Inspirasi

Nota cinta buat housemate – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nota Cinta Buat Housemate

Assalamualaikum and hai all. Again, confession pasal housemate. Ni aku nak pesan dekat awak-awak yang pernah, sedang atau akan menjadi housemate. Duduk sebumbung ni, sifir dia mudah je. Sama-sama.

Ya. Sebab kita dah duduk serumah, kita berkongsi itu ini. Berkongsi ruang tamu, dapur, bilik, tandas etc. Jadi, sama-sama itu sangatlah penting. Jgn sebab masing-masing byr sewa masing-masing, maka masing-masing buat hal masing-masing. (Sorry, bnyk sgt masing-masing). Kita hidup ni kena bermasyarakat. Reti? Bermasyarakat yg aku cuba highlight-kan ni merujuk kpd sama-sama tadi. Macam ni;

Kebersihan. Kebersihan tu separuh drp iman. Dah rumah kita sama-sama duduk, jadi apalah sangat kita saling menjaga kebersihan rumah kita. Ini tidak, bakul sampah kat dapur tu, dah macam Eiffel Tower tingginya. Bau takyah cakap lah, eeiii. Sebelum sampah tu penuh, apa salahnya awak pergi ikat dan buang. Takkan nak tunggu berulat dulu. Mentang-mentanglah dalam rumah tu ramai ahli, awak buat derk je, sbb awak fikir mesti ada yg akan buangkan. Haish. Lagi, rambut. Haa, perempuan tahulah macam mana kan? Rambut panjang mengalahkan tut, tapi tak reti nak jaga. Rambut ni kalau panjang, mudah gugur. Dah tau rambut awak tu asyik gugur je walaupun dah mcm-mcm produk syampu yg awak guna, tolonglah sapu rambut-rambut yg bergumpal, bersepah kat lantai tu. Tak suruh pun awak kutip satu-satu, penyapu kat dapur kan ada. Sapulah. Ini tak, awak sikat rambut dalam bilik, pastu gugur bergumpal-gumpal mcm bola salji, awak tolak ke luar bilik. Makanya, lantai penuh dihiasi seni rambut awak-awak semua. Awak ingat ada cleaner upahan ke kat rumah sewa awak tu? Dapur. Dapur ni tempat kita masak. Suasana mestilah tenang damai mempesonakan. Ni, awak reti masak tak reti basuh. Haish. Kuali periuk berisi minyak awak tinggal macam tu je. Perut kenyang suka hati. Kita yg tengok sakit hati. Awak, apalah salahnya kalau lepas masak tu, awak terus je basuh kuali periuk pinggan mangkuk tingkat awak tu. Boleh tak? Lepastu, dapur gas tu tolonglah lap lepas masak tu. Ni apa yg tak melekat? Sambal, kicap, minyak. Hailahhh. Pengotor betul. Hah, ni lagi satu aspek kebersihan yg sgt penting. Tandas! Wah tanda seru. Ya tandas. Tandas kan sama-sama guna. Apalah salahnya weekend tu awak tak ada kelas/kerja, awak tolong sental, basuh apa yg patut. Amboi, membuang semua tu reti. Nak tolong sental basuh tu tak boleh? Dahlah nak harapkan awak-awak beli air freshner, sabun cuci lantai cuci tandas, ibarat mengharap sesuatu yg tak pasti. Lantai tu dah berlumut awak. Cermin tu dah berkulat. Awak tak rasa geli ke?

Awak semua cantik bergaya. Keluar rumah wangi semerbak. Tapi bab kebersihan dalam rumah, awak semua gagal. Gagal.

Biasanya kalau rumah sewa, ruang menyidai baju/ampaian sangatlah terhad. Jadi, beragaklah kalau nak menyidai pun. Hari Ahad basuh baju, penuh menghiasi ruang ampaian. Tapi Sabtu nak masuk Ahad minggu satu lagi, baju-baju tu tetap utuh disitu. Tak berangkat. Awak, rumah kita bukan kedai dobi. Takde orang nak tolong angkat lipat baju-baju awak. Kawan serumah awak yg lain pun ada baju-baju nak dibasuh jugak. Awak pergi angkat baju awak sekarang..pi pi pi
Awak, biasanya mesin basuh ni dia ada bunyi dia. Dia ada bising dia. Nak-nak rumah sewa kan. Kondisi mesin basuh kdg-kdg tidak mengujakan. Awak, kalau dah pukul 11pm ke atas tu, takyahlah pegi bermesra dgn mesin basuh tu. Esok-esok jelah. Orang lain nak tido. Jgnlah ganggu ketenteraman makhluk Tuhan yg nak beristirehat.

Peti ais. Boleh tak awak -awak jenguk sikit makanan awak-awak. Sekarang ni dah 2016. Takkan lah peanut butter tahun 2015, susu tahun 2014, sos tahun 2013 awak masih nak buat koleksi. Buanglah! Sayur-sayur awak, sampai ada yg dah kering kontang lembik layu bla bla bla dah. Buang la awak. Ayam awak kat freezer, baling dekat gajah pun boleh tergolek makhluk tu. Haish. Awak kumpul koleksi makanan yg tak berusik tu sampai peti yg sebesar alam tu jadi sempit. Tak muat kawan-kawan awak yg lain nak isi koleksi makanan diorang. Awak ni..

Oh ya, dah namanya serumah kan. Sama-sama. Kalau remote tv, remote kipas(yg mana kipas guna remotela), tiba-tiba liat nak berfungsi. Bendalah tu bukan rosak tau, tapi tak ada bateri. Haa. So sebab sama-sama kan, jadi apalah salahnya awak singgah kedai runcit awak belikan bateri remote tu. Takkan lah bateri remote pun awak nak tunggu tuan rumah dtg hantarkan? Tak gitu? Ni tak, sebab bateri remote tv dah kong, awak rela mengadap tv tu dengan pandangan yg kosong. Seolah-olah awak tgk rancangan fantasi yg berlatarkan wajah awak. Aduh. Awak bosan, lalu awak menapak ke bilik dan mengira bilah kipas yang ada sampailah awak tertidur. Tragis.

Apa lagi? Ni je yang aku sempat fikir. Haha. Pesan aku ni , semua yg pernah terjadi dalam hidup aku sbg seorang teman serumah. Point dia jelah, olahan tu aku hiperbolakan. Hee. Tapi, aku yakin lagi pasti, ini sebenarnya realiti hidup berumah tangga sebelum berkahwin kan? Eh.

Kepada korang yg pernah menjadi housemate, betul kan cerita dia lebih kurang camni? Kepada korang yg bakal menjadi housemate, tolonglah bersama-sama. Hiduplah bermasyarakat. Kepada korang yg sedang mnjd housemate, kalai ada sikap yg macam ni, mohon berubah sebelum terlambat. Anda mampu mengubahnya.

Salam sayang buat housemate sedunia.

Housemate awak 😉

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply