Inspirasi

Sayang ayah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sayang Ayah

Assalammualaikum, and hi thanks admin if approve kan cerita ni, cerita ni aku harap dapat dijadikan pengajaran supaya appreciate ibubapa yang menjaga and membesarkan korang.

25hb disember 2015 hari jumaat aku balik kl Memang begitu rutin aku, aku student dkt seremban Tiga jadi setiap hari jumaat Memang aku balik kl untuk ziarah family aku, aku balik rumah mak aku as parents aku dah bercerai. Tapi rumah antara dua ni Tak jauh pun. Dekat sangat, aku balik aku letih sangat dah study week mnggu depan hari ahad dah first paper.

Tapi mak aku ajak pergi petaling Street, jadi malam tu aku and adik kembar aku dua orang, adik bongsu lelaki aku, mak aku and stepfather aku pergi lah petaling Street. Smpai je sana, papa aku call dia cakap kakak, papa beli dah tiket nak pergi Sunway lagoon,lepas kau habis final kita pergi lah aku pun cakap untuk kakak and papa, Pa beli Tak? Dia Jawa untuk kakak nanti papa beli, ni papa beli untuk twin dulu sebab murah sangat aku pun Jawab untuk untuk papa? dia Jawab xpe papa Tak nak main pun nak tengok je nanti beli pun takpe aku dah pelik dah kepala biasa dia yang excited nak main sekali, takpelah dia pun letak call tu ( tu panggilan terakhir dia buat dekat aku).

Sabtu petang papa call adik twin aku ( aku sulung, and adik twin aku anak kandung papa). Aku terkejut malam lepas maghrib adik aku siap nak keluar, aku tanya nak pergi mana dia Jawab papa ajak pergi barang SEKOLAH. Aku Macam hah? Minggu depan kan ada lagi yang nak kena pergi malam malam ni dah kenapa?. Aku pun biarlah dorang pergi. Dorang balik lewat malam tu. Banyak barang SEKOLAH dah beli lengkap dah. Aku dah maii xsedap hati dah tapi aku biarkan je.

Esok pagi ahad 27/12/15 aku pergi tengok Wayang dengan adik aku, lepas tu aku pergi dating sampai petang, biasa ahad aku akan melawat papa sebelum balik seremban, entah kenapa haritu hati aku xsedap and cam kata xpayah lah pergi. Jadi aku dating sampai petang. Lepastu aku balik seremban. Malam tu rasa nak call papa tapi hati cam kata xpayah.

28/12/15 bersamaan isnin, hari yang akan Tak akan aku lupa seumur hidup. Pagi aku bangun happy tapi ntah rasa cam ada benda xkenang tapi aku biarkan je, aku pun mandi terus study law. Sampai petang, petang aku ajak dua kawan Rapat aku pergi family store Saja nak membazir,Lepastu tapau kueytiow tomyam dekat fitdau. Balik tu aku Tak fikir apa dok depan TV cam biasa pukul 7 ada drama balqis berlakon aku suka sangat, sambil makan macam takde pape. Pukul 8 aku dah rasa lagi macam pehal cam semacam ni. Aku mandi and duduk, aku bukak land law malam ni aku ingat nak habiskan topik tu. Aku pun biasalah warming up dok main hp. Aku baru letak handphone dalam around seminit gitu. Ada msg masuk dekat Facebook. Aku pun bukak dah rasa pelik awat saudara aku pm ni selama ni xpernah pun nak pm pm. Dia msg cakap kau mana? Semua orang dah balik ni, bapak kau meninggal ni cepat lah Datang bapak adik kau.

Aku dah macam kang ada kena ni sedap je cakap macam tu ayah aku sihat ja kot takkan lah, tapi aku tetap nak pastikan benda tu jadi aku minta no phone. Sementara tu aku call papa Banyak kali memang xberjawab. Dah Memang aku meraung aku lari pergi bilik kawan aku. Aku dah blank time tu. Aku call mak aku cerita dia marah aku cakap kau balik sekarang!!! Mama hantarkan adik pergi dulu! aku apa lagi xckup tanah berlari ambil beg pakai tudung instant je. Kawan aku pun gitu. Dapat no saudara aku, aku call dulu, sekali betul mak cik aku dah meraung Tak cukup air mata aku rasa. Allah aku Tak tau nak rasa apa time tu.

Aku tarik tangan kawan aku, lari grab kunci kereta teruk on engine kereta balik kl. Aku drive 180 km/h malam tu Tak silap setengah jam sampai rumah papa aku, dia duduk dengan nenek, mak cik and pak Cik aku tapi dia Tak betul sangat. Sampai aku terpaksa parking jauh sikit sebab polis penuh dah situ. Aku berlari aku tanya polis tu siapa aniaya papa aku, aku nak bunuh orang tu. Polis tu tenang je Jawab xde siapa cik. Dia meninggal sorang dalam bilik.

Aku pun naik rumah, aku nmpak mak cik aku dah macam Tak betul dah nangis. Aku nampak muka says adik aku and yang paling sebak. Aku nampak adik aku Sayu sangat. Dorang ni manja sangat dengan papa aku. Ada abang ni baik sangat dia tanya adik nak tengok arwah ayah Tak? Aku angguk, aku pergi bilik arwah tempat kami berempat bergurau. Aku nampak arwah terbaring tangan macam tengah nak angkat takbir. Aku rasa time tu dia solat subuh. Aku nampak panadol atas meja dia. Dia demam rupanya. Abang tu cakap nak tengok muka ke?. Aku geleng sebab aku xrasa kuat lagi. Aku xmenangis langsung malam tu. Aku Cuba senyum. Semua cam kata kuatnya anak arwah ni. Hanya Allah SWT Mengerti perasaan aku Saat tu. Aku letakkn sepenuh kepercayaan aku kepada Allah SWT untuk berikan aku kekuatan. Aku uruskan jenazah malam tu. Aku iring. Sampai hospital besar, abang tu tanya nak tengok Tak buat kali terakhir? Aku angguk, abang tu bawak, aku nampak aku yakin tu Memang papa aku, aku sedih tengok muka adik aku. Aku tarik dorang jom balik. Dalam hati aku,aku Jawab pa esok kakak Datang, esok kita dah di dunia berbeza, esok kakak kena hantar papa pergi Alam kubur.

Pukul 2 pagi kami balik pak Lang yang hantar. Pak Lang adik papa. Balik tu aku xboleh tidur. Aku tengok kawan aku pun xboleh tidur. Kami borak sampai subuh. Dia sahabat yang sangat baik. Mana ada lagi beberapa hari nak final ada orang sudi ikut. Subuh je aku kejut adik aku, aku mandikan dorang, sebab dorang dah macam sedih sangat. Aku bagi dorang pakai baju kurung, dah siap aku dengan kawan aku pun siap sama sama. Lepas tu terus pergi hospital besar.

Dekat hospital besar, dekat unit jenazah tu ramai dah orang, Allah aku nangis time tu for the first time. Aku nangis gila. Dia dah siap bungkus tutup semua dah. Aku pergi slow slow Kat arwah. Aku pegang tepi badan arwah. Aku cakap pa, kakak minta maaf, minta maaf sangat! Kakak salah, xjaga pa, kakak janji kakak jaga adik, kakak akan belajar sampai habis, kakak akan berjaya, kakak akan pastikan twin pun sama, Pa tenanglah dekat sana, sampai waktu kakak Datang Teman papa eh? Bye pa terima kasih untuk semua ni aku pergi kluar nangis kawan aku peluk tenangkan aku, besarnya tanggungjawab aku lepas ni. Aku tengok twin menangis lagi teruk dengar aku cakap tu. Orang pun angkat jenazah, bawak masuk van. Aku cakap dengan adik aku, temanlah papa ni kali terakhir korang dapat naik kereta sama sama. Aku dengan kawan aku naik kereta follow van dari belakang.

Sampai kubur orang dah ramai ready, alhamdulillah, mudah sangat masukkan arwah papa dalam Liang lahad, kerana dia xbanyak cakap hatinya Cuma pada Allah SWT. Sekejap je dah siap dikuburkan. Aku menangis Sayu Sayu. Duduk tepi kubur dengan adik aku. Kawan aku dengan classmates yang lain baik dorang Datang. Habis bacaan talqin semua orang beredar balik. Aku masih disitu dengan adik aku, Dalam hati aku, aku doa Ya Allah jantan siksa arwah ayah aku, wahai malaikat bertanyalah penuh lembut, anugerahlah surge buatnya. Mak cik aku pun ajak balik. Adik aku kembar yang bongsu nangis teruk sangat sebut papa dah takda. Aku pun menangis Sian dekat dia. Aku usap dia, cakap kakak kan ada, kakak akan jaga sama macam papa. Kami pun balik.

Semua orang sibuk dekat rumah, malam ni ada bacaan yassin, ramai Datang temashh boss arwah ayah aku dia sedekah RM 1500, dia cakap ayah awak sangat baik kerja banyak kuat, aku senyap angguk je. Dia cerita u tau dulu u punya ayah berhenti kerja sebab dia mau pergi itu sembahyang jumaat. Lama dia berhenti lepas tu saya panggil balik dia kerja bagi gaji lagi banyak. Allah menangis aku time ti sungguh dia percaya rezeki Allah SWT, demi tanggungjwb dia selagi Islam dia sanggup berhenti kerja janji boleh solat jumaat. Aku ucap terima kasih Kat boss dia tu.

Banyak lagi yang masa dia hidup aku Tak tahu malam tu aku tahu kawan dia cerita. Sungguh hatinya pada Allah SWT Tiada lain. Dia bekerja keras untuk kami Tiga beradik.
Aku menangis bersalah semua hidup, kalau aku selalu call dia, kalau aku pergi jugak tengok dia ahad tu mungkin Tak akan jadi ni. Aku salah selama ni aku pentingkan dunia students aku, study, kawan, boyfriend. Dia last, tapi apa yang aku nak walau aku baru cakap sekali dia kerja keras siap overtime nak dapatkan apa yang aku nak. Aku yang xpernah nak betul betul jaga dia sebagai ayah. Aku lena dengan dunia.

Seminggu sebelum kejadian ni aku ada balik kl pergi lawat dia dengan adik aku, time tu kereta aku problem air cond xfunction dia sibuk cakap jom lah baiki, aku cakap xpa. Aku lepak rumah nenek je dengan dia, dia nampak Pucat and letih. Dia baring tidur. Aku sibuk fikir final sampai ayah demam pun xterfikir nak tanya. Aku pandang je dia. Aku anggap dia letih kot Jalan jalan tadi. Aku pun baring sebelah dia. Adik aku dok sibuk main komputer. Aku nampak hari nak hujan and petang. Aku pun bangun cakap nak balik, mnggu depan kakak Datang. Tapi kali ni pelik, dia hantar aku sampai Kat kereta. Aku salam dia, dia pandang je aku dia cakap baik baik kak. Aku pun drive balik aku nampak dia masih berdiri situ lambai tangan. Aku dah xsedap hati. Aku pun balik je seremban.

Kalau aku tahu ni nak jadi, aku akan jaga arwah ayah aku, aku Memang niat degree ni aku nak dean list aku nak ayah aku tengok aku berjaya. Tapi Tak kesampaian. Aku redha. Kini aku masih gigih belajar degree. Aku akan pastikan aku dapat dean list. Aku tahu papa pasti ada hari konvekesyen aku nanti Cuma aku xnampak. Aku yakin. Sekarang aku kerap pergi kubur papa ziarah papa. Berborak dengan papa. Kadang menangis.

PA, dunia Kini terlalu kejam, tapi kakak hanya mampu bertahan demi adik adik. Terlalu banyan terjadi, dugaan macam macam yang makin buat aku kesal dan rindu arwah. Setiap kali aku ingt arwah aku dengar lagu SAYANG faizal Tahir and lagu you ll be in my heart Phillips Collins. Lirik dia betul betul kena. Lepas tu InsyaAllah aku akan okayy.

Kini dan selamanya papa Tiada ganti. Maafkan kakak salah, tapi kakak janji kakak akan tebus kesalahan ni. Rindu yang begitu Sakit yang Tak mampu diungkap. Kehilangan yang tidak dijangka.

Al Fatihah

Ayah
6 Jun 1991- 27 Disember 2015

Anonymous

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply