Inspirasi

Nasihat untuk muslimah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nasihat Untuk Muslimah Usrah

Assalamualaikum. Terima kasih admin approve confession ni.

Aku nak cakap pasal topik yg sangat common iaitu sembang pasal kahwin. Nama aku nur, umur 20++ dan masih belajar. Aku tak tahu la kawan2 korang mcm mana tapi kawan2 aku kalau sembang memang tak lari topik boyfriend/tunang/kahwin. Tapi faham je. Siapa je tak nak kahwin cuba kau cakap dgn aku?! Semua nak.

First of all, aku ni jenis yang suka membaca tak kisah dari scientific articles, berita, ceramah agama, novel sampai lah ke social media fb, twitter, reddit, you name it. Selagi ada benda nak dibaca, aku baca. So bila jumpa kawan2, aku teringin juga nak berbual tentang isu semasa, bertukar2 pendapat, book review ke ha kan best. Bagi berkembang sikit otak. Tapi setiap kali kalau aku cakap pasal benda2 macam tu, somehow they manage to change the topic ke arah kahwin. Aduhai. Lemah semangat aku. Mula2 aku tak kisah sebab aku faham, umur 20-an ni dah di kira sesuai sangat nak berumahtangga dan kau dah kena ambil serius tentang ni. Aku join jugak kadang2. Tapi perlu ke setiap kali sembang, balik2 benda tu lagi. Bosan. Menyampah. Malas nak dengar.

Dua tahun lepas aku start pergi join usrah dgn kawan aku dengan harapan dapat tambah ilmu sikit2 dan aku expect budak2 usrah mesti kurang sikit cakap pasal lelaki. Tapi aku silap. Rupanya diorang lagi galak sembang nak berkahwin. Allah. Sabar je aku. Dan paling aku tak suka, jenis yang suka benor post pasal ciri2 bakal imam, jodoh, memikat hati mertua dan sewaktu dengannya. Lepas tu caption dekat post bukan gatal nak kahwin tapi sebagai muslimah berumur 20-an, kita perlu persiapkan diri dgn ilmu rumahtangga, jadilah seperti khadijah, jadi lah seperti aisyah blablabla. Ya. Aku setuju. Tapi perlu ke hampir setiap hari post? Ada pulak jenis yang kalau post, saja bagi statement provokasi lepas tu bila orang usik2 buat2 malu eh saya mana ada sesiapa lagi. Eh ehh aku tampar karang. Isu semasa, tips nak berjaya, scientific discovery taknak pulak share. Alahaiii. Ada kawan lelaki aku siap cakap seram weh dgn budak2 perempuan yg nampak sgt nak kahwin ni. Aku pulak yang jadi segan.

Sorry panjang pulak kan aku membebel. Sebenarnya aku nak nasihat je. Aku tahu benda ni clich dan korang selalu dengar tapi aku nak cakap jugak. Tak salah anda nak persiapkan diri untuk bakal imam anda, memang bagus. Bertuah bakal imam awak tu. Tapi sementara menunggu si dia memunculkan diri, do your best to improve yourself first. Cuba tambah knowledge, belajar skil baru. Kalau yang tengah belajar tu, fokus pada study. Cuba score dean list. Usaha sungguh2, kejar impian, cita2 korang. Balas jasa mak ayah, banggakan mereka. Be a better person. InshaAllah, somewhere along the way, the right person will recognise themselves in you (clich lagi). Aku yakin Allah bagi sesuatu bila kita dah bersedia (clich kali ketiga). Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Dulu asyik nak cari boyfriend lah, relationship goal lah. Last2 sedih, depress, rasa diri sendiri tak worth it. Lepas tu aku try slow2 sibukkan diri aku dgn charity work, usrah, study group, tambah source of reading. Bagi terisi sikit masa aku so tak ada lah berangan 24/7. Bila tak cari, baru dia muncul depan mata haha. Korang doakan urusan kitorang dipermudahkan ok.

Aku tegur sebab sedih tengok kawan2 aku lemah sebab cinta. Rasa down sebab tak ada boyfriend. Rasa tak cantik. Sebenarnya cantik je semua orang cuma diorang letakkan ada boyfriend sebagai nilai ukuran. Diorang ukur bahagia tu dengan kahwin awal. Kalau takde boyfriend, kalau kahwin lambat maksudnya tak laku, tak ada orang nak. Bukan mcm tu kawan2.

Last sekali, aku minta maaf andai ada yang terasa atau kurang setuju dengan aku. Assalamualaikum.

M

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply