Inspirasi

Tak pandai bergaul – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tak Pandai Bergaul

Assalamualaikum semua. Thanks admin approve kan cerita aku kat sini. First thing is aku bukan student uia pon tapi aku suka baca confession kat sini. Tak sangka bnyak jugak jenis manusia kat dunia ni. And sekarang aku nak cerita pasal diri aku sendiri.

Selama dah berpuluh tahun aku bergelar manusia ni satu je masalah aku susah nak bergaul dengan org. Aku pun taktaula aku ni introvert ke tak sebab aku pun tak paham dgn diri sendiri. Dan aku sebenarnya ada masalah gagap. Masa kecik mmg teruk jugak gagap aku tapi dh makin besar ni dh boleh control. Dan aku selalu rasa sebab aku gagap la aku tak suka bercakap dgn orang. Aku sangat susah nak bergaul. Prnah sekali tu ada org ejek aku gagap. Sedih tau even time tu baru drjah 3.. Tambahan pulak aku dikurniakan la wajah yg tak berapa nak sedap mata memandang. sebab aku asyikla berkerut dahi sampai org takut nk tegur aku sebab diorang igt aku marah. Yelaa kalau aku tak kerut dahi mata aku kecik mcam org ngantuk. Alahaii

Disebabkan masalah aku ni la aku susah nak cari kawan time masuk u atau sekolah baru (sbb aku asyik pindah sekolah). Org cakap aku pendiam. Tapi sapa yg dh kenal aku tu sumpah dia sangkal org yg cakap aku pendiam tu hahaha. Lama2 aku rasa confident level aku sgt2 rendah. Kalau kat alam maya kemain aku sembang dgn semua org. Kalau kat alam nyata ni hampeh sorang pun takmo sembang dgn aku. Sebabnya mcm aku cakap tadila, dia igt aku marah. Padahal takde pun.

Paling dahsyat sekali, dri darjah satu sampai sekarang pergila belajar memana pun, aku tak rapat dengan classmate lelaki. Even nak bercakap pun. Kcuali kalau dah satu kumpulan kan tu pun klau ada apa2 aku sruh kwan prempuan aku cakapkan.. aku ni kalau nampak lelaki aku tersangatlah malu dan takut. Mungkin aku telah dimomokkan dengan statement mata lelaki ni boleh scan tembus tembak badan pompuan blablabla. Kdg2 aku bersyukur jugak sbb Allah nak jauhkan aku dri masalah hati atau tersentuh ke terpegang ke kan. Lagi satu best tau sebab lelaki tak berani nak kacau or gurau dengan kita lebih2. Rasa diri selamat je haha. Kawan aku pun pernah cakap kalau mcmni pangai perempuan org lelaki rasa hormat tapi aku tak caya haha sebab mulut laki ni manis je hahaha ( sorry guys bukan semua).

Dah masuk uni ni baru rasa teruknya diri ini. Cewahh. Takdelah kau bygkan la klau dh satu group 11 org dn dgn keadaan diri mcmni kau kena bersaing utk perform, tak ke stress. Ye aku dah cuba utk involve dlm group dan taktaulah klau aku sorang je rasa bila aku cakap nk bg opinion pastu trus krik krik..hahaha sebab aku cakap suara aku pun mcm sgt series. Ni lagi masalah aku. Nada suara aku ni bila tengah cakap or even tgh presentation, org ingat aku marah. Nak kata kasar tak jugak. Takkan aku nak marah lect kot haaaa tak agak2 la korang ni 🙁

Kadang2 aku sangat jeles bila tgok kakak n adik aku ramai kawan. Asal dduk rumah je mesti ada je plan dgn kawan2.. aku ni asal dduk rumah je memang literally dduk rumah la kalau kau cuti sem 3 bulan mmg 3 bulan la kau dduk rumah. Nak keluar ngan kawan pon sekali dlm 3 bulan. Tu pun klau ada hal penting.. aku dah cuba nak ubah diri aku. Memang aku cuba. Bnyak cara dah aku cuba yg sememangnya aku sorang je tau betapa susahnya. Urusan dgn tuhan takyahla cite sini..aku dah letakkan diri aku dengan orang ramai, cuba bergaul tapi memang tak jadi. Aku akan terus diam dan perhati je.. Aku taktaula sampai bila aku nak kena jadi macamni. Serious aku risau lebih2 lagi bila aku nak masuk alam pekerjaan satu hari nnti insyallah. Banyak lagi masalah tentang diri aku sebenarnya.Korang yg ada masalah sama mcm aku ni janganla bersedih sebab aku juga rasa benda ni. Doakanlah aku supaya aku lebih positif lepas ni. Assalamualaikum.

Akak muka garang tapi tak garang

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply