Inspirasi

Antara fyp dan dnt – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Antara FYP dan DnT

Saya tak sure kalau admin nak post ni ke tak, tapi kalau post, thank you. Dan untuk readers yang dihormati sekalian, terima ataupun tak, up to you lah ye.

Saya nak tekankan tentang manage dua benda penting bila masuk university.
Satu pasal study.
Satu lagi pasal dakwah dan tarbiah atau DnT.

Jangan risau, ni bukan tipikal post pasal bash bash orang. (Takmau sensitive sangat) Ni nak bagi life lesson la kat korang yang suka membaca dan belajar dari pengalaman orang lain, ye tak.

Saya pelajar final year, tapi bukan dari UIA. Luar Malaysia. Biasalah kalau final year ni kita ada final year project (FYP). Cuma satu benda yang saya nak tekankan bila students yang melibatkan diri dalam dakwah dan tarbiah ni, nak kena uruskan usrah, atau jadi orang administration ni, kalau boleh la ye, kalau boleh, doa dan usaha banyak-banyak untuk buat kerja sebaik mungkin. Dan point paling penting yang saya nak sampaikan sekarang, terima ilmu dan nasihat daripada orang lain sekalipun dia adalah orang bawahan kita dalam DnT.

Seperti awak-awak semua, saya pun pernah melibatkan diri dengan semua ni. Banyak benda nak kena juggle dalam waktu yang terhad. Tapi tak pernah kecewa sehingga lah sekarang, bila tengok kawan yang involved dalam DnT buat part dia dalam FYP macam orang yang tak pernah buat essay. Kerja saya dalam FYP pun dia amik, itu saya tak kisah. Sebab ye lah kita satu group. Nak tak nak kena la berkorban. Group mate kan. Tapi kalau dah bagi points semua dan tinggal awak je nak buat dalam essay, saya harap sangat kalau awak dapat buat yang terbaik. Saya tak suka tengok kerja separuh-separuh atau senang kata, cincai.

Kita sama-sama pergi luar Negara. English mesti mantap sebab kena lepas IELTS dulu kan sebelum fly. Tapi setiap kali kami tengok kerja awak, kami terluka tau tak. Tapi takpa, sebab kami ni tak cepat panas, kami tolong jugak reconstruct ayat, betulkan grammar. Sebab bukan semua orang yang belajar grammar ni terus dapat. Sanggup jugak tolong awak buat semula essay tu. Serius kami tak kisah. Dan bila awak ada DnT yang harus di-settle-kan, kami considerate, ikut time bila awak free. Seriously, Aiman tak kisah kan.

Tapi sayang, setiap kali nak nasihat, nak bagitahu benda ni salah, atau point itu ini tak berapa clear, saya tak faham kenapa harus jadi defensive. Adakah cara kami terlalu offensive sehingga awak menjadi defensive? Mungkin, untuk awak. Ya Allah, group mates awak la paling lembut dalam berbicara, tahu? Kalau nak tegur pun cakap, I might be wrong but I guess… Dan saya jugak personally tak nak bagi tarbiah sentap kat awak secara direct. Saya nak kerja kita, hubungan kita sebagai kawan berjalan lancar. Tak ada gaduh-gaduh. Okay?

Tapi sayangnya, selama berbulan-bulan kita bekerjasama dalam FYP, akhirnya terlepas jugak lah marah saya tadi. Macam apa yang orang tua-tua dulu berkata, even the kindest people have their limits. Eiseh. Saya terlepas cakap kat awak yang awak tak mampu nak manage dua benda dengan baik. Kalau awak buat tak lawa, bukan markah awak saja tak lawa. Markah kami jugak pun tak lawa.

Saya tahu susah. Especially kalau kita orang penting dalam kelab kita. Dalam DnT kita lah orang paling atas. Buat kerja yang paling berat, mungkin. Kena susun atur itu ini. Tapi ingat, jangan sampai memperjudikan nasib orang lain. Nasib awak sendiri. Pengalaman saya dalam DnT mungkin tidak akan pernah sama dengan pengalaman awak semua, tapi kita ada ground rule kat sini. Manage your work/study/things and time wisely. Buat jadual, tulis kat phone, biar berdering sampai orang sebelah boleh dengar kalau sejam lagi ada meeting. Buatlah apa-apa yang awak nak. Yang penting awak ada etika bila bekerja dengan manusia. Dan yang paling penting, apa-apa yang awak sampaikan masa usrah tu, cuba apply dalam real life selagi mampu. Tak dapat semua, sikit pun jadi la.

Awak-awak kat luar, termasuk diri ni sekali, setiap kali orang bagi nasihat dengan cara baik, tolong terima kalau betul. Dan betulkan je baik-baik kalau nasihat dia salah atau tak kena dengan iman awak. *wink* Orang nak tolong, bantu kita jadi yang terbaik. Bukan nak jatuhkan kita sebenarnya, especially kalau kita dalam biah solehah ni hah. Kita ni bawak imej Islam dan imej Malaysia. Dan paling penting, kita bawak harapan mak ayah. Ego tu letak tepi. Ni bukan nak bagi sentapan rohani ke apa, ni nak tolong kita sama-sama berjaya pegang scroll tu akhir tahun nanti. Dan untuk orang-orang yang melibatkan diri dalam DnT, dalam kesusahan nak DF atau bawak orang dekat dengan agama, atau nak kukuhkan ekonomi dalam Jemaah sendiri, ingat satu saja, study ni ibadah. Prestasi kita tu pun satu dakwah juga. Akhlak kita, kerja kita, orang menilai. Tapi itulah, selalu sangat cakap, takpe, hati kita hanya Allah yang pandang. Manusia tahu apa. Huhu.

Woi! Apa yang di dalam hati tu lah yang akan terpapar di luaran. *bengis*

Mak saya cakap, nanti bila dah kerja, lagi macam-macam ragam kita boleh nampak. Orang amik kerja kita, still taktahu nak rasa malu. Suka hati lah dorang nak buat apa, dik, yang penting kita ada Allah untuk tujukan doa. Allah tahulah nak buat apa. Dan yang penting, kita tak jadi macam dorang semua. Masa study ni la dik, kita nak belajar nak deal perangai ni macam mana. Ujian Allah ni bukan sekadar ujian. Tapi hadiah untuk masa depan jugak, dik.

Mak-mak kalau bagi nasihat macam pistol kan. Tajam je tusukan tu. Huhu.

Lepas baca post ni, jangan lagi generalize akak-akak usrah, atau akhi usrah itu ini memang macam ni. Ini sekadar life lesson yang kita semua boleh apply dalam study dan kerja. Dorang dari awal ni Allah dah pilih. Kita ni bagaimana ya.

Manusia tak marah kalau awak belajar untuk improve diri. Things take time. Dan dua-dua pihak kena sabar.

Cuma itu lah, bukan semua orang sempurna ye tak.
Ada je cacat cela sana sini agar manusia ni rasa humble dengan Ilahi.
Tapi itu tak bermakna Allah tak bagi peluang untuk kita improve diri.
Saja nak tegaskan sekali lagi.

So itu saja lah. Yang baik kita ambil. Yang buruk kita perbaiki.

Adios.

sleepless beauty

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply