Inspirasi

Gebang si hani – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Auto Draft

Okey aku pun nak buat confession.
Ni kejadian sejak aku sekolah rendah sampailah sekolah menengah. Pasal si Hani E. Dia lah seorang makhluk yang amat aneh sekali. Banyak sgt cerita pasal dia, so aku bagi point yang masyhur jelah hahaha. Okey Hani E ni suka sangat gebang. Dia ni comel la gak, mixed(tak tau mixed ape)

1. Dia pernah cakap dia ada penyakit bahaya yang boleh mati. HIV setahu aku masa tu. Dia ckp bla bla bla nak mati dah bagai. Aku memang tak percaya, dia ingat aku ngan org lain ni bodoh sgt ke nak percaya. Tapi aku layan jelah kegebangan dia. Siap tunjuk surat weh. Mana tah dia taip. Pastu sebarkan ke serantau kelas, mintak simpati, orang lain pura2 jela layan. Aku sbb dah menyampah dalam hati cakap haaa lagi cepat lagi bagus hahaha pastu tunjuk rambut gugur sebab sakit tu. Emmm ada la setahun dia buat gitu.

2. Dia cakap dia ada kakak, abang, cantik dan hensem, siap ada anak sedara yang comel lagi, tapi dorang semua duduk oversea jarang balik malaysia. So aku ngan kawan2 aku terus berdiskusi tentang kebenaran cerita dia ni, so kita terpaksa gak buat2 percaya sebab taknak dia kecik hati. Dia siap cerita gebang kakak abang dia kerja doktor la, lawyer lah. So apa aku buat? Aku pergi rumah dia, ada sudut gambar family dia. Tahu apa ada kat situ? Gambar dia dengan adik dia je dari kecik sampai besar. Oh lupa nak cerita yang dia kata sebenarnya adik dia ni anak angkat. Wuuuu kesian aku kat adik dia ni, dapat kakak separuh mental. Terang lagi bersuluh tu adik dia dengan bin/binti yang sama, muka pun sebiji. So aku tanya mana gambar kakak abang dia, teringin gak nak tengok. Lama gak dia amek masa nak gebang, oh, dorang kan jarang balik, jadi tak da la gambar kat sini. Puiihhh takkan beranak terus mak kau campak oversea. Emmm layan jela. Eh lupa plak masa tuisyen dia pakai sweater dia cakap sweater tu kakak dia pakai masa mengandung kat oversea. Time tu aku rasa dia memang mental. Hahahaha

3. Dia cakap nak pindah negara Arab. Hahaha ni kelakar, sebab 3 tahun dia bawak cerita ni wei. Satu sekolah tahu sampailah ke pengetua. Aku ni rasa happy sgt mula2 sbb aku dah tak payah layan dia. Sebab mak dia memang doktor, so yang ni logik la jugak. Hahaha tapi 3 tahun tunggu tak pindah2. Cessss betul. Aku tertipu. Ahhhh hahahaha. Siap bajet buat kenangan gituh sebelum dia pindah. Pernah tu cakap packing dah semua. Amboi takkan packing 3 tahun kot. Hahaha cikgu2 siap sembang lagi dia nak pindah Arab tu duduk kat mana. Aishh cikgu pun terperdaya

4. Dia nak jadi doktor aku rasa, so dia cakap, sebab mak dia doktor, akan ada biasiswa khas untuk anak2 doktor. So dia kena usaha sikit je, nanti pas SPM dpt jadi doktor. Siap bangga wei time tu. Aku rasa cam kecik sangat yelah mak ayah aku kerja biasa2 je, pastu siap cakap kesian korang nanti nak amek kos ape kan, aku lainlah memang dah confirm dpt biasiswa. Tu mati2 aku percaya sebab yelah aku mana ada ahli keluarga doktor hebat cam mak die. Tapi bila dah besar sikit dan kebetulan kawan aku kat U ni anak doktor gak, Aku baru sedar, aku sekali lagi diperdaya. Ohhh my gaddd !!! Last2 dia amek kos ape sekarang aku pun xtau. Tapi bukan dukturah. Haha

Advertisment

5. Dia batuk berdarah. Ingat lagi aku, dia batuk2 depan aku pastu tiba2 tunjuk kat aku tisu ada darah. Walaupun aku jelas dan pasti tu cat takpun sirap ros yang dicalit bulat pada sehelai tisu, aku menunjukkan empathy sekali lagi. Dalam hati aku, haishhh dah2 la nak tipu aku, aku tak sebodoh tu nak percaya la wei. Entah berapa ramai la dia tunjuk tisu berdarah tu pastu buat cerita sedih dia sakit teruk. Mintak sangat bukan2 budak ni. Esoknya datang bawak syringe dengan needle dengan cecair warna biru, dia lekat kat lengan, dia selak lengan baju sekolah dia tunjuk kat kiteorang. Dan setiap orang yang dia jumpa, dia kata kena cucuk setiap sejam kot. Time tu aku cakap dalam hati please go to hell, aku rasa nak cucuk je kau dengan needle tu sampai darah2 hahaa. Cecair biru tu mungkin air ape tah la dia campur. Gila beb budak ni.

Sebenarnya dia nak tunjuk dia hebat dari sudut family, mungkin tu kot family yg dia idamkan, dok oversea semua haa. hahaha sakit pun hebat, kalau boleh nak jadi yang terminally ill patient hahaha. Banyak lagi wei kisah pasal dia tapi aku henti takat sini jela. Oh pasal dia kaki gebang ni semua orang tahu, satu sekolah sampai cikgu pun tau. Tapi semua buat2 layan. Belakang cakap lain. Hahaha kesian doh mak bapak dia. Cerita buruk pasal mak ayah dia kaki disco aku tak sanggup nak cerita wei. Aku tanya la mak dia yang pakai tudung tu boleh ke masuk disco, dia kata mak dia buka tudung, ayah mak dia memang kaki disco bagai. Fuhhhh selanjutnya aku tak sanggup nak cerita. Nak gebang pasal diri sendiri aku tak kesah, fitnah mak bapak ni aku tak tahan. Mak ayah dia terang2 orang educated memang bukan orang disco. Taubat lah kau Hani E. Aku bukan nak cerita kisah silam kau. Tapi aku nak bagitau kau, kalau kau rasa semua orang kat sekolah dulu percaya kat kau. Youre definitely wrong girl. Dorang semua tak percaya. So stop making up stories for you to look good. You actually looked very stupid back then with your super-gebang-stories.

Tata. Sorry.

Kawan yang terpaksa dengar cerita kau

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply