Inspirasi

Persahabatan seorang perempuan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Persahabatan Seorang Perempuan

Assalamualaikum semua..

Hmm.. aku tak tahu macam mana nak start cerita aku ni..
Tema utama nya pasal perempuan & persahabatan..

Ceritanya mula macam ni.. Aku ni serius seorang yang introvert and susah gle nak open ngan orang baru.. Tapi ada satu masa tu, aku tetibe rasa nak berubah.. aku nak merasa hidup ramai kawan.. Aku ingatkan ble ada ramai kawan nanti, boleh sembang2, lepak2 selalu, food hunting and so on..

Aku berusaha dgn susah payahnya untuk start dulu conversation ngan orang, try sembang topik2 yang menarik. Sampaikan aku yang tak berapa minat gosip artis melayu ni, sanggup buka beatifulnara nak dapat bahan utk sembang.. Pastu, aku try update diri aku ngan lagu2 terbaru.. Walaupun sebenarnya aku kurang minat, sebab aku lagi suka lagu lama zaman high school dulu.

At first, aku rasa bahagia la jugak ngan kawan2 baru aku ni.. Apa yang aku bayangkan sebelum ni time tekad nak ubah, memang sama Hidup aku dah kurang berseorangan, aku lagi banyak bercakap, share pasal hidup aku, aku pon dgr pasal diri diorang, takyah risau pasal makanan tak cukup (ktorang saling share makanan), tgk movie sama2 kat ruang tamu and so on.. Nampak mcm bahagia je kan..

Tapi semua tu sekejap je.. Aku lama2 perasan diorang ni depan2 je baik and nampak ok je semua.. Tapi kat belakang, baru nak cakap apa yang tak puas hati.. Mula2 tu aku telan je, sbb aku fikir maybe diorang taknak lukakan hati2 orang tu..

Ada sampai satu tahap aku dah start rasa tak sedap ble aku perasan yang diorang macam fake sangat2.. Kat depan2 bila someone buat tak puas hati, tak cakap satu, and boleh pulak cakap tak kisah.. Ni bukan simple word mcm tak kisah, ni cakap tak kisah yang bersungguh.. Nak bagi korang faham lagi.. Contoh ada dua pilihan tempat makan, A & B.. Bila si Peah cakap nak makan kat A, yang lain cakap tak kisah.. Padahal yang lain nak makan kat B.. Diorang taknak cakap sebab taknak jadi the bad one.. Masalhnye ble si Peah tanya kau semua cakap tak kisah.. Pastu kat belakang Peah cakap die selfish la, apa la.. pastu ungkit cerita pasal Peah yang beribu tahun dulu.. Ble jadi camtu, aku takut nak suarakan pendapat aku.. Aku lagi banyak diam n sebolehnya elak dlm apa2 decision utk taknak jadi the bad one Tapi, yang peliknye ble depan2 si Peah buat mcm biasa je.. Like nothing happen.. Aku mcm susah gak ah nak telan.. Sebab 1st kau tak cakap yang kau taknak, pastu kalau tak berani cakap, kau takde hak nak mengadu pasal Peah.. Dah la tu, mengumpat belakang pula, pastu boleh pulak buat biasa je depan Peah.. At least, bagi la hint kat Peah tu.. Dari situ, aku dah start rasa kefakean diorang ni dlm persahabatan

Pastu, ada pulak perangai yang ble orang tak ikut pilihan die, die marah & merajuk pula.. Merajuk tu bukan yang simple2, ni tahap dewa yang macam kau dah buat kesalahan yang besar gle! Macam2 lagi la perangai.. Tapi, aku still telan je semua.. Sebab bagi aku, biasalah perangai orang lain2.. And benda yang paling aku pegang, kte masing2 background lain2, cara dibesarkan pon lain2, so mesti ada yang kte masing2 saling tak puas hati.. Yang pasal cakap belakang tu aku still tak boleh telan tapi aku try je adjustkan diri aku.. Sebab aku tgk diorang rapat je ble depan2.. Ble depan2 la kan..

Nak dipendekkan cerita, akhirnya aku telah menjadi target oleh si Bedah ni. Aku taktahu pon apa benda yang die tak puas hati ngan aku.. Aku mula2 ingatkan die tgh stress ngan study.. Tup2, rupanya tgh bengang ngan aku.. Yang nih aku salute, lama kot die pendam.. aku ni yang masih terpinga2 cuba la selidik dari kawan2 aku yang lain.. Ada la yang die tak puas hati ngan aku.. Yang aku bengangnya benda tu kecik je.. And bukan 100% salah aku, sbb kira macam ada kawan lain yang terlibat ah.. aku pon taktau nape aku sorang je yang kena.. Pastu, nape la die tak cakap je kat aku depan2.. Alasan die takut aku kecik hati.. Habis tu yang kau mengumpat pasal aku kat orang lain tu aku tak sakit hati la.. Nampak tak ironi nye kat situ.. Die macam kalau aku cakap depan2, nanti aku yang jahat.. So, baik aku cakap kat belakang supaya biar org lain pikir yanv die jahat.. Time tu aku rasa macam kena hempuk ngan satu batu yang sangat besar.. Aku stress gila kot.. Aku ni dah la introvert, campur cepat stress, campur ada inferiority complex, pendek kata semua yang tak berapa bagus tu ada la.. Aku pon terlalu pikir sangat pasal si Bedah ni.. Masalahnye, aku duk pikir2, lama2 aku rasa aku yang jahat, aku yang bersalah n so on.. Aku rasa marah mulanya tapi lama2 bertukar jadi perasaan sedih n kecewa.. Aku still ingat lagi perasaan aku time tu.. And akhirnya sebab terlalu stress aku jatuh sakit.. Aku tak lalu makan, tidur pon asik nangis je.. Last2, aku demam panas.. Aku memang selalu camtu, kalau stress je mesti ada sakit yang datang..

Rasa mcm dah panjang aku luah.. So aku berhenti sini jela dulu.

Miss

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply