Inspirasi

Obses dengan kucing – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Obses Dengan Kucing

Assalamualaikum dan hai.
Terima kasih admin sekiranya terima confession aku ni.

Aku ni peminat kucing. Wlpn aku alergik dngn bulu kucing tp aku tetap suka bermain dngn kucing. Dlm adik-beradik aku setahu aku, aku sorang je kut yang terlebih-lebih bab kucing ni. Wlpn kat rumah aku ada la dlm 5/6 ekor kucing, tapi ada 1 kucing ni aku sayang sngt. Siapa yg berani usik kucing aku ni mesti aku akan marah. Sampai kekadang kucing tu pun mcm manja terlebih-lebih pulak. Maklum la ada yg akan bela.

Nama kucing aku ni black. (bukan nama sebenar). Aku mula syg black sejak dia jd hero bunuh ular lidi. Sejak tu aku dh mula manjakan black. Aku asyik risaukan black, sbb;

(1) kalau bab bg makanan, aku kena sediakan 1 pinggan khas lain utk black sekor je makan. Sbbnya aku prnh buat ltk 1 pinggan je, semua kucing kongsi makanan. Tp black aku tak tahu la dia perut apa. Boleh dia beralah, bg kucing2 lain makan dlu, last sekali bru dia makan. Itupun kalau ada sisa. Adoi. Geram jugaklah. Aku risau kucing aku ni lapar.

(2) black ni wlpn kucing jantan tp penakut gile. Asyik kne buli dngn kucing jantan lain je. Kesian aku tengok. Tak tahu la apa yg kucing jantan lain cemburu dngn black ni. Aku tengok baik je black ni. Tp kalau aku nmpk black yg mulakan dlu bergaduh mmg aku tarbiah black ni. Kekonon dpn aku baik, tp blkg boleh tahan samseng jugak. Bila aku nmpk black msk rumah takut2 dngn ekor kembang, mulut berbunyi-bunyi comfirm baru lepas gaduh. Mmg siap la kena bebel dngn aku. Nasib la black ni tak melawan balik ckp aku, karang aku pulak yg pengsan.

(3) wlpn aku merantau kerja ke negeri lain dr negeri asal aku, aku akan selalu blk kmpg sbb fikiran aku asyik risaukan black. aku risau black akan lupakan aku. Black ni kuat merajuk jugak.

Tp skrg black dh takde. Sejak black takde ni keobsessan aku terhdp kucing dh berkurang. Aku suka lg kucing tp aku malas nk syg lebih2 dh.

Yg aku peliknya, aku tak tahu black ni ada musuh sesama kucing atau sesama manusia. Sbb;

(1) setahu aku wlpn black suka merayap kemana-mana tp dlm sehari tu dia tetap akan balik ke rumah jugak. Tp ada la 1 hari tu black langsung tak blk rumah. Selalu aku panggil2 black, nnt muncul la dia. Tp bila dh 2 3 hari tak balik rumah aku punya risau mcm hilang anak. Siap aku suruh mak aku pun panggil2 black. Kekonon la black ni dh jumpe rumah best itu yg tak balik tu. Nk dkt seminggu jugak bru la black ni balik rumah. Dia balik rumah dngn badan panas, nmpk kurus, mata merah2 sakit. Mmg tak sihat la aku tengok black ni.

(2) aku tak tahu sapa punya angkara, boleh leher black terjerut dngn tali. Ketat. Nasib baik dia tahu blk rumah, mengiau-ngiau. Kalau aku tak perasan, entah apa jd la. Aku pun tak tahu dh berapa lama leher kucing aku tu terjerut. Kekadang aku pun bengang dengan kucing liar. Tp tak la sampai menyeksa kucing. Last2 aku kejar je kucing tu sambil bebel2. Thu la kucing tu pecut bila nampak aku.

(3) seingt aku waktu kucing aku demam, tak lama lepas tu dh okey. Lega jugak la. Tak la risau sngt. Tp tup2 seminggu lepas aku gi kerja kt negeri lain, akak aku kata kucing aku kaki mcm patah. Perut sakit. Bnyk air keluar. Bdn kurus kering sampai nmpk tulang. Aku pun pelik la. Setahu aku, last aku tengok black dia okey je. tak la tengok mcm akak aku gambarkan. Aku pun nk sedapkan hati, akak aku salah tengok kucing kut. Mungkin kucing lain yang sakit. Tp bila mak aku ckp mmg black yg sakit. Mmg risau habis la. Bila aku blk rumah, aku mcm tak cam itu black. Lain sngt2. Kurus kering sungguh2. Sehari sblm black mati, aku jaga black elok2. Bila aku tengok keadaan black, sedih sngt. Macam terseksa sungguh kucing aku tu.

Disebabkan aku suka kucing, aku paling anti kalau tengok org buat jahat dengan kucing. Wlpn kucing tak faham bahasa manusia tp sbb aku suka kucing, bila aku sembang2 dengan kucing aku, bebel ke apa2, aku dpt rasakan kucing aku ni faham. Kalau luahkn dkt manusia, kena tahan telinga jugak la. Tp kalau luahkan dkt kucing, alih2 kucing tu buat muka comel jelah.

Berbuat baiklah sesama haiwan. Masing2 ada haknya.

Siapa sini yg obses dengan kucing. Kita geng .

suka kucing_hitam

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply