Inspirasi

Positive vibes – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Positive Vibes!

Hai. Aku selalu baca confessions yang ada kat sini . Some menggembirakan, some are not .Aku jugak macam orang lain yang pernah mengalami bad days , aku jugak pernah rasa useless and such , rasa nak baring dan tidur je sepanjang hidup atas katil tanpa buat apa-apa . Aku pernah hampir give up dengan hidup dan terfikir pasal suicide ( Alhamdulillah iman ada lagi ) . I feel lonely walaupun ramai orang di sekeliling . Those feelings are like hell . Bila aku mula down , syaitan mula kuasai diri aku . Aku jadi lemah and malas solat . I cant just think straight . I cant just think about good things . Negativity , hatred merata-rata . Aku sedar semua ni jadi sebab aku tak jaga hubungan aku baik-baik dengan Tuhan. Bertimbun dosa. Aku sedar tapi aku takda kekuatan untuk bangun sendiri , yang menyebabkan aku down se-down down nya. Aku takut nak mengadu pada orang lain walaupun hati aku sangat desperate perlukan seorang kawan yang boleh kuatkan aku balik tanpa judge aku

Orang lain probably boleh mudah nasihat cakap buat lah solat sunat taubat , baca Alquran ..blah bblah blah

Aku tahu semua itu memang benda yang sangat baik dan cara yang sangat baik untuk kembali pada Tuhan . Aku rasa majority tahu yang dengan mengingati Allah , hati akan menjadi tenang . But know what? kalau semua itu semudah yang bila kata buatlah solat taubat boleh terus bangun and buat , rasa nya aku pun tak payah tulis pasal tips ni .Tak dinafikan sesetengah orang boleh terus terbukak hati nak buat semua tu , tapi mostly tak. Susahhh hoi sebenarnya , bila mental dan emosi kau berada di tahap yang paling bawah , kau dah tak boleh fikir secara elok dah . Kau akan rasa berat-seberatnya untuk berbuat apa-apa , apatah lagi nak solat yang memerlukan kau fokus sepenuhnya.

Tapi Alhamdulillah sebab kesedaran tu ada lah , aku cuba paksa diri aku untuk bangun sendiri . Aku tak boleh tahan berterusan hidup macam ni . Sebab the one yang bertanggungjawab ke atas diri kita ialah kita sendiri

Tips ini ditulis khas for those yang mengalami bad days , yang almost give up dengan hidup ni , yang rasa hidupnya makin hambar dan tiada lagi ceria , yang dunia nya penuh dengan negativiti and seangkatan dengannya . Tips ni mungkin tak mampu nak reset semula 100% life korang tapi inshAllah sedikit sebanyak boleh membantu korang untuk mula bangun dan bergerak ke arah yang lebih baik .
Tips ni adalah sangat santai dan senang , bermula dengan ubah keadaan surroundings then ubah diri sikit -sikit.

*sebelum bermula , tutup segala gadget korang . Elak kan update apa benda yang korang tengah buat , sebab contoh korang update korang tengah kemas bilik , pastu takde orang like , terus motivasi korang turun*

1. KEMAS BILIK/RUMAH/OFFICE atau MANA SAJA TEMPAT ANDA TINGGAL

Keadaan persekitaran kita sangatlah mempengaruhi diri kita. Surrounding yang teratur,kemas dan bersih akan buatkan minda kita lebih teratur dan tak serabut . Tak semestinya mesti nak kemas over-over sampai 3 hari 3 malam ( tapi if mampu , apa salah) , cukup je dengan kita meletakkan semula barang-barang kat tempat yang sepatutnya . Paksa diri bangun dari katil terus lipat selimut and susun bantal , tegang cadar . Tayah mandi dulu .Buku susun di rak . Baju masuk almari . K Baju kotor pergi hantar masuk mesin basuh . buang sampah dan barang-barang yang menyesakkan dan tak berguna. Sapu sampah . Bukak tingkap biar cahaya dan udara masuk . Kalau ada febreeze , boleh sembur bagi bilik wangi . hahaha .buat apa yang mampu so that surrounding kita nampak teratur.

2. MANDI

Mandi as if korang mandi wajib. Berlama-lama dalam bilik air tu sekali sekala takpa kot . Bagi badan korang fresh , basuh muka tu , cuci mata elok elok , lubang hidung , gosok gigi , floss , kumur pakai listerine ke apa semua . gosok segala daki kat badan korang . Shampoo rambut . Trim segala bulu bulu kat badan tu termasuk bulu hidung . Potong kuku tangan and kaki if panjang . Bersihkan badan korang sampai korang puas hati .

3. PAKAI PAKAIAN BARU YG BERSIH

pakaian baru tak semestinya literally baru dari kedai tapi kalau berkemampuan boleh je nak manjakan diri dengan pakaian baru . Kalau tak mampu , jangan ulang pakai baju yang sama , pakai baju lain yang dalam almari tu .

4. UBAH GAYA RAMBUT

Aku tak pasti if tip yang ni berkesan untuk orang lain , but as for me , setiap kali aku potong rambut , aku dapat rasa aku jadi orang baru . New look , new life . gituww . Jangan rasa sayang sangat rambut tu , sebab aku pasti ni adalah salah satu tip instant untuk korang mula kan life baru . percayalah .

5.KELUAR DARI TEMPAT TINGGAL ANDA

korang kena keluar tengok dunia , kalau mampu pergi travel , kalau tak mampu , keluar rumah pergi jalan keliling rumah kau , rumah jiran pun boleh. pergi jumpa kawan-kawan yang positif , go get your favourite food and what not . Jangan duduk rumah hadap laptop pastu tengok korea ke apa even tu boleh menggembirakan kau , sebaiknya jangan . Better korang bergerak dari satu tempat ke tempat lain . Jangan asyik surrounding yang sama .

6. BELAJAR SKILL BARU

But if you decided to stay inside sebab tak tahu nak kemana , digalakkan untuk belajar skill baru , macam memasak ke (lelaki pun tak salah kot nak belajar memasak) , art ke , menari ke , menyanyi or anything yang tak melanggar syariat . So that otak and tubuh badan korang akan bergerak .

7. BERSIHKAN MEDIA SOSIAL ANDA

Buang segala post yang negatif , yang sedih dan seangkatan dengannya. Jangan kerap update status atau share benda-benda yang sedih . NO , jangan . semua tu hanya akan mempengaruhi mental dan emosi korang .

8.PERBAIKI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Suppose tip ke-7 ni dijadikan the main tip , tapi sengaja aku letakkan di bawah sekali sebab nak menghadap Tuhan perlukan minda yang fokus dan teratur otherwise nanti fikiran melayang memikirkan benda lain . Tips sebelum ni adalah cara untuk kita organize kan diri dan minda kita balik . Tapi tip ni paling penting above all , hubungan yang baik dengan Tuhan akan menjamin kebahagiaan/ketenangan sepanjang hidup .Cepat cepatlah buat tip ni. Start dengan solat taubat . Kalau rasa tak de motivasi lagi , cuba mula kembali dulu dengan solat wajib , dalam keadaan kita yang dah bersih tadi , masuk waktu solat terus amik wuduk dan solat . Doa banyak-banyak jangan lupa.

tu sajaa yang mampu aku kongsikan dan aku sangat encourage untuk korang yang nak mula bergerak ubah buat tips 1-4 . tips 5, 6,7 depends pada tahap motivasi korang . Tips 7 WAJIBBB buat afterall , you lost Allah , you lost all . Aku jugak in the middle of trying to get myself back .Kalau korang ada kawan-kawan yang supportive , suruh dorang check keadaan korang .

TakberapaKacak

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply