Inspirasi

Suka kawan dengan anak yatim – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Suka Kawan Dengan Anak Yatim

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terima kasih admin sebab approve ini.

Sebenarnya aku nak kongsi sesuatu. Sepanjang aku hidup ni, aku sedar kebanyakkan kawan2 aku sama ada kawan baik atau separa baik adalah anak yatim. Sama ada yatim piatu atau tak. Kekadang tu baru kenal sehari dua pun bila di tanya pasal keluarga, mesti ada yang bagitau yang mereka anak yatim.

Sejak dari sekolah rendah sampailah dah kerja ni pun kawan-kawan aku masih dari golongan itu. Banyak yang aku belajar dari mereka sebenarnya. Pertama, tahap kesabaran mereka ni memang ak respek. Ya laa, ada tu yang mak ayah da tak ada sejak dari kecil, ada yang baru daftar masuk U ayah n mak meninggal. Aku ni kalau p pasaraya dengan mak ayah, kalau diorang hilang sekejap pun dah menggelabah menggelupur cari tapi kawan2 aku tuu memang aku respek!

Kedua, golongan2 ni kebanyakkan ada prinsip aku taknak susahkan orang. Yes! Part ni memang aku tak dapat nafikan. Kawan2 aku tu selagi mana diorang boleh survive sendiri, diorang akan survive. Kalau bab duit aaa selalunya. Dulu masa belajar, kawan2 aku yang anak yatim ni mesti akan uruskan duit sesempurna mungkin. Ada yang bagi ke adik beradik dan sebagainya. Kekadang tu diorang makan pun ala kadar janji dapat alas perut je.

Ketiga, benda yang aku belajar jugak dari kawan2 aku yang anak yatim ni, diorang ada fokus, visi dan misi hidup yang jelas aaa. Kalau dalam bab belajar, memang diorang ni fokus n niat nak bagi kejayaan tu kepada arwah mak ayah. Kalau aku dulu belajar pun semata-mata nak grad pastu kerja je. Bab tu memang aku kalah.

Sekarang ni dah masuk alam pekerjaan pun, aku masih dikelilingi kawan2 dari golongan anak yatim. Sebabkan dari dulu pernah rasa kehilangan, diorang akan jaga sesuatu tu sehabis baik. Aku mungkin tak dapat rasa macam mana hilangnya orang yang kita sayang lagi tapi dari kisah dan cerita hidup mereka cukup menggambarkan betapa tabah dan kuatnya mereka. Kalau aku lah kan, tak tahu laa macamana. Haha

Satu lagi yang aku sedar, bila aku dengan diorang, aku rasa macam rezeki tu selalu je ada. Bila keluar makan ke minum2 ke hati aku jadi lembut je nak keluarkan duit then bayarkan untuk diorang. Kekadang tu ada yang kaya raya tapi entah laaa, ringan je tangan aku nak belanja diorang. Bukan nak kata aku baik ke apa ke tapi benda tu jadi dengan sendirinya. Bagi aku buatnya baik dengan anak yatim ni ada hikmahnya. Sebenarnya buat baik dengan semua orang memang baik la kan tapi aku dapat rasa bezanya bila dengan anak yatim ni.

Itu je aku nak kongsikan serba sikit pengalaman aku. Orang lain tak tahu laa kan macam mana tapi gitu laa yang aku dah lalui. Pengajarannya, buat baik je kat semua orang..hehe..

Cikgu Manusia

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply