Inspirasi

Perlakuan betul yang salah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perlakuan Betul Yang Salah

Aku ni dah habis study, tapi suka baca confession2 kat sini. Saje je mengimbau zaman2 study dulu.

Biasanya asrama aku ni, bila malam hujung minggu ada apa-apa event, macam malam talentime, pertandingan nasyid atau sambutan2 lain, kitorang akan diberi makanan istimewa lepas tu. Kadang-kadang ada sate, menu western.. apa-apa lah. Dan biasanya malam tu kitorang pakat-pakat tidur lambat. Excited tak habis, satu. Esok cuti, dua. Lagipun baru lepas makan banyakmacam ular sawa, tak sedap lak nak baring masa makanan pun tak turun ke perut lagi. Energy pulak tengah banyak, so syokla duduk tengah2 dorm buka cerita hantu.

Dan memang selalu jadi, esoknya ramai yang akan terlajak subuh. Satu masa tu aku termasuk la salah sorang yang terlajak subuh pagi tu. Serius, memang tak terbangun langsung.

Pagi tu lepas sarapan, warden kitorang yg lelaki panggil budak2 perempuan turun ke dataran bawah. Siapa yang tak solat subuh pagi tadi, disuruh keluar ke depan.Beberapa orang yang lain macam confuse juga sebab tak disebut yang tak solat sebab period tu camne. Arahannya cuma siapa tak solat, keluar. Titik. Tak ada penerangan lain.

Dengan hati berdebar2 tengok rotan panjang kat tangan warden, tangan dah dikepal erat-erat sebab sat lagi nak menerima habuan, aku keluar ke depan, serah diri siap-siap.Tapi dengan tak disangka-sangka, yang kena tadah tangan untuk dirotan bukan orang yang keluar ke depan macam yang semua orang sangka, tapi orang2 yang mengaku solat pagi tadi. Serius aku confuse.

Ingat lagi kawan aku lepas tu nangis-nangis merungut kat aku, tak adil dia kena rotan padahal dia solat. Sorang lagi pun tak puas hati sebab dia yang tak solat sebab uzur pun kena rotan juga. Aku diam je la sebab aku pun tak faham.

Tapi lama2 bila dah besar sikit baru aku faham.

Aku pernah dengar ceramah Habib Ali, dia kata, ada satu kaum yang Allah titahkan pada malaikat untuk turunkan bencana pada mereka sebab banyak sangat maksiat dalam kaum tu. Lepas tu malaikat tanya,

Dalam kaum tu, ada orang yang solat dan beribadah. Nak kena bencana gak ke?
Allah balas turunkan bencana ni lebih dulu pada orang yang solat dan beribadah tu. Sebab dia mampu untuk cegah kemungkaran, tapi dia tak buat

Balik pada cerita tadi, sebab tu yang kena rotan adalah orang yang solat subuh pagi tadi.
Pertama sebab dia dah bangun, dia tak kejut kawan lain bangun sama. Setakat lepas diri sendiri solat sorang dah. Macam mana warden kitorang boleh buat kesimpulan diorang tak kejut? Sebab sampai ke pagi lampu tak buka. Selalunya kalau hari sekolah yg dah bangun akan buka lampu utk kejut kawan yg blm bangun.

Kedua..yang uzur memang tak solat kan. Kalau dia tak keluar (mengaku solat), maknanya dia tipu. Dan dia dirotan sebab menipu.

Ketiga. Ada juga dalam kalangan yang mengaku solat tu sebenarnya tak solat juga. Dia dirotan sebab dah la tak solat, menipu pula tu.

Dan terakhir, kami yang selamat dirotan ni bukan sebab tak solat tu bagus, tapi sebab bila kami dah buat salah, kami berani mengaku kesilapan kami.

Deep sangat kan. Dah bertahun2 lps tu baru aku faham reason di sebalik peristiwatu. Rindu pula saat2 study suatu ketika dulu. Korang yg masih study tu, treasure every minutes while you can.

Zeela

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply