Inspirasi

Low confident – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Low Confident

Assalamualaikum kepada Admin dan seluruh pembaca dan peminat tegar IIUM Confessions 🙂

Ni pertama kali saya post cerita tentang saya disini. Title saya ialah low confidents huhu saya tak tahu ini adalah satu penyakit atau tidak. Ohh lupa nak bercerita simple details pasal saya. Saya Nuha(bukan nama sebenar) umur baru 18 yaa tahun lepas saya baru habis SPM dan sekarang masih mengganggur menunggu tawaran ke kolej.

Low confident pada diri saya ni seakan-akan menghantui diri saya. Disebabkan perkara ini saya jadi rendah diri dan takut pada persekitaran. Tapi bila berhadapan dengan family, saya seperti orang yang normal. Bila berhadapan dengan persekitaran haa saya mesti agak gugup sedikit.

Saya cepat gelisah, mind set selalu set yang bukan-bukan. Masa bulan ramadhan yang lalu mak suruh saya beli kuih muih yang dijual dibawah flat. Masa nak bayar duit dekat peniaga tu, tangan saya menggeletar macam tengah buat salah pulak . Adoi memang pelik betul lahh perangai saya ni.

Dalam family , saya ade 4 orang adik beradik. Yang sulung abg, kedua kakak, saya dan yang last sekali adik perempuan saya. Normal lahh kan bila ade abg lelaki mesti balik rumah tak menentu. Tapi syukur lah keluarga saya tak ade yang jenis social melampau. Bila malam abg akan keluar dengan kawan-kawan tapi kebiasaan sebelum pukul 12 dia dah balik. Salalu juga dia balik lewat sedikit dari yang biasa, bila abang balik lewat saya mesti tak senang duduk. Macam-macam benda bermain difikiran, saya rasa mind set saya ni dah rosak agaknya mana tak nya boleh saya fikir abg saya excident lah mati lah benda ni menghantaui saya mungkin korang pelik bila baca. Huhuhu

Saya boleh dikatakan pendiam juga dengan stranger dengan kawan pun sama juga. Lagi bila berhadapan dengan kawan, suara jadi perlahan kadang-kadang tergagap-gagap bila saya berborak. Perasaan tu jadi bila saya berhadapan dengan orang yang bukan family saya. Saya strees dengan masalah saya ni. Bila berhadapan dengan orang saya jadi gelisah, saya ade baca orang yang hati kotor ni dia cepat gelisah Allahu.

Low confident saya ni lain macam sikit sampaikan nak jawab call dari orang yang saya tak kenal pun saya takut. Saya baru habis SPM banyak juga kolej-kolej swasta yang saya apply , bila orang kolej call tak pernah sekali pun angkat. Bila handphone saya berbunyi huhuhu hati saya mesti dup dap dup dap jadi takut nak angkat. Allah jee faham perasaan saya, saya nak jadi berani tapi saya tak boleh.

Saya rasa benda ni jadi sejak saya form 1 lagi. Saya cepat gelisah, takut dan tak tentu arah tanpa sebab. Sampai satu tahap mak saya pernah cakap saya ni takut dengan manusia. Adoi sedih gila huhuhu tapi saya ignore jee ape yang orang sekeliling saya cakap. Bagi saya orang tak rasa ape yang saya rasa, sebab tu saya tak peduli yang rasa aku bukan kau. Kau tak faham semua orang tak faham ape yang aku rasa.

Hari tu saya bukak fb, tiba-tiba keluar dekat news feed akbar berita harian tentang kanser Allahu masa baca bahagian komen saya terbaca satu komen ni bro tu penghidap kenser hidung mula2 bro tu kata anak dia tegur leher dia bengkak bila scan doktor kata dia dah stage 3 bila baca komen tu terus darah saya macam tak mengalir sbb leher saya pun bengkak dah lama bukan beguk. Sampai ke hari ini saya masih terfikir kalau lah saya ni penghidap kenser boleh ke saya jadi kuat. Sya ni dah laa lemah semangat cepat gelisah Allahu saya tak tahu nak cakap ape dahh takut tu bermain dalam otak saya kadang2 nak menangis pun ade bila fikir balik.

Nak jumpa doktor? Memang tak lahh , akak saya dulu tipu saya katanya dia kena buat appointment untuk check kaki dia pun saya dah gelabah, risau gugup semua ade last2 dia tipu je macam nak tercabut jantung saya ni. Nak masuk kolej nanti saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan orang. Nanti confirm2 lahh kan ade presentation kat depan hahhaha entah lahh saya boleh gila agaknya kalau macam ni perangai saya.

Pernah satu tahap saya rasa benda ni penyakit, akak2 abang2 rasa ini penyakit ke? kalau ade tips untuk saya buang tabiat ni boleh laa bagi yee, saya amat perlukan bantuan anda semua. Nak post ni pun hati saya dup dap dup dap tak senang duduk dibuatnya. Sampai sini jee lah nanti ade masa saya cerita lagi . Saya low confident nak jadi seorang yang berkeyakinan tinggi. Doakan saya yee Assalamualaikum

Nuha

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply