Inspirasi

Terima kasih atas pengorbanan mama – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Terima Kasih Atas Pengorbanan Mama

Bismillah. Aku ada satu benda nak share ni, kisah pasal aku dengan mama aku, dan moga beri manfaat kepada semua. 🙂

Sedikit biodata pasal aku: Aku 21 tahun, anak bongsu dan agak manja, tak pandai masak, tak pandai kemas rumah, semua tak pandai, (tak tau la relevan ke tak info ni) mama aku pula skrg umur dia 64 tahun, selama ni semua benda mak aku yang buat. Kami tinggal serumah, bilik aku dengan mama aku sebelah je and ada pintu tengah/connecting door lebih kurang macam kat hotel tu , lepas solat subuh semalam, aku sambung tido balik tiba tiba mama aku datang bilik aku dan buka suis lampu . Aku tanya nape ma buka lampu adik nak tidur. Mak nampak lipas tadi lepas tu nampak dia masuk bilik adik, ohh so aku pun abaikan jelah sebab ngantuk gila, tiba tiba

aku dengar bunyi berdentum (orang jatuh) dan mama aku menjerit aduhhhhh aku terus bangun dan lari ke bilik mama aku tengok dia dah terduduk atas lantai, aku tanya macam mana boleh jatuh ni? Dia kata dia tengah kejar lipas tu nak bunuh lipas tu lepas tu terjatuh. dia kata tangan dia sakit, punggung pun sakit. Serious sakit. Aku cuak.

Aku bergegas bawa dia ke hospital bahagian kecemasan , pendek cerita doktor xray dan dapati tulang tangannya patah 3 , doktor terus betulkan balik dan simen juga. Mak aku time tu dah lemah longlai , muntah2, sebab ubat anesthetic tu dia jadi mamai tak sedarkan diri, aku sorong dia naik wheelchair je, kami pun pulang ke rumah dan aku tidurkan dia.

Sesampai di rumah, bermulalah kisah hidup aku yg selama ni aku lalui telah berubah, keadaan dah berubah hidup aku bersama mama aku yg hanya mampu menggerakkan sebelah tangan, mak aku tak bole buat apa2 korang, aku dah 2 hari tak makan proper, aku sedih sangat tengok mak aku mengadu sakit bengkak tangan dia, satu benda pun tak boleh buat. Nak buka penutup tupperware pun susah. Tapi dia sedaya upaya juga nak potong bawang masakkan untuk aku, aku nampak dia pegang pisau tp sebelah lg tak boleh nak pegang bawang, aku menangis tengok keadaan tu.

Aku tanya dia kenapa mama sampai nak kejar lipas tu , mama kan dah tua, mama pun tahu tulang kita badan kita dah tak kuat tak boleh lari tak boleh buat kerja keras . korang tahu mak aku jawab apa??

Ye mak tahu, tapi mak takut lipas tu masuk bilik adik nanti dia terbang kat adik time adik tidur, nanti menjerit2 adik

Aku terdiam. Aku menangis. Ye, Mak aku patah tangan sebab aku. Cukuplah masa aku baby, mak aku tak tidur malam tengok aku susukan aku sampai kenyang, pastikan tak de seekor nyamuk pun hinggap kat aku, ni aku dah 21 tahun pun dia masih melindungi aku sampai macam ni sekali. Aku tersentuh korang.

Semalam aku tido sampai tengahari, bangun je makanan dah ada atas meja, tapi hari ni tak lagi, bangun awal pagi, make sure mama aku ambik wudhu nak solat subuh, nak mandi,pakai baju, aku kena masakkan mama aku, jaga mama aku, sampai sekarang aku tak boleh berhenti nangis memikirkan keadaan mama aku, aku tahu Allah hantar lipas tu untuk ubah segala2 nya, supaya aku dah tak jadi pemalas, supaya aku jadi dewasa, dan supaya aku dapat berbakti kat mama aku. aku kini jadi pengganti tangan kirinya yang patah.

aku sayang saaaangat mama aku, aku tak tahu la hidup aku tanpa dia mcm mana 🙁

Tu je aku nak share

Akhir sekali, aku nak minta tolong korang doakan 3 benda:

1. Doakan mama aku next week dia kena operation masukkan besi, doakan juga dia cepat sembuh

2. Doakan aku diberi kekuatan dan kesabaran untuk jaga mama aku, korang pun tahu bukan senang nak layan kerenah orang tua, tapi sebanyak mana aku berkorban untuk dia pun takkan pernah sama macam mana dia berkorban untuk aku selama 21 tahun ni.

3. lepas tu doakan aku juga ya. Lagi 2 hari aku ada exam, nasib baik short sem aje. dan aku tak study apa apa lagi, 3 hari ni aku spend masa uruskan mama aku. Risau sangat ni tapi biarlah. Aku fikir yang aku nak tolong mak aku je sekarang.

Thanks atas doa and thanks sudi baca. Maaf juga sebab kejap guna mak kejap guna mama

Adik

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply