Inspirasi

Baca ini jika anda kurang keyakinan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Auto Draft

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pertama sekali, saya harap sangat admin sudi approve post saya. Bagi saya, amatlah penting supaya admin approve post saya nie utk mengembalikan semula semangat2 introvert di luar sana (eh, aku ada amik semangat korg ke?) Haha gurau2.

Ok, sebab aku ni pembaca setia IIUM Confession dari zaman aku belajar lagi so nak bg tau korg awal2 yg isu ni pernah up masa dulu. Siap ada banyak post lagi dari extrovert-ambievert yg bagi tips utk introvert.

Aku juga introvert macam korg. Pendiam, pemalu, lonely, suara halus sangat bila bercakap, low confident and more. Senang cerita segala ciri2 introvert ada dlm diri aku.

Sekarang umur aku dah 21 unofficially sebab birthday lambat lagi. Hihi. Baru habis dip dan skrg tunggu nak masuk degree. InsyaAllah, doakan aku ye!

Firstly, let me comfort u guys by telling that its okay to be introvert. Cuba bertenang sebab kat luar sana sebenarnya ramai lg yg introvert mcm kita. Allah cipta sesuatu tu ade sebab dan percayalah setiap kejadian tu perlu balance barulah kehidupan teratur. I mean, kalau semua extrovert, then siapa nak jadi introvert? Setiap perkara ada pro and cons.

Dengan menjadi introvert, korg semula jadinya merupakan seorang good listener. Cuba bygkan kalau semua org extrovert, siapa yg nak dgr masalah kita ye dok? Samalah juga kalau seperti kalau semua amik course engineering, siapa pulak yg nak amik course medic and etc. (Maaf kalau perumpamaan aku mcm sampah and korg tak faham)

Back to the point, aku mula nekad utk berhenti menjadi introvert bila aku pindah sekolah baru sebab aku dah penat hanya memendam rasa bila tgk kawan2 lain bila hujung minggu selalu hangout together-gether, bila raya selalu konvoi ramai2. Sedih sangat sebab aku takde group kawan2 yg besar macam dorg. Pedih sangat rasanya. Tapi aku faham sangat sebab salah aku yg jadi pendiam sangat, tak pandai bergaul dengan org.

Kat sekolah baru, aku amik masa jugalah untuk rapat dgn budak2 kelas aku sebab masing2 dah ada geng masing2. Yelah, masa aku pindah tu aku form 4 so what do you expect? Btw, sekolah aku tu sekolah harian so mmg dari kecil lg dorg dah kenal satu sama lain. Aku start aktif dalam mana2 kelab, persatuan and badan beruniform. Tak kisahlah program apa pun yg dianjurkan, aku akan join selagi aku mampu dari segi kewangan. Aku paksa diri aku utk keluar dari zon selesa. Mula2 memang awkward, rasa mcm terpinggir tapi aku beranikan diri utk bertegur sapa dgn dorg. Kalau malu sangat nak tegur, aku just senyum. At least, dorg x nampaklah yg aku ni sombong.

Habis cerita time sekolah menengah. Sekarang cerita pasal alam universiti/kampus pulak. Masa aku sem 1, aku kena cukupkan jam kredit aku dan masa tu tinggal 2 pilihan je lagi. Oh ye, ini kira macam utk subjek koko. Tinggal subjek silat dengan kepimpinan. Masa tu macam minat nak join silat tp fikir balik aku ni tak ada basic silat so aku pun joinlah kepimpinan. Dah nama pun kepimpinan so sah-sahlah kena banyak buat presentation. Masa dapat tau tu memang menyesal gila sbb amik subjek ni. Nak tukar balik x boleh sebab kuota untuk silat dah penuh. Nak tak nak, aku kena hadap juga presentation. At first, aku ingatkan aku sorg je yg akan tergagap-gagap depan kelas but i was wrongramai lg yg sebenarnya mcm malu2 depan kelas. Lepas tu, aku terfikir yg actually perasaan malu dan nervous tu normal. Kita je yg selalu fikir lebih2, yg terlalu insecure dgn diri sendiri. Come on, wake up! Benda ni normal. Normal utk ade semua perasaan yg korg rasa tu. Mana ada baby yg baru lahir terus pandai berjalan kan? Semuanya bermula dari bawah. Mula dgn merangkak then bertatih kemudian barulah pandai berjalan. Start daripada kelas tu, aku jadi minat utk bercakap. Untuk join kelab2 aktif kat U aku. Aku sedar selama ni aku terlalu insecure dgn diri sendiri. Selalu rasa diri ni lemah, mudah dipijak, cannot say NO to other people. Aku selalu rasa org sekeliling aku semua hebat2. Itu yg aku silap. Mindset yg tak betul. Kita semua manusia biasa. Tak ada yg sempurna. Face it!

Tips last sekali, banyakkan membaca buku motivasi. Try tengok channel2 youtuber Matluthfi, Amanwan, Nigahiga. Aku suka channel dorg sebab aku tau kisah peribadi dorg. Semua youtuber2 nie bagi aku inspirasi dan motivasi.

Ingat, ubah mindset. Percaya pada diri sendiri. Stop feeling insecure.

ex-introvert

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply