Inspirasi

Tak berapa cantik – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tak Berapa Cantik

Assalamualaikum semua.

Ini luahan dari seorang perempuan , pelajar , anak, kakak dan adik. Aku dah lama pendam benda ni dan harini baru tergerak hati nak tulis. Orang cantik memang dilayan lebih baik kan ? memang la sapa ja tak suka benda cantik, lumrah. Tapi apa yang aku nak confess dekat sini harini mengenai layanan masyarakat kepada orang yang ada masalah kulit dan kekurangan aku ialah AKU ADA KULIT YANG TERUK.
Kulit aku jadi teruk masa akhir tahun sekolah menengah dan makin teruk sampai harini. Sebagai orang yang kurang dari segi rupa paras ni ada nak tegur sikit sesetengah benda.

1. Sambil cakap tak payah pandang kulit aku. aku boleh nampak masa kita sembang kau tak tengok mata aku. kau perhati muka aku. kau perhati setiap jerawat, lubang bulan, parut, gigi jongang aku. Ya Allah ya rabbi tolonglah fahamlah sikit aku terasa. Ye aku faham kau macam tak sangka ada manusia muka macam ni tapi pliss la jangan la macam tu. aku tak mintak benda ni jadi janganla pandang macam tu. ada sekali tu orang sembang dengan aku tetiba dia cakap besarnya jerawat kau, rasa nak picit aku sumpah rasa nak sepak dia.

2. Jangan tanya kenapa makin teruk kulit aku. jangan jadi busuk hati cakap dulu kulit aku tak teruk mcm sekarang. Kau diam. Ye aku faham kau prihatin okay aku boleh terima , aku boleh terima kalau kau rapat sangat dengan aku then tanya macam tu, aku boleh terima sbb aku faham kau kisah. Ini tak kau yang aku cakap pun bila perlu nak cakap mcm ni. Plis la jaga hati aku.

3. Yang lelaki jangan seronok sangat nak perempuan yang putih gebu. Aku dulu pakai produk muka aku putih licin but then aku stop sbb time tu kecoh local produk banyak mercury la apa la. Then betul aku salah serorg mangsa local produk. Sebab tu kulit aku makin teruk. Aku perempuan kau lelaki jadi aku mesti nak kau pandang aku sbb tu ramai perempuan skrg makin putih sbb makan supplement dgn pakai produk macam macam. Kau seronok awek kau lawa skrg tapi kau tak tahu kesan waktu tua entah entah sakit buah pinggang atau kanser kulit baru tahu. Aku tak kata semua local produk tu teruk tak. Aku just nak pesan dekat lelaki kau jangan lah nak cakap or tunjuk dekat awek,isteri,kakak mak adik kau yang kau nak depa putih and kulit licin gebu macam si A si B. Biar putih sihat. Ye kau boleh comfort kan dengan bagi semangat usaha sama sama nak bagi licin tapi kau pantau la jugak dia guna apa, makan apa. kau boleh search tanda tanda guna local produk macm mana. Supaya tak jadi macam aku. aku tak jeles kau nak perempuan putih, sumpah tak cuma aku kesian kalau perempuan tu rosak kulit macam aku. dan aku taknak kau lepas dah dapat perempuan tetiba kulit dia rosak macam aku kau tinggal.

4. Jangan syor aku pakai ini pakai itu. Ye mcm aku cakap kecuali kita rapat okay la kau nak cakap. Aku berusaha lebih keras dari kau jadi jangan lah asyik nak aku tukar produk melain kan aku tanya pendapat kau. Makin rosak kulit aku asyik tukar produk. Jangan cakap aku minum air sikit or aku tak pengotor tak jaga makan tangan atau apa apa lah. Sbb aku tahu apa aku buat aku usaha macam aku cakap aku usaha. hari hari aku doa agar Allah kurniakan kesembuhan. jadi support lah aku jugak. bagi kata kata positif so aku tak rasa nak bunuh diri or letak iron kat muka or buat plastic surgery.

5. Kau jangan lah racist sangat. Yang cantik elok je kau layan yang tak ada apa apa ni sebelah mata pun tak pandang. Ni khas buat semua lecturer, mak ayah, makcik pakcik. Sampai hati buat macam tu. aku boleh nampak bila orang racist. ubah lah mindset jangan nak negatif sangat.

Ini bahagian aku. jadi jangan lah buat macam aku yang mintak benda ni jadi. Aku usaha aku doa tapi aku jugak perlukan aura yang positif dari semua. Jangan hina orang macam kami sbb mungkin kami jadi begini sbb salah mulut kamu sendiri. Boleh jadi kamu hina orang lain tapi tuhan balas kepada adik beradik kamu agar kamu sedar. Malaysian makin negatif jadi tolonglah kita boleh usaha baik sama sama. Mohon kata kata positif untuk aku thanks semua. Sorry panjang , ada masa aku sambung.

NUR

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply