Inspirasi

Kisah si bongsu – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kisah Si Bongsu

Selalunya aku dengar kisah pengorbanan anak sulong, aku nak share kisah aku sebagai anak bongsu dan aku mohon doa kalian.

Aku anak bongsu dari 5 beradik. Dan semua dah berkahwin kecuali aku. Actually adik brdk seibu sebapa aku, kakak aku sorang ja. Mak dan ayah aku adalah janda kawen duda. Before mak ayah aku kawen, ayah aku ada 2 anak (kakak dan abang aku), mak aku ada sorang anak (abang aku). Lepas kawen dapatlah kakak aku dan aku.

Kisah bermula tepat pada tarikh 20/5/2016, aku sebagai final year final sem student yg tgah bertarung dengan pen kertas serta otak mengambil final exam. 20/5/2016 tarikh keramat dalam hidup aku. Aku ada paper pada jam 2.30 smp 5.45pm. Before aku masuk exam, aku perasan ada 2 miscalls dr kakak kandung aku, tapi aku tak sempat jawab sebab mmg kena masuk exam dah. Habis exam aku balik bilik, on hp, aku amik wudhuk. Bila aq tgok hp ada 8 miscalls dr kakak aku.

Dia call lagi then aku angkat. Berita yang buat aku tergamam, sampai kakak aku panggil2 aku byk kali. Bunyinya begini,

Dik, kak nak bgtau ni, tapi apapun kita redho dan tabah, ayah dah tak boleh gerak, tak boleh cakap, ayah lumpuh tapi adik tak yah la balik, adik tumpu exam adik lepas dpt call aku termenung, buntu. Fikir aku ada lagi 4 papers. Alkisah, malam tu aku lari balik jugak, aku sampai rumah betul2 azan subuh.

Bila aku sampai hospital, ayah aku nangis tgok aku, sebab aku tak bagi kakak aku bgtau ayah aku yang aku nak balik. Hati aku luluh, aku tahan je air mata tgok keadaan ayah aku, aku cuba senyum gelak macam biasa.

Sejak dari hari tu, aku ulang alik balik rumah dr uia setiap kali gap exam. Aku bermalam dalam bas, bersiang di uia or dirumah. Perasaan aku masa tu aku takut, sebab aku tak dapat study, aku siap fikir utk reseat papers, sebab apa aku study tak masuk otak aku. Kalau kat uia pun kejab2 mak aku call kejab2 kakak aku call apatah lagi berita2 aku dapat keadaan ayah aku semakin teruk. Aku cancel semua graduation dinner aku dan mintak excuse ibadah camp aku sebab mak aku perlukan bantuan aku urus ayah aku.

Keadaan ekonomi kami lumpuh terus. Sebab ayah hanya meniaga roti canai. Itu ja sumber kami. Sejak dari tu kami dah tak niaga dan sumber income dah tak da lagi. Sedangkan perubatan dan jagaan ayah perlukan cost yg tinggi. Tinggi bagi kami yg hanya berniaga roti canai di gerai kecil-kecilan.

Tinggal aku anak yg belum kawen, yang tak da family sendiri. Kakak2 abang2 aku semua berkeluarga dan mereka hanya buat kerja2 kampung. Mereka pun tak mampu nak tanggung perbelanjaan mak ayah aku. Kakak aku plak tgah sarat mengandung masa tu, hanya tunggu masa utk due.

Alhamdulillah, anak sedara aku datang tinggal dengan aku, mak dan ayah. Ringan sikit kerja kami nak urus ayah yang masa tu hanya bergantung pada bantuan orang. Kudrat kami sebagai perempuan tak terdaya sebab masa tu ayah berbadan besar. Tapi sekarang ayah dah kurus.

Hari ke hari, hospital, klinik, ubat jadi rutin harian kami. Akulah driver sebab mak tak berani bawak kereta. Dah hampir 2 bulan, kedai tak dibuka, simpanan dah berkurangan. Aku mula buntu. Dan aku bertambah buntu sebab aku akan masuk double degree bulan 9 nih. Ada niat utk berhenti, tapi perjanjian pinjaman pendidikan berterusan utk 5 tahun, kiranya cover sekali utk double degree aku.

Aku dan anak sedara mulakan langkah kami, kami usulkan cadangan kepada mak utk teruskan niaga roti canai tu. Alhamdulillah, mak setuju. Sampai ke hari ni aku dah niaga roti canai dgn anak sedara dan mak aku.

Kekuatan aku banyak kali di uji, sebab dalam masa aku berniaga, aku juga jadi guru ganti pada kakak aku yang cuti bersalin. Seawal jam 4 pgi aku dah bangun urus utk niaga sehingga jam 1.30 petang. Kemudian aku sambung ngajar dr jam 2.30 smp 6.30pm.

Dirumah pula, kakak duduk dengan kami semasa pantang. Jaga ayah, jaga kakak, jaga anak2. Sungguh, kadang aku letih teramat.

Akibat keletihan aku mula lost control diri, aku susah nak kawal sikap panas baran aku. Dlam keletihan nak melayan karenah sorang sorang. Istilah anak derhaka sebab cakap kasar dgan mak ayah aku, dah jadi sebati dalam hidup aku. Walau lepas tu aku yang nangis sungguh2. Sampai la satu tahap aku pukul diri aku sendiri depan mak ayah aku sebab marahkan diri yang tak dapat nak control sikap baran aku. Dari hari tu, mak ayah dah mula paham keadaan aku, dan aku belajar utk lembutkan hati aku.

Selama aku menjadi penebar roti canai, ada jugak customer yang menguji kesabaran aku antaranya
Kau belajar tinggi2 tak guna la balik tebar roti canai jugak.
Aku hanya diam dan senyum. Malas aku nak layan.

Alhamdulillah, sejak aku berniaga balik, sedikit sebanyak dapat tampung perbelanjaan rumah dan cost ubat ayah aku. Kami masih senang, senang sebab masih ada rumah utk berteduh, ada makanan utk dimakan.

Dilemma kembali sebab aku kena masuk sem bulan 9 ni. Ayat mak aku yg buat aku menitik air mata
X pa dik, dik belajar la lg setahun, habiskan, lepas tu kita senang dah(sambil mak aku nangis)

Atas semangat mak ayah aku, dan kesudian anak sedara aku utk duduk dgn mak ayah aku sampai bulan 6 tahun depan, aku teruskan double degree aku bulan 9 nih. Aku tahu jauh dalam sudut hati anak sedara aku, dia pun nak sambung belajar, ye la baru umur 19 tahun. Mesti terdetik jugak kat hati dia bila orng2 asyik tanya aku yg beljar lagi nih.

Dalam keadaan macam ni, Allah uji lagi. Lepas mak aku buat scan, urat2 kat bahu dan perut mak aku bersimpul dan tertindan-tindan. Bahu mak aku doktor letak support. Kalau dalam masa 2 minggu tak baik jugak, mak aku kena operation. Doakan mak aku tak kena operation.

Aku kagum dengan mak ayah aku. Walau dalam keadaan macam nih, dorang bahagia wlau ada gaduh sikit2.biasala tu kan.. ayah aku pun dh suka buat lawak sambil sengih muka senget sebelah (sebab muka kiri dia lumpuh).

Alhamdulillah.. kerana kuat semangat ayah, hari ni ayah dah mula belajar berjalan walau pun dlam keadaan terketar ketar. Dah pandai angkat sudu suap makanan, walau kena tolak2 makanan dgan jari sebab muka sebelah x function, dah boleh minum guna straw, tak perlu suap guna sudu lagi.

Masa aku melangkah masuk uia, aku sangat2 harap Allah panjangkan umur mak ayah aku, sebab aku nak sangat mak ayah aku datang convo aku. Aku happy gila2 tgok ayah aku dok belajar jalan.

Kepada yang membaca, aku pohon, doakanlah ayah aku sembuh, doakanlah ayah dan mak aku dapat pi convo aku bulan 11 nih. Doakan jugak, Allah kuatkan hati aku untuk jaga dan berkhidmat utk mak ayah aku, macam mana mak ayah aku jaga aku masa aku kecik dulu.

_aku si bongsu_

Suzana

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply