Inspirasi

Tip tambahan cari kerja – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tip Tambahan Cari kerja

assalamualaikum & selamat sejahtera pemuda Malaysia yang disayangi.

saya harap iium siarkan lah cerita ni walau tak seberapa.

saya berumur 25+ tahun, saya rasa masih muda tapi nak beri nasihat lembut sebagai bro sis kepada adik-adik di ipt, kolej, hatta sekolah menengah sekalipun yang semuanya akan bekerja satu hari nanti. anugerah dekan dan sebagainya tidak berguna kalau kita tiada plus point ni. plus point ni ialah adab ataupun interpersonal skill.

alkisahnya terdapat lah beberapa adik intern datang ke tempat kerja saya handle program. sebagai orang bajet muda lol, ive tried to approach them, to make them comfortable as they were at my place helping under few organisation. comey comey, hensem hensem, tried talking few things such as hello, bekerja atau masih belajar. rupanya intern. nice meeting you. okay. sebab aku pun busy kerja. then others yang perempuan especially memang avoid and dengan muka straight diorang pun langsung tak bertegur aku atau rakan rakan sekerja aku yang lain. okay aku tau akan ada yang akan hentam cakap inilah orang melayu sikit sikit nak condemn, kritik.

nope, ive compared our graduate with overseas graduate (foreigners lah di negara lain). depa ni tak lah hemoi mana. tapi depa biasakan diri hello love, how are you today? (hello cinta, apa khabar). okay kalau malu boleh hanya senyum kalau segan nak tiba tiba tegur orang kan. (nota kaki: pengalaman kerja negara orang).

sekarang ni dik, zaman semua orang deans list, semua cemerlang, belum tambah uni hebat hebat. apa yang membezakan adalah pergaulan kita, masuklah persatuan or sukarela, di situlah akan berjumpa orang, belajar bergaul, belajar handle program. dalam resume nanti, benda ni lah yang akan bersinar bagai sang suria menarik perhatian interviewer.

sentiasa, sentiasa rendahkan diri dan layan semua orang sebagai istimewa. hatta pak guard sekalipun. sebab semua kerja tu sangat penting. even kerja cikgu sekarang pun masyarakat pandang rendah as last choice or bukan profesional. padahal depa tak tau ramai cikgu pelajar cemerlang graduan dalam dan luar negara yang tolak kos lain sebab minat.

andai kata anda dapat kerja hebat, doctor, lawyer, engineer tapi social skill tak dak. ruginya hidup sebab akan ada masa kena berdepan dengan manusia and bukan sekadar paperwork, report or mesin. sebab tu aku respect kerjaya cikgu.

sekian, itu lah adik adik. even though anda cool, genius, ada swag, introvert, silalah belajar bermasyarakat, belajar senyum, belajar memberi. instead of merungut peluang pekerjaan yang makin teruk (aku akuiiiii), cari plus point diri anda. bergelak ketawa lah anda dengan interviewer, dipermudahkan mendapat kerja. sekarang ni pekerjaan yang kebiasaannya dijamin macam doktor dan guru pun dan kena bersaing. dan memang pemerhatian aku, kawan kawan aku yang kerja company besar semuanya sebab interviewer cakap tertarik dengan personaliti dan pengalaman depa berpersatuan. (jangan persatuan pelik pelik lah woi). berusaha, berdoa, bertawakkal, beradab, merendah diri.

insan kiwi ambivert

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply