Inspirasi

Orang kurus pun ada perasaan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Orang Kurus Pun Ada Perasaan

Assalamualaikum. Terima kasih kalau siarkan cerita aku ni. Aku dah lama pendam benda ni. Aku ni seorang yang kurus kering walaupun makan banyak mana pun susah sangat nak naik badan. Iya aku tahu setengah orang nakkan mcm ni sbb badan dia cepat naik. Tu aku tak boleh buat apa lah dah memang metabolism badan masing2 lain kan.

Jadi isunya kat sini yang aku agak terasa ah dengan sesetangah orang yang main cakap tak fikir perasaan orang ni, macam ni. Kalau ada org gemuk, and kau tegur dia cakap eii gemuknya Kau rasa dia terasa tak ? Aku boleh konfem 95% dia akan terasa dengan apa yang kau cakap tu. So aku nak bagitau kau ni, sama lah mcm aku pun. Aku org yg kurus ni. Selalu ah aku mcm tak selesa sangat bila ada org tegur aku cakap eiii kurusnyaaa..tulang je sambil pegang2 badan aku atau Wehh kau makan apa dohh Tsk Tsk aku sedih wehhh. Aku tak tahu la aku je yang terasa atau org kurus lain pun rasa mcm aku tapi aku serious sedih bila org ckp macam tu kat aku. Aku pun nak ada daging sikit. Kau ingat lawa ke kurus kering je ada tulang. Aku tahu kau menyatakan apa yg betul,apa yang kau nampak kat aku, tapi plis ah jgn cakap cmtu. Aku down duh rasa insecure pun ada. Pastu lagi satu kalau tanya bmi aku then bila aku ckp aku underweight, buat2 terkejut and tanya banyak2 kali and cakap yg kau tu ideal. Ye la tahniah la badan ideal. Hmmph

Serious aku nak bgtau korang yg suka ckp cmtu kt kawan yg kurus, maybe korang tak tahu kan sebelum ni haa meh hakak nak bagitau, KITORANG PUN RASA BENDA YANG SAMA MCM MANA ORANG GEMUK RASA BILA ORANG LAIN CAKAP DIA GEMUK. Huhu

Pastu aku ni kurus kan so takde daging sangat lah. Sama la punggung aku pun flat je. Masa aku sekolah dulu, ada sorang kawan aku gelakkan aku sbb punggung aku flat. Pastu mcm2 lah dia kata nanti suami tak suka, beranak susah, tak cantik. Dia cakap depan aku wehhhh dah tu kau nak aku buat apaaa?!

Yang mana badan sedang2 tu tahniah aku ucapkan. Aku nak sampaikan kat sini beberapa perkara lah. First, sebelum nak cakap apa2 tu fikir lah perasaan orang lain. Second, semua orang pun cantik kalau peribadi tu cantik. Kalau ada kawan kau yg underweight or overweight/obese, support lah diorang. Tahu kan perempuan mmg concern pasal body. Maybe sekali dua nak gurau takpe kot tapi kalau dah setiap kali jumpa nak ckp benda sama, susah lah. Tapi senang tak payah komen langsung lah sebab kau tak tahu berapa banyak org dh yang komen sebelum kau. Lebih baik diam daripada bercakap benda yang tak berfaedah. Lagi2 yang akan menyakitkan hati orang.

Okay assalamualaikum.

Ms S

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply