Inspirasi

Buat kaum hawa – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Auto Draft

Assalamualaikum trime kasih admin krn mengeprove confession ni.
Khas dari kaum hawa buat kaum hawa.

Hai insan bernama perempuan. Aku nak seru wlaupun perempuan sering dikaitkan dengan perkataan lemah, aku sangat sangat ingin menekankan perempuan perlu lasak. Lasak mcm mana ?tidak nye aku suruh korang pergi masuk parkour ke, main moto ke, sepak terajang ke. Tak tak bukan tu maksud aku.

Aku nak kaum aku kuat,lasak. Mental dan fizikal. Dalaman perlu kuat. Haa kang ade la tu yg kecam kata aku nk naikkan feminist. Bukan. Aku xsuruh pun kau menentang lelaki ataupun berdiri atas hak perempuan. Sini aku cerita.

Dah berapa ramai aku jumpa perempuan anak 5 ttbe sakit kanser, tapi laki kawin lain.
Dah ramai aku jumpa laki tetibe tak kerja anak bini nak makan apa ?
Dan ada aku jumpa laki jatuh sakit anak 4 masih sekolah bini xreti bawak kete.
Girls, zaman sekarang u have to fight. Bukan lelaki je. Jangan harap lelaki. Kaum lelaki lagi banyak tggjawab dia. Semua perempuan dalam hidup dia perlu ditanggung dosanya.

Jangan kau jadi perempuan yang hanya pilih lelaki jika ada kereta. Yes ada punya yg mcm ni. Nak balik kampung dari kolej, naik lah bas. Nk pergi stesen bas ? Naik lah teksi. Naik lah bas angkut dua tiga kali tu. No aku xcakap kau xboleh naik kereta. Aku xcakap kau haram naik kereta. Aku cakap soal berdikari. You have feel that. Kau kene tahu erti susah. Kau kena tahu.
Bila kau dah terbiasa senang, kau lalai. Kau jadi malas nk explore ssuatu. Kau jadi mengade. Kau jadikan diri kau manja.
Cubalah jadi seseorang yang berdiri sendiri.

Ni ada yang aku jumpa amboi kemain siap suruh orang jemput ambik bawakkan kereta untuk dia. Yang cantik jalan lah. Yang hodoh ?

Stop giving an excuse.
Aku xpernah naik bas.
Scary lah.
Bahaya la weh.
Because u dont try, u afraid.
(Aku xsentuh eh bahagian family hantarkan tu lain)

Satu kisah ringkas kawan mak aku. Suami dia jatuh sakit masa dia ada anak 5. Yang bongsu baru berumur 1 bulan. Kau bayang ?
Si isteri ada lesen tapi tak reti bawak kete. You know what?anak dia terpakse tumpang jiran hari2 kesekolah. Jiran yg dia tumpang tu cikgu. Selalu balik lewat sbb meeting. Anak2 dia tersadai kat pondok tunggu tu pegang public phone mitak mak ambik. Tp mak xreti bawak kete. Kau paham x. Dengan xmakan tghari lg. Anak dia slalu mitak hntr petang2 sbb nak training utk kelayakan wakil sekolah tp mak dia xmmpu nk hntr.

Cerita aku langsung tak salahkan takdir. Aku cuma nak kita berusaha lebih, rasa susah supaya bila dugaan dtg bila2 kita dah ready luaran dalaman. Jangan terlalu bergantung harap pada orang lain krn sampai satu tahap orang pun dh malas ambik kisah pasal kita.

Sorry terlalu panjang. Kalau tak suka, anda boleh hina. Kalau suka, anda boleh jadikan pedoman. Aku cuma nak kita kuat.

-Hawa

Gadis

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply