Inspirasi

Life is hard if you make it hard – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Life Is Hard If You Make It Hard

Assalamualaikum,hello!

Aku rasa benda ni dah lama aku simpan & in the end,aku jugak buntu dan tak tau nak buat apa. Jadi, aku ambil inisiatif untuk ceritakan kat korang.

Nama aku H. Mak aku meninggal betul betul lepas aku dilahirkan. Masa tu,mak aku bagi amanah dekat kawan dia (mak sekarang) untuk jaga aku sampai besar & berjaya. By the way, aku ada 2 adik beradik (termasuk aku). Lepas je mak aku meninggal,bapak aku hilang dengan abang aku. Tak tau pergi mana. Nak kata jumpa pun aku rasa 3 tahun sekali je.

So,alhamdulillah mak sekarang jaga aku dari kecik sampai besar. Aku bersyukur sangat sebab biasanya kalau tinggal dengan keluarga angkat ni kan biasanya jahat etc. Keluarga angkat aku ni ramai sebenarnya. Semuanya 7 adik beradik (termasuk aku) 2 perempuan+5 lelaki. Senang cerita, aku dulu masa mak aku ambik aku as anak angkat memang banyak jugak la dugaan dan cabaran dia. Macam dalam drama, aku rasa macam aku ni menumpang je. Adik beradik pulak semua anti aku dulu sebab diaorang ingat aku masuk family ni,akan merebut attention mak & ayah aku sekarang. Padahal,aku takda niat jahat apa apa pun. Lama jugak lah diaorang anti aku,tak hiraukan aku, jeling aku, benci aku, caci aku. Dekat 9 tahun jugak aku lalui benda ni and selama ni aku buat buat tak dengar/nampak atau kisah pun pasal tu. Sebab aku tau,aku bukan macam diaorang cakap tu. As years pass by, syukur alhamdulillah adik beradik aku dah mula terima kau dalam keluarga. Memang banyak la ujian aku nak hadapi stage ni. Aku rasa bersyukur sangat dapat family yang boleh sayang aku, jaga kau & kisah pasal aku.

Sampai lah satu hari ni, bapak kandung nak jumpa aku setelah seumur hidup aku dia hilang. Dia kata dia rindu. Aku kat situ dah fikir macam macam. Otak dah bercelaru. Kenapa time aku kecik dulu dia tak cari aku? Tak pertahankan hak dia? Tak tanya khabar? Tak nak pegang pun time aku baby dulu. Rupa rupanya dulu,masa mak aku lahirkan aku dia sibuk ada affair dengan orang lain. Mak aku meninggal pun dia tak kisah. Aku pun nak tak tau nak cakap cemana. 3 tahun lepas,dia ada call and cakap dia nak aku pergi majlis perkahwinan dia. Ye,that means i have a step-mother. Susah jugak untuk aku terima sebenarnya tapi tu lah kan siapa kita untuk halang kebahagiaan orang? Aku pun mula terima semua benda ni. Aku dah maafkan bapak aku lama dah. So, aku rasa ni lah masa dia untuk bahagia dengan hidup dia walaupun im not in the picture. On his wedding day, aku rasa macam nak nangis pun ada. Sebab aku rasa macam cepat sangat dia lupakan arwah ibu. Aku tau semua ni ujian daripadaNya. Aku redha dengan semua yang terjadi sebelum ni. Mak tiri aku pun lawa,not not gonna lie tho she looks 10 years younger than me. Dekat situ lah, aku dapat jumpa abang aku. Abang aku yang benci aku sebab dulu dia ingat aku yang mintak untuk berpisah dengan dia. Aku tak mintak semua ni. Dia benci aku sampai lah sekarang. Tak boleh nak terima aku sebab aku duduk jauh. Aku dah try nak contact dia kat social medias tapi semua tempat dia block aku. Twitter,Facebook & Instagram. Sedih jugak lah rasa dia. Tapi aku tau, one fine day dia akan terima aku & tak benci aku dah. Aku cuma hanya mampu berdoa.

Tahun berikutnya, bapak kandung aku buka kedai makan. Famous jugak lah. Aku rasa satu Malaysia tau kot kedai tu tapi aku tak nak lah sebut sini kan haha. Aku pulak dapat tau, dia kahwin satu lagi. Aku pun macam terkejut gak ah sebab dia kahwin satu lagi. Aku ingatkan mak tiri aku kedua ni melayu. Tapi rupa rupanya Arab. Boleh dikatakan macam hot arab goddess lah jugak lol. Mak tiri arab aku ni pernah nak get in touch dengan aku. Dia pernah datang jumpa aku bagi baju & frame tulisan arab. Aku pun macam nak tak nak je terima. Sebab aku pun tak expect yang aku ni ada mak tiri arab yang lawa gila. Terasa macam dalam mimpi pulak lol. And they got married till now.

Lepas tu, 3rd step mom made it into the picture dan seterusnya tahun ni,another step mom made it into the picture (which is 3 months ago) aku pun macam confuse cam cepat gila dah isteri ke 4. aku pun dah lost count dah berapa adik tiri aku ada. Quite hard for me to catch up dengan bapak kandung aku sebab aku duduk asing dengan dia.

Back to keluarga angkat aku, mak sekarang aku pernah pesan yang bapak angkat aku cakap yang dia kata dia tak nak/tak suka kalau aku pergi jumpa keluarga kandung aku (that includes my step mothers) aku pun kena lah ikut kan sebab aku tinggal dengan diaorang. Takkan aku nak melawan pulak kan? Nanti kang jadi apa pulak kata aku tak bersyukur aku dijaga dengan penuh kasih sayang. Jadi, sampai sekarang la aku tak jumpa keluarga kandung aku. Agak susah jugak la nak lalui semua benda ni sebab aku selalu mimpi diaorang. Macam lately ni aku mimpi bapak aku datang cari aku. Aku mimpi abang kandung aku menangis nak aku balik rumah. No matter how hard i try to fix this, aku memang tak boleh nak buat apa apa dah.

Masa aku dalam kelas, ustazah aku cerita pasal Neraka Jahannam. Dia ada selitkan ciri ciri anak derhaka. Antaranya ialah:
1) Melawan cakap ibu bapa
2) Tak solat
3) Sombong
4) Tak bersyukur
5) Tak menziarahi ibu atau bapa yang sudah kembali ke Rahmatullah

Bila ustazah aku sebut nombor 5 je aku rasa macam hati aku dah kecut. Rasa sebak & bersalah sebab tak pernah menziarah kubur arwah mak aku sampai sekarang. Aku ada sebab sebab tertentu kenapa aku tak dapat nak ziarah. Antaranya ialah:

1) Keluarga aku tak bagi
2) Aku tak tau kat mana
3) Aku dilarang oleh uncles and aunties aku (belah mak kandung aku)

Yang nombor tiga tu, uncles and aunties belah mak kandung aku pernah warning dulu, diaorang salahkan aku,bapak kandung & abang kandung aku. Dia kata yang mak kandung aku meninggal semua sebab kitaorang. Bapak kandung aku nak pergi kubur mak aku pun kena belasah. Ni kan kalau aku kan? Mau kena henjun tak pasal pasal nanti.

Malam malam, aku selalu menangis sebab teringat kat mak kandung aku. Aku dapat rasa yang dia dekat je dengan aku tapi aku je yang tak boleh nampak. Kadang kadang aku pun rasa macam dia ada tengok tengokkan aku. Aku sayu je rasa sebab tengok orang lain family complete je semua. Semua bahagia as one family. Bukan apa, aku pun sayang keluarga angkat aku sekarang. Tapi bila kena tarbiah je aku rasa macam aku patut pergi cari keluarga asal aku and minta maaf. Aku pun patut pergi ziarah kubur mak kandung aku. Aku akan ambik semua consequences. Aku dah janji pada diri yang aku akan cari jugak satu hari nanti. Aku selalu menangis sebab aku rasa kekosongan macam something wrong. Aku pun selalu sangat cemburu dengan kawan kawan aku yang ada mak ayah semua. Tapi kalau dah ditakdirkan begini, aku terima je dengan hati terbuka. Aku pun sekarang tengah focus untuk bahagiakan mak ayah angkat aku. Diaorang pun dah tua (lingkungan 60s) might aswell spend and cherish these moments with them. Kita pun tak tau bila diaorang pergi menghadap Ilahi.

Aku harap kau semua hargai mak ayah korang and tak sia siakan masa dengan mak ayah. Hargai sebelum terlambat. Ajal & jodoh semunya di tangan Tuhan.

Also,thanks for giving me the opportunity to write this down.

Al-Fatihah buat arwah ibuku, R

H

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply