Inspirasi

Aku bipolar disorder – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Bipolar Disorder

Assalamualaikum kepada korang semua. Saya nak berterima kasih kepada admin kerana siarkan post ni.

Korang pernah x rasa sedih sampaikan kau perasaan kau macam mayat hidup,kau rasa kau x berguna,dan yang paling teruk ,kau rasa nak bunuh diri (tapi kau tahu perbuatan haram tu memang dosa besar) .Bila kau gembira,kau rasa dunia ni kau yang punya,hingga kau ada perasaan yang kau ada kuasa luar biasa(macam bila kau marah,kau perasan tetiba je cuaca jadi mendung. hehehhe..)

Aku sememangnya ada perasaan tu sejak aku darjah 4 .Tak tahulah kenapa,aku rasa apa yang aku alami ni sebenarnya x normal.Tapi sebagai budak mentah waktu tu ,aku biarkan je.Aku pun jalani lah kehidupan aku macam biasa.

TAPI.

Untuk pengetahuan korang ,aku ni second intake matrik tahun ni,dan sebelum masuk matrik ,aku ambil diploma elect engineering(yang sememangnya cita-cita aku tapi sekarang aku x tahu /lupa ,kenapa aku keluar uitm)Sekarang ,selepas aku masuk matrik ,perasaan aku makin makin x tenang.Parent aku cakap maybe aku kena gangguan.So 2 minggu aku berubat dengan shifa,aku rasa aku dah pulih.Aku balik matrik balik.Apa yang aku expect adalah salah.

Aku makin murung .Of course aku banyakkan ibadah pada Allah,aku mengaji,aku solat semua.Just,Aku buat semua dalam keadaan menangis.sebulan jugaklah aku macam tu.Sampaikan aku x tahan,aku fikir nak bunuh diri.Aku nak overdose.Aku ada makan ubat sampai overdose dekat matrik.Aku ingat aku akan pengsan ke apa.Lain pulak jadi,aku jadi high.Pergi kelas ,terhuyung hayang.

aku nak sembuh daripada apa yang aku rasa ni tu apa yang aku fikir waktu tu,setiap saat.Aku ada pergi caunselor,cakap macamtu macamni.Aku masih x puas hati lagi dengan penjelasan counselor.Aku pergi jumpa doctor,aku cakap macamtu macam ni.

LAST-LAST

Doktor bagi surat rujukan pergi bahagian psikiatri.Aku memang lah terkejut.Ni bukan tempat orang sakit mental ke? Korang rasa aku pergi x?Jawapannya mestilah YA.Aku mestilah berikhtiar mencari penawar sakit aku.Mana tahu rawatan alternatif campur rawatan moden ,aku boleh sembuh.

Sampai je aku depan bilik doktor psychiatrist,memang menggeletar lutut aku.Aku memang berdoa agar aku x dapat sakit apa2 berkaitan mental.Apakah daya ,hanya Allah yang tahu masa depan aku..Aku pesakit Bipolar Disorder .

Qifa

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply