Inspirasi

Misteri rumah ipoh – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Misteri Rumah Ipoh

Assalam semua. TQ kalau admin IIUM Confession dapat siarkan confession aku ni. Aku Arkitek produk UIA. Keje-keje aku ni banyak yang melibatkan buidlings and drawings. Masa memula grad, biasalah fresh lagi, boss aku bagi projek yang kecik-kecik je dulu mcm renovation rumah untuk asah skill AutoCAD aku. Aku ni penakut. Tersangatlah penakut. Tengok cerita Zombi Kampung Pisang pun aku dah boleh jerit separuh nyawa.

Tahun 2008/2009 kalau aku tak silap, client boss aku tu matsaleh, nak buat resort guna rumah-rumah Melayu lama dari Kedah, Melaka, Johor etc. Dia dah beli 12 bijik rumah Melayu lama untuk direnovatekan jadi resort. Untuk projek ni, boss aku tugaskan aku untuk buat reinforcement detail drawings untuk 12 bijik rumah ni. Nak buat benda alah ni, aku kena pegi site, ambik gambar dan study bentuk rumah-rumah ni. Kena tau mana column dan beam rumah tu. Berapa tinggi rumah bla bla dan bla. Keje ni takleh siap sehari je so aku dan Engineer ni start dengan rumah Ipoh dulu. Kenapa rumah Ipoh? Sebab dia dari Ipoh la. Haha.

Rumah Ipoh ni tersangatlah besar. Macam rumah-rumah orang kenamaan dulu kala. Oleh kerana aku ni penakut terlampau, aku harapkan si Engineer yang lelaki ni akan lead kitorang punya site visit. Tapi hampeh! 25 jugak dengan aku. Maka terkepit-kepitlah kitorang masuk rumah Ipoh tu. Si Engineer ni bukan saje penakut, malah mempunyai mulut yg celupar jugak. Bila masuk dalam rumah tu, dia dah cakap rumah tu macam penah terbakar je. Lepas dah tercakap cenggitu, dia tengok aku, aku tengok dia, kitorang terus keluar cepat-cepat dari rumah tu. End up dengan tangkap gambar dr luar je.

Seminggu kemudian, boss aku suruh aku start buat drawings rumah Ipoh tu. Nak buat drawings ni, aku kena bukak balek sketches dan gambar-gambar yg aku dah ambik. Untuk double confirm kan sketches aku tu, aku check satu-satu, sedetail-detailnya setiap gambar yg aku dan Engineer tu dah ambik. Dalam banyak-banyak gambar, ada 1 gambar ni paling clear untuk dijadikan reference. So aku zoom in zoom out zoom in zoom out gambar tu utk double check sketches aku. Tiba-tiba masa aku zoom in kat bahagian tingkap, aku macam ternampak something. Sebab masa gi site visit, aku mcm rasa xde pon tingkap berkaca kat rumah tu tapi tgk gmbr mcm nampak tingkap tu berkaca. Kawan office aku suruh aku edit gambar bagi clear sket guna Adobe Photoshop so aku pulun la edit. Sekali, bila gambar dh di edit, aku nampak satu makhluk yang nampak terbakar, dengan kepala terlentok sebelah kiri, lekatkan dua-dua tapak tangan dia kat tingkap tu dan menyeringai. Apa lagi, menjerit sekuat hati la aku ni, dengan mouse & keyboard computer aku tercampak dan jatuh berderai.

Aku yakin setiap kerjaya ada cabarannya tapi kalau korang nak tau, itulah antara cabaran keje bidang construction ni. Nak taknak, aku dengan Engineer tu still kena siapkan keja kitorang. Kesian kan? Aku simpan lagi gambar tu tapi aku takleh enclose nama resort tu. Lingkup kang business dia. Haha. Walaupun aku Arkitek, aku sendiri tak faham kenapa orang sanggup bayar mahal-mahal nak duduk dalam rumah-rumah lama. Aku suka Malay Tradtional House ni. Tapi untuk stay bermalam dalam tu, idok ler teman sanggup.

Arkitek UIA

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply