Inspirasi

Terlalu bergantung pada orang lain – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Terlalu Bergantung Pada Orang Lain

Assalamualaikum. Hi. Ni first time aku try confess kat sini. Harap2 admin approvekan lah ye. hihi. Ok. Memandangkan sem baru tak lama lagi nak mula, so aku rasa better aku confess benda ni sekarang. Well. ni bukan kisah aku. Tapi kisah kawan aku. Aku gelar dia si A lah ye. Btw, aku dengan kawan aku ni student tahun 2 di salah satu IPTA kat Malaysia ni.

Ok. Jangan terlalu bergantung pada orang. Aku rasa banyak kot yang alami benda yang sama dengan kawan aku si A ni. Kadang aku kesian kat dia. Ramai sangat kawan dia terlalu bergantung harap kat dia ni. Sampai kadang2 dia cakap kat aku yang dia ni macam dah tak ikhlas bila nak tolong kawan2 dia yang lain. Tapi bila nak tolak permintaan kawan2 dia yang lain tu, dia macam x sanggup.

Kawan aku si A ni ada lesen kereta. Biasalah dengan mana2 U pun, kau akan dapat kawan yang ada lesen and xde lesen kan. Ada juga yang ada lesen tapi taknak pakai. Alasan takut. Bagus takpayah buat lesen harga ribu tu kalau taknak pakai lesen. Opps. Back to the story ok. Si A ni banyak kawan. Kira macam banyak geng la. Tapi yang aku nampak geng Z dia ni yang selalu buat dia pening. Tiap-tiap awal sem la aku selalu kesian tengok si A ni. Bila awal sem standard la semua nak keluar pergi beli barang keperluan apa semua kan? Nak2 lagi kalau perempuan. Memang banyak jee nak beli. macam nak borong 1 kedai tu skali. haha.

Si A ni selalu dilema, sebabnye masa awal sem tu dia tak tahu nak keluar dengan geng yang mana nak kluar beli barang. Dengan geng housemate dia ke atau geng Z dia. Kalau nak ajak semua keluar sekali memang tak muat lah kereta. sebenarnya boleh je keluar sekali ramai-ramai. tapi masalahnya yang ada lesen tu taknak bawa kereta. Semua harap kat dia sorang. Selalu nya kawan aku si A ni akan keluar 2 kali. 1st dengan geng housemate dia, then keluar dengan geng Z dia. Padahal masa dah keluar dengan geng housemate dia, dia dah beli dh brg2 keperluan dia. Tapi kena juga keluar dengan geng Z sebab nak jaga hati diorang.

Apa yang aku nampak la kan. geng2 dia ni sebenarnya gunakan si A ni utk jadi driver dorang bila dorang nak keluar je. Terutama sekali geng Z. Geng Z ni lain2 perangai. Pernah sekali si A ni cerita kat aku yang ada member dalam geng Z dia ajak keluar. minta si A drive. tapi masa tu si A ni busy dengan assignment so dia cakap la elok2 dia tak boleh nak keluar. Korang tau, member dia tu siap merajuk berabis hanya disebabkan kwn aku si A ni taknak tlg drive. Serba salah jadinya kawan aku si A ni. Baik sangat . selalu nak jaga hati orang. tapi hati sendiri ? kesian aku tengok. Geng Z ni memang selalu nak keluar. tapi suka paksa si A ni yang drive. Pernah juga la bila si A ni nak keluar urgent then minta teman kat geng Z, first2 semua setuju. Last2 hampeh tkde yang nak teman si A ni.

Aku malas lah nak cerita panjang-panjang. sebab bukan cerita aku pun. Cuma aku nak la nasihat sikit dekat geng2 Z ni kalau korang terbaca la kan. Tak pun utk semua lah . Kalau korang keluar ramai-ramai sewa kereta especially kalau korang minta seseorang tu jadi DRIVER korang. Aku rasa macam tak salah kan kalau korang tak minta bayaran banyak sangat. Means duit sewa kereta + minyak tu jangan lah korang suruh si Driver ni byr sama rata dengan korang. Bagi lah dia byr half ke drpada amount yg lepas dh bahagi. Korang yg penumpang la byr lebih sikit. Kesian kot kat si driver ni nak drive ikut hala tuju korang. Sebab-sebab macam ni lah yang kawan aku si A ni macam dh tak ikhlas nak tolong kawan2 dia drive. Takpun kalau korang yang minta tolong sangat kat si Driver ni, korang suruh je dia drive.. Sewa kereta+minyak korang je lah bayar. Win-win situation la wei. Stop la asyik nak bergantung harap kat orang je.

Korang ada apa2 nasihat tak untuk kawan aku si A ni ? ke untuk kawan2 dia ke? Ntah apa ntah aku merapu. Oklah bye semua. Lega rasa dapat confess kat sini. Semoga kawan aku si A ni tabah la menghadapi dugaan menjadi DRIVER free tak lama lagi. huhuhu

Gadis Oren

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply