Inspirasi

Tolong faham ya – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Tolong Faham Ya

Assalamualaikum everyone. First of all, thank you admin sbb approve. Im a fan of this page tapi before this tak pernah terpikir untuk mengarang apa apa kat sini.

Okay ini luahan hati merangkap teguran kepada semua rakan rakan. Aku ni baru je habis belajar. And dapat kerja biasa biasa. Gaji tak payah cerita. Kalau nak diikut betul betul kelayakan aku, mmg gaji aku sekarang underpaid. But I dont mind sbb for me, experience is more important untuk budak mentah macam aku yg baru menjenguk dunia pekerjaan.

Okay sebenarnya aku tergerak nak cerita sbb out of blue aku teringat yg dulu pernah ada orang cakap kat aku masa tengah sembang sembang kosong. Dia cakap ala, parents kita bukan kerja susah pun. Duduk dalam office, ada aircond. Masa tu, aku speechless. Tiba tiba macam benda masuk dalam fikiran aku.

First, aku mcm terkejut sbb first time aku dgr orang cakap mcm tu. Second, aku terpikir yg betul ke parents aku kerja diorang tak susah? And then bermula la episod flashback. Aku teringat betapa selfishnya aku masa zaman kanak kanak ribena tak pandai urus diri. Kalau nak apa apa, mengamuk sikit or merajuk tak pun acah mogok lapar, mesti parents mengalah and penuhi jugak apa yg aku nak walaupun time tu diorang tak de duit. Apa yg aku tahu, aku nak benda tu so aku kena dapat. Tapi aku tak pernah terpikir yg duit untuk barang aku nak tu datang dari kerja keras ayah aku balik rumah seminggu sekali and ibu aku yg pergi kerja tak nampak matahari, balik pun tak nampak matahari.

So kat sini aku nak tegur semua yg suka main mintak je apa yang diorang nak daripada parents bahawasanya that maybe kau tahu parents kau kerja apa, tapi kau tak tahu kerja mcm mana and apa yg diorang kena buat dekat tempat kerja untuk dapatkan gaji bulanan yg kau suka kikis and habiskan dalam masa beberapa jam tu.

Ya, aku pun dulu mcm tu. Suka mintak bukan bukan. And aku start sedar diri since aku 13 tahun tentang kesusahan parents cari rezeki tapi dalam keinsafan tu pun still suka mintak bukan bukan drpd parents. So now bila aku sendiri bekerjaya, I learn the real definition of susahnya cari rezeki and kerah tulang empat kerat. Yes, dari kaca mata orang lain, aku kerja tak susah. Duduk office tak kena panas, aircond sejuk mcm peti ais, duduk atas kerusi je tak payah gerak mana mana, call clients and everything tanpa keluar peluh. BUT. you dont know the story behind it. Deadline, pressure dari bos and rakan sekerja perangai reti menjatuhkan kau je. Itu belum masuk manager mulut tak de insurans and kau balik malam stay back kat office walhal time tu orang dah guling guling kat rumah depan tv dengan family. Penat. Physically and mentally.

Bila dah lalui sendiri dunia pekerjaan ni, baru lah tahu betapa susahnya nak cari rezeki dan faham pengorbanan parents. Pastu aku pun start leleh and sedar kesilapan sendiri. Tapi aku pelik, budak sekarang bergaya bukan main semua benda nak branded nak mahal tapi pakai duit parents. Sometimes parents gaji tak besar mana. Satu je aku mintak dari semua, tolong faham yg parents korang penat kerja nak suap mulut korang dengan makanan and tolong faham bila parents ckp diorang tak de duit and tak boleh penuhi permintaan kau yang tak penting tu. Please eh.

Aku yg baru kerja ni pun bila balik mcm zombie rasanya. Penat. Sedangkan tak de komitmen apa apa kat rumah. Cuba bayangkan parents korang yg balik kerja kena hadap perangai korang lagi haihh.

Cukup la aku bebel sampai sini. Tolong hargai jasa dan pengorbanan parents korang cari rezeki nak besarkan korang. Kalau tak nak faham sekarang penat lelah parents kerja, tunggu lah bila korang kerja. Time tu aku tak payah nak explain susah susah nak buat korang faham. Sekian.

XOXO

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply