Inspirasi

Satu bumbung dengan makhluk aneh – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Satu Bumbung Dengan Makhluk Aneh

Assalamualaikum. Terima kasih admin seandainya cerita aku ni di approve.

Aku tinggal rumah sewa. Orang-orang rumah aku ni ada satu perangai pelik yang aku dah tak reti nak tegur macam mana. Aku lak sejenis yang tak reti nak menegur sangat. Aku cuma berharap satu hari nanti teguran aku melalui perbuatan ni dorang boleh faham dan terkesan. Aku pun bukan perfect tapi benda basic kot. Kadang-kadang aku jadi confuse. Aku yang OCD atau dorang yang pengotor.

Aku cerita point by point, mudah nak faham. Sebab aku sendiri pun agak susah nak hadam species macam ni.

1- Kat bilik air.

Dah melabur, tak reti nak flush. Bukan sekali, bukan 2 kali. Berjuta kali dah. Aku pernah cakap elok-elok. Makan la saman sehari dua. Lepas tu ada balik.

Dah berus gigi tak reti nak bersihkan balik segala buih-buih berusan yang terkena kat dinding, batang paip, lantai dan tempat-tempat yang terkena. Botol syampu dan shower foam yang dah habis pun dibiarkan je dalam bilik air macam nak simpan dalam arkib. Pakaian dalam yang dah guna masih bergulung pun kadang-kadang dibiarkan kat lantai tanpa dicuci.

Dah mandi, kadang-kadang ada rambut yang gugur tapi tak reti nak kutip buang dalam plastik sampah. Siap seret guna penyapu bilik air dan sorok belakang tu. Penah tersumbat, aku korek dalam lubang tu penuh rambut saja. Pandai lak dorang geli-geli masa aku korek tu.

2- Dapur.

Dah masak tak reti nak lap dapur. Sinki penuh pinggan mangkuk periuk tak cuci. Kadang-kadang sampai berkulat. Aku ni jenis kalau nak masak, dapur kena clear. Memang aku tolong dorang clearkan. Tapi aku pelik dorang tak ada rasa bersalah langsung. Sampai ada sekali tu aku tengah clearkan semua tu, dorang cakap Kesiannya. Tak apa biarkan je. Nanti I buat. Kalau species macam ni cakap macam tu, korang jangan percaya. Sebab aku dah try percaya beberapa kali. 2 ke 3 hari lepas tu, makin tinggi pinggan mangkuk segala bagai dalam sinki tu. Dapur masak penuh minyak macam getah cempedak. Nak sental memang penat dah macam tu. Nak kata sabun tak ada, aku letak dah, tapi tak bercuci jugak.

3- Peti ais.

Dorang ni gemar buat peti ais macam peti ais persendirian. Beli banyak-banyak, sumbat semua dalam tu penuh atas bawah. Yang orang lain punya nak simpan tak muat dah. Tu belum lagi air manis tumpah dalam tu biar je melekit.

4- Tombol pintu rumah dan paip

Dah beberapa kali tukar sebab masing-masing pulas macam parut kelapa. Kasar bukan main. Padahal pulas sekadarnya je pun ok dah.

Dan macam-macam hal lain lagi yang kalau aku cerita sini takut korang lak kemurungan berhari-hari. Aku dah macam maid kat sini padahal aku ada kerja jugak nak kena buat. Yang aku pelik, kalau melaram banyak lak masa dorang ni. Tepung gomak tepek kat muka berkilo-kilo berjam-jam. Nak keluar rumah tu wangi sangat macam angkut kedai minyak wangi sekali. Dalam bilik masing-masing aku tak ambil port la sebab aku pun kadang-kadang dalam bilik selekeh jugak. Tapi untuk tempat lain yang guna sama-sama, yang kalau orang datang orang boleh nampak, timbang rasa la sikit jaga sama-sama. Maaf cakap, bukan aku nak angkuh, tapi dari cuci lubang tandas, mop lantai, clear sinki, lap dapur masak semua tu kalau aku tak buat, memang korang hadap la kekotoran yang makin menebal tu. Benda mudah je ni. Dah siap masak, lap balik dapur, cuci periuk. Dah makan, cuci balik pinggan mangkuk. Dah siap mandi dan buang air, bersihkan balik mana yang patut dan lain-lain. Kalau dah terbiasa tak ada masalah melainkan korang memang dah terbiasa kat rumah mak ayah korang buat macam tu. Jangan biasakan diri buat mak ayah macam orang gaji dan tukang kebun. Kadang-kadang kita tak perasan kan benda simple macam ni.

Kalau korang ada kawan-kawan macam ni, korang share la bagi dorang sentap sikit. Bukan nak perli atau sindir, tapi dengan harapan dorang ni berubah. Sebab macam ni kadang-kadang jadi antara punca masalah hubungan sesama orang sekeliling kita. Aku risau jugak species ni makin membiak dan mungkin akan menyusahkan korang lak. Kebanyakannya mungkin perempuan sebab dorang ni suka acah-acah geli tapi sebenarnya penternak benda kotor. Kalau lelaki, tak payah cakap, aku faham. Memang tersangat ada kot. Hahaha. Ok aku gurau.

Last, aku nak tanya Aku yang OCD atau dorang yang pengotor?
Pada aku, mungkin aku ada sikit OCD tapi tak lah sangat sebab rumah aku kat kampung pun biasa je aku main dengan ayam, kambing, lembu semua tak ada aku cerewet pun. Keliling rumah aku nak terpijak tahi ayam pun dah selalu sangat. Cuma part dalam rumah tempat kita tinggal mesti la nak sentiasa bersih dan teratur. Allah pun suka kalau kita sentiasa bersih. Pendapat korang, aku tak tau la. Ok la aku minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Sekian.

Aku Yang Tersesat di Planet Pelik

Budak Kampung

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply