Inspirasi

Study last minute – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Study Last Minute

Assalamualaikum, hai..

Aku nak cerita pasal study last minute. Aku ni memang jenis study last minute. Tapi alhamdulillah result tak teruk sangat. Pernah dapat dekan. So aku nak berkongsi sikit lah pasal tips study last minute nih. Sebelum tu aku nak ckp yg lain org lain cara study. Aku kongsi je. Kot2 ada yg nak try cara ni hihi..

1. Aku memang study last minute tapi aku buat nota awal2. Aku akan bagi perhatian kat kuliah dan tulis apa yg aku rasa penting yg keluar dari mulut lecturer. Kadang2 kalau kita fokus, lecturer akan bagi hint tajuk mana yg keluar exam. Tu yg aku akan highlight kan dan tekankan masa study week. Selalunya apa yg aku ramal tu betul lah.

2. Kalau tak buat nota awal2. Boleh buat nota masa study week. Pastu kan selalunya ada gap antara satu paper dgn satu paper. So baca nota time tu. Tapi tu lah.. nota takkan dpt jadi perfect and tak semua bab boleh cover.

3. Buat soalan past year. Terutamanya untuk soalan objektif. Sebab kebanyakannya lecturer akan amik soalan past year je. Kalau boleh apa yg tak paham tu pi lah rajin jumpa lecturer.. tanya depa soalan ni macam mana nak selesaikan ke, macam mana nak jawab ke.. Pernah masa tu aku jawab soalan sejibik macam soalan past year. Pehh masa tu happy tak terkata.

4. Hubungan dengan Allah jaga. Ni bukan masa nak exam je. Setiap masa hubungan dgn Allah tu jagalah ye.. paham2 je la hubungan yg mcm mana eh..

5. Hubungan dgn manusia pun kena jaga terutama hubungan dgn mak ayah, lecturer, kengkawan.. selalu ngumpat lecturer ngan kengkawan kan haha.. Baik mintak maaf hehe.. biasa lah.. aku pun tak terlepas benda ni. Yg penting mintak maaf tau.. mari lah kita bermuhasabah diri.

6. Hubungan dgn makhluk Allah yg lain.. binatang contohnya. Ingat tak kena jaga ke? Kena jaga jugak tau.. ada kan confession sebelum ni ckp pasal mintak doa pada kucing. Haa aku sokong tu. Boleh amalkan macam tu ok..

7. Emm ada lagi tak ek.. oh ye.. ni aku la eh.. aku tau.. tidur awal. Jangan lewat sangat. Takut blank otak masa exam tu. Tidur awal bangun lah awal ye.. study pepagi tu. Masa tu otak duk fresh lagi. In sha Allah banyak yg boleh masuk.

8. Jangan study sepanjang masa. Ada masa kau kena keluar bilik/rumah untuk amik udara segar. Exercise sikit. Macam peribahasa tu.. badan cergas, otak cerdas. Haa gituuu..

Macam aku kata.. setiap org cara belajarnya lain. Ni cara aku lah.. trimas sudi baca. Moga bermanfaat. Untuk adik2 yg nak sambung belajar tu.. tahniah 🙂 belajar leklok tau. Pastikan dekan setiap sem. Grad dgn first class degree..

Siswi

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply