Inspirasi

The thought of an unemployed – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

The thought of an unemployed

Assalamualaikum. Thanks admin sudi siarkan confession ni. Aku just nak cerita yang aku bakal grad tahun ni. Tapi. Bukan tak bersyukur. Tapi. Tapi. Aku tahu korg akan ckp ala tak penting pun bende tu. Tapi. Tapi. Pointer aku sikit sgt nak banding ngan geng2 classmate yg lain.

[Flashback]Aku jenis nilai result aku dengan membandingkan result tu dgn kwn2 aku. Sbb dari dulu, dari zaman sekolah rendah lagi aku mmg selalu ckp kat diri aku kalau kakak abg aku boleh buat, kwn2 aku boleh buat takkan aku tak boleh buat. Mksudnye kalau kwn aku dpt A utk bm tkkan aku tak boleh dpt A kot. Disebabkan sifat aku yg satu ni aku slalu akan ada rasa tercabar dlm diri bila kwn aku dpt lebih dari aku. So mmg selalunye aku akan dpt lebih dari geng2 aku in terms of result exam even aku tak de lah rajin sgt belajar. Mgkin time tu Allah tu terangkan betul otak ni jd aku mmg jenis study smart. Mksudnye kalau aku ada mood aku study. Time mood dtg ni mmg baca sekali terus masuk otak.

Tapi biasalah hidup tak selalunye dekat atas. Lepas pmr hidupku dilanda badai (Adalah masalah family sikit). Aku tak dpt masuk asrama utk first batch. Pastu smpai satu harini ni aku tak tahan dah nak duduk rumah aku ckp kat mak aku tolong la buat surat merayu masuk asrama. So mak aku buat then aku dpt la masuk asrama. Lepas dah dapat tu aku rasa aku tak leh adapt duduk asrama. Aku nak blah tapi aku tau aku tak boleh sia2kan usaha mak ayah aku ulang alek putrajaya semata nak masukan aku asrama which technically it was my own wish.

Jadi bila dah tak boleh keluar asrama, aku terpaksa bertahan which literally thats the only thing I did. Bertahan. Sustained. Sabar. Sabar. Tak belajar. Bertahan dengan tidur. Tidur je keje aku. Time kelas time prep time lights off. Kerja sekolah ntah kemana. Soklan past year ntah ke mana. Kelas ntah kemana. Berkawan pun sorg dua jek. Yang lain tu jadi mcm stranger je aku buat. Lagi satu cara aku bertahan dengan cari rakan/geng yg satu kepala dgn aku. Tak suka duduk asrama, nak main, nak gelak jek. Aku punye tak motivated tu sampai bile aku sedar aku bukan budak paling pandai aku siap ckp buat ape aku study kuat2 kalau aku mmg takkan boleh lawan diorg yg pandai ni. Padahal kalau dulu aku takkan biarkan sesapa pun getting out of my way.

So bila dah gitu faham2 la result spm aku cemana. Lepas dpt result spm perasan menyesal tak study betul2, tak usaha betul2 tu mmg melanda diri bagai ombak di lautan. Duduk dlm bilik nages sedih malu mcm org gila. Dan disebabkan itu juga aku mcm buat comeback la kat matriks. Aku mmg serius. Nmpak macam memain. Semua org buat homework before masuk tutorial aku buat homework lepas masuk tutorial. Tapi aku tak tiru. Aku study sendiri. Motivatednye aku time tu sampai kdg2 balik bilik penat pukul 5 tu aku bukak balik lecture notes just nak fahamkan balik lecture tadi. Dah faham aku baru aku sambung tido. Then result matriks aku pun awesome mcm milo ais dekat restaurant mamak. Pastu dpt masuk U which org kat U aku kate korg kene bangga dpt masuk U ni sbb susah tau nak masuk. Amek kos engineering.

Life U aku awesome gak mcam neslo ais restaurant mamak cume result aku klaka sikit. Aku ni antara budak2 yg muka selalu kene repeat paper. Pernah gak repeat paper sampai 2 kali. Every sem aku konon nak start rajin. Kurangkan enjoy. Bykkan ibadat. Take every assignment seriusly. Tak nak sambil lewa. Tak nak last minute. Tapi akhirnye aku tetap enjoy for half of the sem and buat semua kerja lepas balik cuti half sem. Mgkin sebab geng enjoy pun ramai. Haha.

Tapi aku tahu kali ni its all on me. In fact life aku yg kat asrama yang dulu aku rasa tak best langsung tu pun sebenarnye salah aku. Sendiri yang gedik taknak motivate diri utk study semua buat last min semua nak harap org semua nak tiru org. Semua sendiri punye salah. Sendiri yg pilih jalan tu. Tapi dekat u ni tkde la aku memain jek memanjang. Lepas balik cuti half sem tu aku usaha la betul2. Time final pun usaha gak sebab ada kawan2 yang sgt positive dan motivate aku utk usaha jgn repeat paper dah. Haha. Kire kitorg ni jenis enjoy betul2 study pun betul2. Tapi result aku yg tk seberapa tu aku anggap jek mcm bukan rezeki aku utk dpt yg gempak2. Even so Allah still bagi aku buat byk bende yg awesome masa kat u ni, yang aku tk de peluang nak buat before ni.

Time kat U ni aku sedar you cannot compare your life dgn org lain. Cthnye term of success ni lain org lain maksud dia. Ada org fikir kalau dia jadi jutawan dia dah berjaya. Ada org fikir kalau dia dpt title dr dia berjaya. Ada org fikir gitu ada org fikir gini. Kalau kita asyek compare jek and percaya sgt yg kalau karangan aku lagi panjang dari dia mksudnye aku bagus padahal korg buat tajuk yg berbeza sampai bila2 kita tak reti nak bersyukur. Sbb no matter how close and how connected you are with someone or some people, you are always at the different road from them.

And this got me back to the first paragraph. Hmmmm. Actually aku sedih bukan ape. Sekarang ni tgah menganggur so aku tkde bende lain nak buat lepas tu aku terfikir at least dulu time spm teruk aku boleh buat comeback dekat matriks. Skrg ni habis degree,lepas ni kerja terus, so aku tak dpt buat comeback lagi. Then I will always be the degree holder yg grad dgn pointer below then 3.0.

Well its just a thought. And now aku still excited menunggu masa nak grad. Still excited that i managed to grad despite how berbelitnye the path was. And still annoyingly menunggu org hire aku. Haha. Thats all from me, yang baik dtgnye dari Allah SWT yang buruk dtgnye dari aku sendiri. Btw whoever want to hire a engineer fresh grad im the perfect candidate for you. Hashtage pleasehireme.

Sekian tq.

Akak penganggur

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply