Inspirasi

Saya bingung – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Saya Bingung

Salam ,

Saya bukan student UIA. Saya student kolej biasa je. Ambik kos tourism. Sekarang dah separuh jalan. Saya ada problem. Saya takda niat nak teruskan study lagi. Saya nak quit. Saya dah cuba paksa untuk teruskan tapi hati saya tetap kata TAK. Saya tak tau nak buat apa dah. Dah bagitau parents tapi diorang marah. Saya bingung. Saya keliru. Saya stress. Kos saya ni perlukan duit yang banyak. Dengan keadaan saya yg tinggal luar kolej lagi, menyewa. Semua perlukan duit. Saya ni bukan dari keluarga yg senang. Saya ingat kalau saya teruskan, saya makin tambah beban parents saya. Saya bingung. Apa perlu saya buat? Kalau masuk kelas, saya susah nak fokus sebab asyik fikir pasal duit, duit, duit dan duit. Kos kitorang ni asyik asyik keluar, asyik asyik travel. Tu semua perlukan duit jugak. Lecturer pulak asyik asyik mintak duit. Bayar yg ni, bayar yg tu. Ya Allah! Stress saya tiap2 kali masuk kelas. Sebab apa? Sebab confirm lecturer akan mintak duit.

Saya rasa saya makin susahkan parents saya. Saya rasa saya ni makin menambahkan beban diorang. Tolong saya. Apa perlu saya buat? Dalam kelas tak fokus. Dalam bilik menangis sebab fikirkan masalah ni. Saya betul2 bingung. Saya stress. Apa2 kerja yg lecturer bagi kadang2 saya tak buat langsung. Kalau saya buat pun, saya buat last minute. Bukan pasal malas. Tapi memang hati ni dah takde nak ke arah study. Dah lah satu subject ni saya satu group dengan student yg malas buat kerja. Semua kerja harapkan orang je nak buat. Tu makin buat saya tambah stress. Saya betul2 bingung, admin. Apa perlu saya buat? Dah doa banyak2, tapi tetap jugak hati ni kata TAK BOLEH NAK TERUSKAN. Ya Allah! Saya bingung. Betul2 bingung. Buntu. Tak tau nak buat apa dah.

-Budak Bingung-

R

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply