Semasa

Kanak – kanak terlalu gemuk sampai sesak nafas.

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Kanak-kanak terlalu gemuk sampai sesak nafas

11 APRIL 2016

http://www.sinarharian.com.my/gl … esak-nafas-1.508507


Misael Caldogno Abreu dibantu alat bantuan pernafasan ketika tidur.

BRASILIA – BRAZIL. Seorang kanak-kanak mengalami masalah berat badan yang menyebabkan beliau sesak nafas ketika tidur.


Menurut Dailymail UK, Misael Caldogno Abreu, 5, mempunyai berat hampir 80 kilogram dan disyaki menghidap gangguan dalam pemakanan (eating disorder).
Gangguan tersebut, dikenali sebagai sindrom Prader-Willi menyebabkan Misael sentiasa lapar dan sentiasa mahu makan.


Menurut ibu bapa Misael, anak mereka pernah berhenti bernafas ketika tidur akibat berat badan yang merungsingkan.


“Semuanya payah untuk Misael. Dia seperti seorang bayi yang mempunyai berat badan seorang dewasa,” kata ayah Misael, Manoel Abreu, 38.
Misael juga bersaiz tiga kali ganda besar dari kanak-kanak yang sebaya umur dengannya.
Jantungnya menjadi sesak kerana tekanan berat badan (ketika tidur). Saya risau jika Misael tidak mendapat rawatan, anak saya mungkin akan terkorban,” kata Manoel risau.


Bagaimanapun, Manoel tetap tidak akan berputus asa untuk merawat anaknya menghadapi gangguan pelik tersebut.


Untuk menjamin keselamatan Misael, Manoel memakaikan alat bantuan pernafasan kepada Misael setiap kali anaknya itu tidur.

Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply