Inspirasi

Itik puteri siti munawwarah – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Auto Draft

Assalamualaikum admin iium confessions.
Apa yg aku nak ceritakan ni dah lama berlaluKisah masa aku kanak2 tp masih ada benda yg bole dijadikan pengajaran.Kisahnya bermula begini

Cuti sekolah datang lagirutin aku bila cuti sekolah adalah pulang ke kampung dan akan berkumpul dengan sepupu sepapat dan jiran2 terdekat di rumah nenek. Satu hari tu aku teringin sangat nak jalan2 di sungai dan naik bot.Memandangkan aku ada makcik yg tinggal di kampung nelayan terdekat jadi aku dan sepupu2 bersepakat kumpul duit utk bayar duit minyak bot .

Selepas duit dikumpulkan kami pun bergerak naik basikal beramai2 menuju ke rumah makcik.Sampai di rumah makcik kami suarakan hasrat nak naik bot. Makcik dan pakcik pun setuju.Bila kami keluar ke jeti..tiba2 hujan turun.Hujan panas.sebelum tu cuaca elok je.Serentak dengan tu kipas motor bot patah.Tiba2 aku rasa tak sedap hati.Macam ada petanda buruk nak jadi. Pakcik minta kami masuk ke dalam rumah dulu sementara dia menggantikan kipas motor bot tu. Elok je kami masuk ke dalam hujan pun berhenti.Makin bertambah la rasa pelik tu.Selepas beberapa minit bot pun ok.Walaupun aku dah suarakan hasrat nak batalkan rancangan ni tapi sepupu dan jiran tetap nak teruskan hasrat naik bot.

Kami pun naik bot dan menikmati pemandangan di sepnjang perjalanan. Sepanjang pakcik membawa bot tu sepatah pun pakcik tak bercakap.aku tgok pakcik pelik.Matanya merah dan memandang ke satu arah je.Pakcik bawa bot terus sampai melintasi jambatan yg mengarah ke BP. kawasan tu dah tak ada rumah orang..Yg ada hutan2 jedan semakin sunyi.Aku semakin tak sedap hati.Aku minta pakcik pusing dan pulang..Tp jiranku yg kami panggil Botak pula dengan bahagia nya minta pakcik TERUSaku pulak kata PUSINGBotak tak tau betapa hati aku dah rasa nak pecah sebab tak sedap hati ni.Walaupun aku kata pusingpakcik tetap meneruskan perjalanan sampai aku berkeras dengan Botak dan Pakcik . aku minta pusingkan bot tu.Sbb kami dah berada jauh dari kawasan perkampungan nelayan.Kawasan sekeliling tu menyeramkan.

Dan satu perkara aneh yg terjadi ketika pakcik memusingkan bot dari dalam bot aku nampak kepala seekor itik keluar dari dalam sungai sedang memandang ke arah kami.Kepala sehingga leher sahaja. Dalam kepala aku ni puas berfikirbukan kah itik tak boleh tenggelam?Macamana itik tu boleh tenggelam dan menampakkan leher dan kepalanya saja? Muka itik tu pulak berwarna warni Ada ke itik bulunya warna warni ye? Aku hanya berfikir2 di dalam hati..Tapi sepupu yg aku panggil Angah menegur itik tu dengan kuat. EhApa tu??? . Dan dlm masa aku berfikir2 tentang itik tu itik tu mula menyelam semula.

Advertisment

Rupanya hanya aku dan Angah sahaja yg nampak itik misteri tu.Dua org lagi tak nampak.sampai rumah badan jadi rasa nak demam. Pakcik mmg tak bercakap dari tadi terus tidur di ruang tamu.Selepas kami mandi aku pergi melayan dua org anak makcik yang masih kecil.Mereka main bola dan tiba2 bola itu terkena kepala pakcik yg sedang tidur. Pakcik bangun dan merangkak.Aku ingat dia merangkak sebab nak layan anak2 nya.Bila pakcik merangkak..anak2 nya lari..rupanya pakcik merangkak dan mula mengejar saya.Aku dah rasa ada benda tak kena ni.Pakcik terus merangkak satu rumah mengejar kami semua yg ada dalam bot tadi.Kami ketakutan dan berpeluk sesama sendiri . Bila keadaan reda makcik arahkan kami masuk. Makcik aku ni adalah ilmu sikit.Bila kami berada di depan pakcik dan makcik Makcik suruh pakcik berhenti berenang.aku pelikBerenang? Makcik pun mula bersuaraHAAPA KAU NAK CAKAP DENGAN BUDAK2 NI ITIK? pakcik pun bersuara TADI BUDAK2 NI PANGGIL AKU MASA DI SUNGAI.AKU DATANG SEBAB NAK BAWAK BUDAK2 NI BALIK.AKU ADALAH ITIK PUTERI SITI MUNAWWARAH.aku xkan lupa nama itik tu sampai bila2.

Lpas dengar confession si itik yg dlm badan pakcik aku tukami menangis teresak2.Aku terus terfikir sampai di sini saja kah nyawa aku di dunia?Terus teringat emak di rumah..Adakah aku x kan dapat jumpa emak lagi lepas ni?.Itik tu nampak tegas.Tetap ingin ambil kami pulang ke sungai.Katanya tu syarat sbb kami dah panggil dia.Ni semua Angah punya pasal la.Angah yg jerit kuat2 bila nampak itik dekat sungai tu.

Setelah makcik berbincang2..itik bersetuju utk tidak mengambil kami.Tp itik berpesan kpd kamiJANGAN TEGUR APA2 SAHAJA YG KAMU NAMPAK BILA BERADA DI SUNGAI ATAU LAUT. (BENDA2 PELIK) . TU TANDANYA KAU PANGGIL IA. slpas sesi meminta maaf pakcik merangkak ke jeti dan kemudian pengsan.Malamnya seusai kami solat isyak berjemaahtiba2 makcik datang terlompat2tangannya bergerak laju seperti nak mematuk2.sekali lagi kami menjerit dan berpeluk ketakutanaku menjeritAPA LAGI YANG DATANG NImakcik mengaku dia monyet kawan itik tadi.Dia datang sebab nak bagi ubat supaya kami tak demam.Mmg lepas berjumpa itik tu kami masing2 rasa nak demam. Lepas pakcik izinkanmakcik yg mengaku monyet tu meletakkan tangan di badan kami masing2.Ketika dia nak pulang aku ingat lg ayatnyaHEI BUDAK AKU BALIK DULU TAU.berulang2 kali dia nyatakan ayat tuMagiknyalpas diubati monyet dedar badan kami hilang..Alhamdulillahsemangat kami pulih semula.

Mlm itu mcm2 bunyi yg aku dengar..Bunyi atap zink berderap dipijak oleh sesuatu yg beratBunyi burung berterbangan ..aku xtau lah sepupu yg lain dengar ke tak.Sebab aku tengok masing2 dah tidur.Aku tak sabar nak menunggu pagiaku tak sabar nak keluar dari situ.Cukuplah peristiwa pelik yang aku alami di situ.Betullah pesan orang tua2 kalau nampak benda pelik jangan ringan sangat mulut nak tegur. Lebih2 lagi di sungai dan lautan yg merupakan tempat tinggal Jin. (Betulkan kalau aku salah )Itulah kli terakhir aku tdo di situ. Selepas kejadian itu aku cuma datang melawat makcik saja.Tak tidur disitu.Dan aku ckup jaga adab yg satu niJangan Tegur

Kaklong

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply