Semasa

Iklan tuduh sweden miliki kes rogol tertinggi

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang


AFP – SEORANG lelaki berjalan bersebelahan sebuah papan iklan di Lapangan Terbang Ataturk yang memaparkan mesej mengecam Sweden di Istanbul kelmarin.

ISTANBUL Sebuah papan iklan di Lapangan Terbang Istanbul mendakwa Sweden memiliki purata kes rogol tertinggi di dunia, menurut media rasmi Turki kelmarin, beberapa hari selepas Stockholm menuduh Ankara menghalalkan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Iklan bergambar dalam bahasa Inggeris dan Turki itu dipamerkan di Balai Berlepas Antarabangsa di Lapangan Terbang Ataturk dengan iklan teks tulisan:

Amaran Melancong! Tahukah anda Sweden mempunyai kadar kes rogol tertinggi di dunia?, lapor agensi berita Anadolu.

Berserta iklan itu adalah salinan muka hadapan akhbar rasmi prokerajaan, Gunes dengan tajuk berita: Sweden, sebuah negara rogol.

Seorang pegawai kerajaan Turki yang enggan namanya disiarkan berkata: Ia adalah iklan untuk surat khabar Gunes dan bukannya notis rasmi kerajaan.

Anadolu pula melaporkan, papan iklan di lapangan terbang itu dikendalikan sebuah syarikat swasta.

Iklan itu dilihat sebagai tindakan balas dendam selepas Menteri Luar Sweden, Margot Wallstrom mencetuskan kontroversi melalui mesej dalam akaun Twitternya yang menyatakan:

Tindakan Turki membenarkan seks dengan kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah perlu dihentikan ekoran keputusan kontroversi mahkamah perlembagaan Turki.

Rakan sejawatnya dari Turki, Mevlut Cavusoglu membidas kenyataan itu dengan menyatakan ia suatu yang tidak boleh diterima dan menyatakan Wallstrom seharusnya lebih bertanggungjawab. AFP

Sumber: Official News, Current Issuesbalqis07http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=639466″>Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply