Inspirasi

Pakaian itu cerminan diri anda – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Pakaian Itu Cerminan Diri Anda

Assalamualaikum, aku harap kalau post ni dimuatnaik terima kasih dan semoga bermanfaat. Saya wanita bertudung labuh, dan join usrah.

Okay cukup dekat situ, tujuan posting ini bukan untuk menyalahkan pihak pihak yang mempunyai tanggapan mengenai niqabis dan tudung labuh.Tak. Sebaliknya saya juga nak berterima kasih kerana kadang kadang sedikit sebanyak dia reflect kehidupan saya. Kadang kadang buatkan saya terfikir jugak adakah aku reflect pemakaian aku . Haa gitu. Confession confession ni jugak kadang membuatkan kita lebih ingin menjaga nama baik secebis kain bernama tudung labuh. Tapi tak dinafikan, apa yang dilemparkan sedikit sebanyak memarakkan lagi skeptikal terhadap golongan ni. Kalau boleh, kita cuba jangan pukul rata dengan semua yang berniqab dan bertudung labuh ini sebagai satu label yang negatif sahaja okay?

Dan ini pula apa yang saya nak tegur terhadap niqabis dan tudung labuh. Kita sebagai pemakai kene reflect apa yang kita pakai. Sebagai contoh, bila pakai pakaian begini semua mata memandang kita tak kira secara positif atau negatif. Kita kene jaga kelakuan. Bukannya tanpa segan silu maki hamun, carutan dekat public. Hati hati apa yang kita cakap di public reflect prinsip kita. Dan ya, kadang kadang kita yang memberi umpan pada orang sekeliling untuk galak berkata tentang kita dengan keghairahan kita posting soal kahwin dan tunang tanpa kira masa, selfie tak tentu masa etc Kalau boleh setiap kali online mesti ada benda nak cakap mengenai jodoh nak up gambar caption jodoh Seolah olah itulah prioriti hidup si tudung labuh. Bukankah Islam itu mengajak kita kepada kejayaan?

Jadi kenapa saja tak kita projecting hidup kita juga pada ilmu ilmu yang lain juga, mantapkan iman, ambil tahu isu semasa etc. Dunia tu luas kamu tahu! Jadi dari kita galak sembang soal kawin 24 jam apa kata kita cuba hala kan masa kita dengan sesuatu yg lain. Nak cakap tak salah, minimize kan. Jodoh kita takkan sama dengan kawan kita. dia kahwin dulu biarlah dia. Mungkin sebab dia dah bersedia. Kita ni sembang kahwin laju tapi masak mengemas hampeh ni lah yang kata nak kawin sangat tu? Sekali lagi, jangan pukul rata semua niqabis dan tudung labuh macam ini. 🙂

Dan kisah usrah sembang kahwin tu, saya just nak cakap bukan semua. Malah saya tak pernah jumpa golongan usrah yang macam ni setakat ni. Kami berusrah dengan akhowat sahaja ( wanita) kami tak ada lelaki dalam group whatsapp kami. Topik kahwin tak ada dalam usrah malah jarang sekali. Kami juga ditugaskan untuk buat task cari isu isu semasa atau benda ilmiah lain untuk dibawa dalam usrah. Ye saya pernah bentang pasal Malala yousefazal, juga pernah cakap pasal artikel dan buku Tariq Ramadan tapi bila kawan kawan ada yang terkebil kita tukar la topik ringan sikit, tukar pasal Hamka siap bawak buku buku Hamka, dan Pram.. kawan usrah yang ambil medic akan cakap berkaitan bidang dia. Tapi tu sebahagian la. Kejap lagi salah faham pulak. Lol. Dalam group usrah di whatsapp kami juga kupas tentang filem, oh ya lepas kami kupas cerita 99 cahaya di langit Eropah tu lebih bersemangat kami nak menjadi agen Muslim yang baik. Kami ada rehlah di luar kami jugak ade selalu join program luar usrah. Bukan 24 jam cakap soal jodoh.

Tapi apa apa pun semoga kita semua berlapang dada dan sentiasa cuba perbaiki akhlak kita dan juga tidak pukul rata terhadap mana mana golongan sekalipun.

Johanna

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply