tu. Drpd pukul 3 ptg sampai 7, buat apa la agaknya dia kat pekan lama-lama. Padahal jarak pekan dgn kolej 10 minit ja.

Lagi satu dia ni kaki drama, bukan kaki drama yg suka tengok drama tv tu nahh. Ni kaki drama real punya, suka berlakon, suka tambah-tambah cerita. Banyak gilaaa cerita yg dia kelentong, aku nak cerita kat sini pun takut korang muntah sbb banyak sgt. Huhu. So kiranya selama ni kitorang percaya dia apa je yg dia cerita, serius masa dia cerita tu, kitorang semua mcm Waaa kisah kau ni mcm drama la, tak sangka Mcm amazed gitu, dgn gaya dia bercerita, tapi rupanya semua tu dia tipu je. Hahahampeh.

Lepas kes kejadian dia pinjam motor aku, semua mcm dingin sikit la dgn Maira, tak berapa cakap sgt dgn dia sbb kitorang nak at least dia mintak maaf takpun bagi explanation ke apa, tapi takde. Ptg Isnin lepas zohor, Liya dgn Hana pegi kelas. Liya bagitahu kitorang yg Hana pengsan dlm kelas. Maira dpt tahu, terus dia pegi kolej ambik Hana. Dah tu dia tanya Hana pulak Aku letak motor kat mana ah? Lupa la Mana la Hana tahu, dia dah la baru sedar, ditanya soalan gitu. Hm 15 minit jugak la dia cari dia park motor kat mana, lepas tu baru jumpa. Lepas dia ambik Hana, diorang balik rumah sewa pastu cerita kat kitorang ada orang naik van putih, pakai spek hitam follow dia. Entah la betul ke tak, tapi time ni kitorang rasa dia dah start berhalusinasi.

Okay so lepas asar pulak, semua ada kat rumah. Time tu hujan, kitorang semua kumpul kat depan tengok tv, mengeteh sesama. Tetibe Maira ni main lighter bakar kertas kat ruangtamu. Kitorang buat derk je, malas layan. Anis pulak berani sikit dgn Maira, dia rampas lighter tu, baling kat luar rumah. Maira masuk bilik dia, ambik lighter lagi satu. Dlm hati, ambuii banyak pulak lighter dia ni simpan~ Lisa cpt-cpt halang dia, pegang tangan dia, suruh dia mengucap tapi dia tinggi suara, suruh lepas sbb dia kata dia sedar apa dia buat. Siap jeling lagi. Ewah kau.

Aku pegi bilik belakang lepas tu, tetibe dgr bunyi bising-bising, bunyi org jerit pastu hempas pintu. Yg lain semua panik, diorang ckp Maira ambik pisau masuk bilik pastu kunci. Allah, risau gila time tu. Lisa ckp leklok kat dia suruh dia bwk mengucap, istighfar tapi dia jerit dari dlm bilik Diam! Jgn ajar aku apa yg aku dah tahu!!

Kitorang call mak dia, tuan rumah, tunang dia sekali sbb time tu tunang dia ada dkt-dkt dgn rumah sewa kitorang. Tunang dia dtg, tumbuk pintu, berlubang je pintu tu, hek eleh bukan terbukak pun. Haha. Last-last terbukak jugak sbb tunang dia ni umpil dgn sudu ke garfu tah. Tuan rumah dtg tenangkan dia, ajak dia pegi rumah tuan rumah sbb Maira dgn anak tuan rumah kwn baik. Tapi dia mcm agak kuaja jugak la, dia ckp Saya kenal makcik, saya kenal pakcik, saya kenal Laila. Tapi kalau dkt mak saya sendiri pun saya taknak, kenapa saya nak dkt org lain?! Harus la makcik tu terasa, makcik tu pun ckp nak balik sbb takleh nak buat apa pun. Makcik pesan kalau dia dah okay, ajak dia pegi rumah makcik tu. Dipendekkan cerita, Maira ni tenang la sikit lepas tunang dia pujuk dia. Mak Maira takleh dtg sbb takde transport, ayah dia pulak keje jauh.

Lepas Maghrib, si Maira nak balik kampung, so dia ikut tunang dia balik naik motor berdua -,- Speechless tengok diorang naik motor berdua, sbb aku tengok Maira selama ni mcm jaga batas dgn lelaki. Tak habis lagi takat tu. Kitorang baru igt nak tenang sikit.

Malam tu kitorang semua tido kat ruangtamu, tetibe pukul 1 pagi dgr someone goncang-goncang pintu gril sambil jerit, Ni Maira Maira Maira Maira!!!! Dah pulakkkk, si Maira ni balik rumah sewa balik. Kitorang cuak jugak la nak bukak pintu, so kitorang buat-buat tido. Haha rupanya dia ada kunci pendua, dia bukak pintu pastu kejut kitorang semua Korang, bangun semua! Rumah ni dah tak selamat, jom keluar! Kita duduk masjid.

Bapak ah, terkejut dah kenapa dia ni. Pastu dia ckp Syam dah kena tangkap dgn org kampung, dia kena pukul blablablabla. Skrg ni ada org yg ikut aku, nak buat something. Aku risau jadi pape kat korang, esok korang semua pegi jabatan akademik, tukar kos blablablabla. Uish gila tak risau time tu, ada yg sampai menangis kot sbb risau ada orang jahat dtg rumah sewa buat pape. Tapi kitorang langsung tak berganjak pun, mcm dlm keadaan separuh takut, separuh mcm tak berapa nak percaya apa dia ckp. Pastu tak lama tu dia ckp okay takpe, mlm ni kita semua tido sini dulu, esok kemas barang apa yg patut, kita stay masjid, lebih kurang centu la ayat dia.

Drpd pukul 1 lebih tu sampai 3 lebih kitorang takleh tido, takut gila tengok perangai dia. Salah satu benda yg dia buat, dia ambik mangkuk, isi dgn air kosong tapi dia ckp tu air zamzam, dia rendam spek dia, purdah yg dia baru beli, duit syiling, hujung jaket dia dlm tu. Lepas tu dia bukak pintu gril (pukul 2 pagi dah masa ni), dia mcm jampi kat air tu pastu mintak kitorang tutup telinga sbb taknak kitorang dgr benda yg bukan-bukan katanya. Kitorang pun tutup la sbb igtkan ada makhluk halus ke apa akan berbunyi nanti. Haa tahu apa dia buat? Mesti la taktahu kan, haha sabar nak cerita la ni. Dia baling air dlm mangkuk yg dah dia rendam dgn macam-macam tu sambil jerit, Aku tak takut sapa-sapa!!!!!! Bapak ah, aku rasa jiran semua yg tgh sedap mimpi, terkejut dari lena time tu jugak. Okay lepas dia camtu, kitorang dah mmg semacam, meremang dgn dia ni. So aku dgn Anis senyap-senyap call mak dia kat bilik belakang bagitahu perangai pelik dia, mak dia mintak tlg sgt kitorang tengokkan dia, layan dia leklok sbb mak dia mmg tak blh nak dtg, call ayah-ayah sedara Maira pun tak angkat, semua tido dah time tu.

Then tak lama lepas tu, dia baca cerita wasap kat kitorang sambil nangis-nangis, kitorang semua masa ni, masya Allah tahan gelak je sbb kelakar tengok dia baca cerita sambil nangis beria. Anis siap rekod suara dia time tu. Keh. Banyak sgt dia ckp merapu masa tu, dia kata ada org dlm kereta kancil usya kitorang, ada org jaga kitorang dari atas bukit, ah macam-macam sgt. Haa lagi satu, dia dah left group wasap housemates kitorang lepas kejadian dia pinjam motor aku hari tu. Tapi dia mcm tahu apa yg kitorang sembang dlm group tu tau. Contohnya, dlm group wasap kitorang, Lisa mesej Sarah, aku takut la dgn Maira ni, peluk la aku Pastu Maira tetibe ckp Nak aku peluk kau ke Lisa? Erk. Aku tak igt Lisa jwb apa tapi takde apa sgt pun. Mak Maira call aku, tanya keadaan dia segala, aku jwb haah, ye, tak je sbb dia asyik tengok-tengok aku. Then bila dah end call, dia terus tanya aku sapa call, aku ckp mak aku. Haha mujur dia percaya, amendenya mak aku nak call pukul 2,3 pagi. Haha. Pastu pulak, dia tak habis-habis nyanyi lagu nasyid Inteam Surat Cinta. Dia asyik ulang-ulang korus lagu tu pastu yeayyyy tepuk tangan sengsorang. Takut kitorang ni, Allah je tahu mcm mana. Mmg dah nampak sgt ketidakbetulan beliau. Nak tido pun tak berani dah, esoknya dah la kelas full. Masaklah kau!

Sarah

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply