Inspirasi

Tolong aku korang – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tolong Aku Korang

Assalamualaikum. admin,terimakasih approve (kalau approve lah).

Diringkaskan..nama aku Xx. Tujuan aku confess ni sebab nak pandangan dari korang yg baca confession dari aku.Aku berusia 20-an.Masih lagi belajar.Masih belajar lagi di salah satu IPTA kat Malaysia ni. Apa masalah aku?

Masalah pertama aku adalah keluarga. Jujur aku cakap,aku proud sgt dengan famili aku yg dulu.Rapat sgt. Walaupun badai dah melanda famili aku berbelas tahun lalu (hampir masuk 20 tahun dah peristiwa tu)tapi famili still strong.Bapak aku je yg ada famili baru.Tak pe,asalkan dia bahagia.Honestly ..bapak aku tak kenal pun siapa aku.Ok tu tak de masalah.Aku stay dengan umi aku dari kecik sampai besor.Memang bond aku dan umi lagi rapat compared to my sisters and brothers.Cuma kena marah dengan umi tu normal kut.

Dulu aku pemalas,pengotor.Aku akui tu tapi sejak aku berhijrah, banyak benda dalam life aku dah terjaga..sebab aku tahu,just baru nak amalkan.Sekarang ni aku yg kena jaga umi pulak..umi dah tua..tapi nampak muda je.So aku kena ambik berat banyak perkara.Sisters and brothers aku dah kahwin semua.tinggal aku sorang je belum kahwin.Semakin lama aku semakin risau nak kahwin..Apa yg aku risaukan? Risau pasal umi.Yee,my umi yg orang panggil janda tu.Dia keseorangan..tak ada teman..Harap anak2 balik jaga dia sekali sekala.Semua dpt kerja jauh tau.Aku je belum confirm kerja mana.Risau kalau aku kahwin,tanggungjwb aku akan berpecah byk.kurang fokus dh pd umi. Aku risau kalau aku kahwin,lelaki aku akan buat macamana bapak aku buat dulu (perempuan & duit)..bapak aku tak jahat.Dia ada ilmu agama.tapi bila dtgnya perempuan dan money,kasih pd famili GONE.Tu je aku boleh cakap.Dan aku yakin bukan famili aku je cam ni..Korang mesti terfikir.Abang kakak aku macam mana?Menjadi manusia tak?

syukurlah.Sgt menjadi.Aku je belajo lg.Tu la antara kerisauan aku.Tp buat masa skrg tak de calon lg.Belum ada mana-mana lelaki yg berani meminang..Yg ada pun,kawan2 umi je nak pinangkan utk anak lelaki dorang cuma umi tak bagi green light pun.Aku berharap sgt,aku dapat lelaki seorang Muslim yg bertanggungjwb dan syg umi sebagaimana aku syg umi.Umi kesepian,aku tak mahu jadi anak yg tinggalkan umi kesepian..ermm.. kerisauan aku yg lain,aku menghidapi satu penyakit.Bukan depresi tp penyakit yg kait dengan wanita(bkn meroyan).Aku suspek barah.Kenapa suspek?result belum keluar lg & tak ade siapa yg tahu pun aku suspek barah.Kadang tu emosi tak stabil juga sebab terlalu memendam rasa..hmm..Keluarga seorang pun tak tahu sebab aku berpendapat,once aku dah mula treatment bila Pakar dah ada definitive diagnosis,baru aku akan beritahu.

dan kerisauan aku yg terakhirakn ada lg ke sinar bahagia utk umi & aku?Kadang aku rase nak rebah..tak ade kekuatan..sejak keluarga aku berpecah belah buat kali kedua akibat perbuatan manusia yg ada hasad dengki dan mensyirikkan Allahaku rasa.sebab anak2 umi seakan2 dah mula membenci umi,dan tahap paling teruk ada yg derhaka dan aku selalu nampak kelibat pelik dalam rumah,dan byk benda pelik berlaku..bunyi kaca berderai,umi jadi sakit,rumah dah tak ada seri,macam2 lg gambaran yg aku tak dapat gambarkan hanya dengan kata2..(sebab tu aku je yg jaga umi sekarang dan beberapa orang adik beradikku tlg jaga juga kadang2 cuma aku selalu nampak kebencian pd umi tu dari anak2..) dan aku akan usaha ubati keluarga aku walaupun ahli keluarga aku ketawakan aku.. aku yakin,ada perkara yg tak kena cuma Allah masih lindung dpd perkara yg lbih teruk berlaku mgkin krn Allah kasih pd hamba yg solat dan tak sekutukanNya. aku mohon korang bagi la kata2 semangat pd aku.Sekurgnya bila aku dah kuat nanti,aku akan gagah jaga umi..dan bagi la pandangan korang..Aku akan baca dan bantu diri sendiri . tolong ya..

terima kasih

Ms Xx

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply