Inspirasi

Diterap adab kebudayaan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Diterap Adab Kebudayaan

Terima kasih admin kerana menyiarkan confession saya ini..Saya terpanggil untuk menulis tentang budi bahasa dan reti bahasa orang kita yang kian pupus ditelan zaman. Orang kelantan panggil teghtik teghening atau adab sopan. Dalam injakan usia yang makin bertambah, saya akui bertambah lah pengalaman, penilaian dan kefahaman saya terhadap kehidupan. Saya pasti anda juga begitu. Untuk menilai sebuah kehidupan, kita sewajarnya belajar dari pemerhatian dan menilai pemerhatian itu dengan mata hati bukan mata zahir semata.

Seringkali melalui setiap momen yang terjadi dalam rutin seharian, saya akan terkenangkan bonda di kampung. Terngiang bebelannya suatu masa dahulu, yang mana waktu itu saya mendengarnya ibarat angin lalu namun kini baru saya mengerti apa sebenarnya yang ingin disampaikan ibu saya dari setiap pengalaman yang dilalui beliau..

Saya berani menyifatkan ibu saya sebagai seorang wanita yang sempurna. Ya saya berani berkata demikian kerana jika anda mengenali ibu saya, atau bertanya kepada sesiapa sahaja yang mengenali ibu saya, beliau memang seorang wanita yang memang wanita. Tabah, lembut bicaranya, halus keperibadiannya, sabar, penyayang, memahami dan mengerti. Dan itulah yang sering diajar beliau kepada anak-anaknya. Saya juga mengimpikan untuk melakukan hal yang sama kepada anak-anak saya. Maka untuk waktu ini, saya sering berazam untuk menjadi seperti beliau.Ya saban kali waktu ini.Meski saya rasa saya berbeza dari ibu yang sangat penyabar dan lembut orangnya, tapi saya tidak.

Sejak kematian ayah ketika itu saya masih kecil. Semenjak itu, saya hanya rapat dengan ibu. Abang2 dan kakak saya sewaktu itu sudah besar dan sibuk dengan urusan pengajian di peringkat menengah dan universiti. Mereka tidak banyak masa di rumah, melainkan di asrama. Maka saya seorang lah yang membesar di rumah bersama ibu saya. Dari situ saya belajar banyak perkara yang ingin saya kongsikan di sini. Mungkin anda menganggapnya biasa tapi percayalah, hal-hal kecil sebeginilah yang membuatkan hidup kita terancang baik. Kalau hal2 yang kecil kita beres, maka kita akan lebih berupaya menguruskan hal2 yang lebih besar yang mana generasi anak muda hari ini khususnya gadis2 sudah ketirisan ilmu2 keperempuanan melayu yang sewajarnya diteruskan.

Bermula dari bangun pagi. Ibu mengajarkan agar sentiasa bangun awal pagi seeloknya sebelum subuh, dan mandi. Rumah kami tiada heater jadi sesejuk manapun air itulah yang harus digunakan untuk mandi pagi. Mandi sebelum subuh bagi perempuan adalah digalakkan untuk keserian wajah, ketahanan tubuh badan dan awet muda, kata ibu. Seusai solat Subuh, ibu melarang keras untuk tidur. Pantang katanya. Nanti wajah sembap. Demi menghalang kemengantukan itu, ibu suruh saya ke dapur. Kemas segala perkakasan memasak yang dibasuh semalam. Sesudah itu rebus air panas dan salin air semalaman dalam flusk yang telah menyejuk. Almaklumlah dulu2 tiada coway, tiada cuckoo macam sekarang. Anytime air panas dan sejuk tersedia kan.. Lepas tu tanak nasi dan kupas bawang. Kemudian, ibu menyuruh saya menjemur kain yang dibasuh dengan washing machine semalam. Siap jemur baju, nasi sudah masak. Serta merta saya ambil kuali, dan goreng nasi. Boleh dikatakan dulu setiap pagi kami makan nasi goreng sahaja. Begitulah saban pagi saban hari yang diajarkan sehingga saya terbiasa, dan perkara2 itulah saya lakukan sehingga ke hari ini. Cuma tidaklah hari2 masak nasi goreng. Sesekali ada elemen ala-ala western breakfast gitu.

Setelah makan pagi dan berkemas, lauk dalam peti sejuk beku saya keluarkan letak tepi singki. Biar ia defrost utk masak lunch nanti. Lepas tu, baru lah buat kerja2 sendiri seperti siapkan kerja sekolah(Jika hari minggu). Tidak ada agenda tidur siang di hari minggu. Kalau berkelapangan, ibu akan membawa saya ke medan ilmu di Kota Bharu setiap hari jumaat. Walaupun ada yang berpendapat ia suatu ceramah politik, bagi saya tidak. Dari situlah saya mendengar kuliah2 agama yang disampaikan sendiri oleh Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada waktu itu. Terasa ketenangan disitu,terasa terisi masa. Sesudahnya, saya pulang ke kampung menjenguk nenek belah mak, memandangkan nenek dan atuk belah arwah ayah telah lama tiada.

Seronok berada di kampung, saya belajar adab dan pergaulan sesama orang2 kampung yang seusia, dan yang lebih tua. Ibu sering membawa saya ke mana2 acara kenduri, melawat kelahiran bayi baru, dan juga menziarah keluarga si mati. Semua saya ikut. Dari situlah saya belajar erti kehidupan. Beginilah yang harus kita isi dalam kehidupan kita sehari2 sebagai bekalan pahala. Yang mana saya lihat hari ini makin kepupusan. Hendak menziarah orang, mesti fikir bab duit. Saya memang tak boleh toleransi alasan itu, meskipun saya juga kurang berduit. Tapi percayalah, Allah akan menggantikannya jauh lebih baik dari apa yang telah kita belanjakan untuk sebab2 diatas. Dan saya agak sedih bila ada suara2 sumbang yang tak berminat untuk turut serta dalam aktiviti2 tersebut walhal itulah ruang untuk kita bersilaturahim dalam kesibukan rutin harian kita. Waktu2 itulah kita boleh ambil peluang untuk berhubung sesama manusia, dan mengambil iktibar daripadanya. Waktu itulah kita boleh memerhati dan belajar sikap dan telatah manusia. Saya hairan anak2 muda sekarang kurang gemar untuk turut serta dalam aktiviti2 seperti di atas.

Apa yang ingin saya tegaskan di sini, bila kita terbiasa menghadiri majlis2 seperti itu, kita akan dengan sendirinya belajar tentang cara bercakap, gaya berkomunikasi, dan perlakuan yang wajar bila berada dalam situasi tersebut. Saya sekali lagi hairan dengan gaya orang sekarang berbicara, contohnya, Sedang jemur kain ke? dijawabnya eh takla..sedang makan nasik ni sambil buat muka seolah soalan yang ditanya tu soalan bodoh kerana si penanya sudah tahu dan melihat memang dia sedang jemur kain pun. Seakan sudah tidak reti adab berbahasa yang diturunkan nenek moyang kita dahulu. Halus, lembut, dan mesra.

Cara bercakap orang sekarang pun sudah lain, sudah terserlah kurangnya hormat anak muda sekarang terhadap orang yang dicakap nye itu. Kalau bertemu dengan orang yang lebih tua, sewajarnya yang muda terlebih dahulu menghulurkan salam. Ini tidak, buat tidak reti sahaja. Herm kalau bakal mak mertua laju pulak korang pergi salam ye pelik saya dengan generasi sekarang, seakan sombong tidak bertempat. Merasa dirinya lebih mulia dari orang lain. Itu kurang beradab namanya.

Berbalik kepada norma dalam keluarga saya, boleh dikatakan kami adalah orang yang berhalus dalam setiap perkara. Kalau pangkat abang dan kakak, memang kena panggil abang dan kak di pangkal namanya. Tiada istilah aku atau kau pernah digunakan dalam keluarga kami. Serta, perkataan2 lucah dan kasar langsung tidak pernah kedengaran. Kerana sejak dari kecil, arwah ayah memang pantang sebut perkataan2 sebegitu, terus dirotan beliau. Dan budaya tu kekal hingga ke hari ini. Wujudnya sikap respect dan hormat sesama kami. Kami kalau bergurau pun, pada hal2 yang melucukan seperti jenaka yang menyihatkan. Tidak pernah dengar gurauan lucah, tiada sindiran kepada sesama ahli keluarga.Sememangnya tiada. Jika kami bergaduh pun, adalah pada hal2 yang melibatkan ketidakpuasan hati dalam soal guna pakai barang. Kalau kami bergaduh sesama kami, kami akan perang saraf.Tidak bercakap sesama sendiri untuk suatu tempoh. Bila dah sejuk, back to normal macam tiada apa2 yang berlaku. Tiada istilah bergaduh mengata kau,kau dan aku,aku.Takde.

Tapi bila saya berkahwin, norma itu berubah. Masuk belah keluarga suami saya, totally different. Ye saya akui, memang lah tak sama keluarga kita dengan keluarga orang, tapi saya agak terpempan bila mereka sering bercakap lucah sesama mereka, perkataan2 kotor dan kasar biasa sahaja kedengaran. Saling sindir-menyindir adalah lumrah. Kalau bergaduh, saling mengata depan2. Jika marah akan sesuatu hal, memang gaduh besar satu kampung merebak. Bagi saya itu sangat kasar dan no peace of mind. Celaru. Saya lebih sukakan ketenangan dan bicara yang baik2 sahaja. Saya bukanlah seorang yang baik pun, tapi saya suka suasana begitu, mungkin sebab dah biasa. Jika tiada urusan di luar di hari minggu, acara tidur menjadi pilihan. Adik2 ipar perempuan saya akan tidur like a sleeping beauty di siang hari. Kalau lelaki kita tidak kisah sangat kerana memang sifat diorang suka tidur kan..tapi bagi anak dara, itu tidak manis. Saya tidak senang melihat situasi itu kerana bagi saya tidak elok. Orang tua pun tidak berkenan kerana ia menggambarkan kemalasan walhal banyak benda boleh dibuat. Mereka juga selamba berkemban dengan tuala lepas mandi keluar bilik air, yang tidak pernah saya dan kakak lakukan begitu di rumah. Kami sangat menjaga adab dan batasan walau dalam hal sekecil itu. Yang paling menyayat hati saya, saya tidak suka cara mereka berbicara. Walau dengan pangkat kakak ipar seperti saya pun, mereka boleh selamba bergurau kasar yang membuat hati kita terluka. Ya, kerana saya terbiasa dalam kehalusan budi bicara, pertuturan, dan perlakuan. Dalam keluarga saya, selalunya kami adik beradik tidak campur soal peribadi atau hal rumahtangga adik beradik kami, tapi lain yang ini. Saya tidak setuju dengan seorang adik suami saya ni suka sangat menjampuk hal kami. Which is she sepatutnya diam dan tak ambil tahu. Dia belum pun berkahwin dan tidak tahu asam garam sesebuah rumahtangga. So annoying lah! Memang agak terganggu privasi saya dan suami, walau suami buat rilek je kerana bagi dia benda tu biasa, tapi tidak bagi saya. I am quite sensitive woman and no tolerance with those things! Sampai sekarang, saya tidak boleh terima dengan cara hidup keluarga suami saya itu, walau saya sentiasa bertandang ke rumah mertua, saya tidak banyak cakap kerana tak kena dengan jiwa saya. Saya buat apa yang sewajarnya sebagai menantu, dan cukuplah setakat itu.

Apa yang saya harapkan adalah, anak2 tidak akan terikut-ikut dengan budaya belah sana. Bukan saya berat sebelah atau menganggap keluarga saya saja yang betul, tapi logiknya kita mahukan pendidikan dan asuhan yang terbaik untuk anak2 kita kan..Jadi saya selalu minta dengan suami agar menjaga lidah beliau dengan anak2, jangan terbiasa dengan pergaulan dan komunikasinya bersama adik-beradiknya. Saya harapkan anak2 saya membesar dengan pendidikan dan akhlak yang murni, serta bersopan santun walau sesama ahli keluarga. Mudah-mudahan begitulah..

Pencinta Budaya

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply