Semasa

Perak buat chong wei,tetap jadi kebanggaan rakyat malaysia

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Oleh : TS LOO

Kemaskini 2200 ( 20 Ogos 2016)
Chong Wei Kalah Straight Set 18-21, 18-21


sumber foto :http://images.newsworldindia.in/

Untuk set kedua ini , Chong Wei yang ketinggalan satu set kelihatan dicabar hebat oleh Chen Long yang sememangnya handal dari segi pertahanan.
Walau pun Chong Wei bermain dengan penuh ketenangan tetapi rezeki tidak memihak pada Chong Wei, sekaligus kalah dengan mata 18-21








Kemaskini 2115 ( 20 Ogos 2016)
Chen Long menang set pertama

sumber foto : http://images.newsworldindia.in/

Set pertama menyaksikan perlawanan yang cukup sengit antara kedua-dua pemain, masing-masing mencari peluang untuk memenangi set ini, akhirnya Datuk Lee chong Wei ditunduk oleh Chen Long dengan mata 18-21mengambil masa 33 minit

Kemaskini 1300 ( 20 Ogos 2016)
Ini Kalilah, Pingat Emas Pertama Perlu Dimenangi

sumber foto: www.nbcolympics.com

Badi Lin Dan sudah dipecahkan, kini yang menjadi penghalang Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi pingat emas Sukan Olimpik hanya Chen Long yang merupakan pemain nombor dua dunia.


Chong Wei pernah ke final acara badminton perseorangan lelaki sebanyak dua kali sebelum ini, kedua-duanya dikecewakan oleh Lin Dan, di Beijing pada 2008 dan di London empat tahun kemudian.


Terdahulu, Chen Long telah menumpaskan Viktor Axelsen dari Denmark 21-14, 21-15 dalam satu lagi separuh akhir.


Perlawanan akhir akan berlangsung kira-kira jam 8.15 malam ini dan Chong Wei wajib menang kerana ini adalah Sukan Olimpik terakhir untuk pemain berusia 34 tahun itu.


Semoga Chong Wei buat yang terbaik bagi memastikan lagu kebangsaan ‘Negaraku’ dapat berkumandang di gelanggang utama acara badminton Olimpik Rio De Janerio iaitu Rio Centro-Pavilion 4. – CARI



Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply