Inspirasi

Taksub sangat nak kahwin ke? – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Taksub Sangat Nak Kahwin Ke?

Assalammualaikum

Aku ni pembaca setia confession kat sini. Aku banyak kali nak menulis pasal kisah aku tapi bila akudah taip panjang berjela aku mesti padam balik. Tapi kali ni aku dah sedia dari segi mental dan fizikal untuk dibantai.

Kalau dengar tajuk aku je mesti orang nak marah kan. Ye lah perkahwinan ni bagus. Menghalalkan pasangan.memperbanyak kan zuriat dan keturunan. Ikut sunnah nabi.

Tapi aku sejak menjak ni aku perasan lah . Untuk para gadis yang baru nak mula berubah. X kira lah yang berubah dari tudung singkat ke tudung labuh. Dan terus menjadi niqabis.

Aku pun orang yang berhijrah so aku mestilah support orang yang berubah kepada kebaikan. Tapi sayang aku tengok yang nak berubah ni dorang lebih banyak ke arah cinta. Tapi bukan cinta pada tuhan . Tapi pada manusia. Pung pang pung pang kau update status nak jd solehah .upload gambar nampak ayu, sopan , sejuk je mata memandang. Status semua pasal kahwin nak laki idaman macam mana apa semua.

Aku ni bukan apa. Tapi kalau betul lah korang nak berubah tapayah taksub nak kahwin supaya dapat laki alim dan halim yang sanggup guide korang. Mula dengan diri sendiri dulu. Kau jangan lah berharap dengan lelaki. Kau jangan harap dengan manusia. Nanti kau kecewa.

Sebelum nak kahwin tu jangan ikut perasaan sangat. Kau jangan fikir basic kau nak halal je. Tapi persediaan mental dan fizikal kau.

Eh mcm panjang plak aku membebel tapi yang sebernanya aku nak cerita satu kes kawan aku yang kahwin dengan orang alim. Peempuan ni biasa je. Pakai tudung style sikit. Suami dia alim. Kalau kau tengok status mak ai.. memang berdakwah 24 jam . Orang kata apa. Kita update status benda baik ,bukan bermakna kita baik tetapi berusaha jadi baik bagi aku itu semua dusta.

Orang skang ni banyak pakai agama nak lindung diri. Shame on u. Betul x apa ayang aku cakap ni? Aku x minta jadi jahat. Cuma bagi aku kalau kau ta boleh buat baik . Kau duduk diam. Kalau kau buat jahat itu kau punya pasal. Sebbnya kau ada otak untuk fikir. Tahu mana halal dan haram.

Berbalik pada cerita. Si suami ni kantoi dengan isteri dia. Curang belakang isteri dia. Paling best siap dah berasmaradana dengan gf dia ni. Apa perasaan seorang isteri dapat tahu. Anak anak masih kecil.

Lagi satu kes , kawan aku dia ni pakai niqab. Dia kahwin dengan suami dia memang alahai cakap sopan. Tak melepak. Tak main perempuan. Memang perfect lah. Ini kes bukan curangm tapi kes panas baran . Isteri selalu jadi tempat pelepasan amarah . Tempat maki. Tempat lepas bad mood apa semua. Baru kahwin dua bulan .preggy . Lepas bersalin dalam pantang dah kena lempang.sebabnya si suami stress dengan orang luar, dengan keluarga sendiri dengan keadaan yang buat dia ta boleh control kemarahan dia.
Skang bercerai dorang ni. Si isteri ni tak pakai niqab dah. Dia jadi macam biasa. N alhamdulillah aku tengok dia bahagia.

Aku bukan lah nak keji apatah lagi hina orang yang luar nampaknya alim tapi hakikatnya jijik. Memang pakaian bukan lambangkan keimanan seseorang itu . Tapi kau bawa lambang islam tu maka kau berhati hati lah dalam setiap tingkah laku kau. Beringat. Kena beringat kau bawa islam

Aku perempuan yang juga adalah janda aku bergaul banyak orang. Aku bercakap apa yang berlaku dekat aku dan depan mata aku. Aku tak kata semua yang nampak alim ni fake ye. Aku ada jumpa yang ori punya. Kat kelantan. Memang hundred percent terjaga semuanya. Kat tempat lain pun ada. Semua tempat ada. Jangan risau. Heheh.

So aku rasa sebelum nak kecam ada baiknya korang fikir. Nak berubah. Sila berubah dulu. Jangan taksub nak berubah melalui perkahwinan. Sebbbbila kahwin ni kau kena fikir tanggungjawab. So aku takut expectation korang tu ta sampai. So nanti menyesal tak sudah.

Jangan peduli lah pasal takut jadi anak dara tau. Janda tak laku . Teruna terlajak tua ke . Duda tak dipandang ke. Apa ke. Tu semua boleh pergi mampus. Jadi diri sendiri. Kebahagiaan tu kau boleh create sendiri. Kalau kau hidup sorang pun kau masih cari pahala buat pahala melalui mak ayah kau. Jangan rushing nak kahwin. Buat pilihan betul betul.

Kenal lah lama lama. Ta yah nak bercinta lepas nikah sangat. Nanti kecewa. Buat habis duit je kahwin last last cerai.korang pegi mahkamah korang boleh tengok berapa pasangan yang cerai. Ada yang 8bulan kahwin pun dah cerai.

So kahwin ni bukan benda yang mudah walaupun aku selalu nampak status status islamik naik. Kata perkahwinan tu mudah. Apa benda semua . Nak kahwin tu memang mudah. Tapi bila dah kahwin yang tak mudah.

Korang rileks je. Aku menyeru gadis gadisx kira bertudung atau tau. Niqabis atau tak. Aku paham perasaan membuak buak korang nak kahwin disayangi dimanja dibelai tu apa semua. Sebb kita perempuan. Tapi aku nasihatkan korang mantapkan diri dulu. Jangan ikutkan perasaan. Gunakan rasional yang satu itu sebaik baiknya.

Nak bina masjid biar kukuh, bukan buka selipar masuk. Akhir kata, aku dah sedia untuk terima nasihat dan kritikan untuk sedarkan diri aku.

Aku ada Jari

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply