Inspirasi

3 persediaan sebelum belajar di luar negara – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

3 Persediaan Sebelum Belajar Di Luar Negara

Hi. Aku bekas pelajar A-Level dan pemegang biasiswa. Hari ni aku nk buat confession utk menyedarkan lepasan SPM to think twice (or maybe lebih) and to follow you own decision. Aku merayu. Buatlah keputusan sendiri sebab dalam ni, aku akan cerita kenapa kau kena buat keputusan sendiri. Kau akan faham nanti.

1. Faham betul- betul.
Bila kau dapat result gempak, InsyaAllah kau akan dapat biasiswa. Faham betul- betul beza biasiswa dengan pinjaman mudah alih. Bila orang nak kasi duit dekat kita, tidak akan semudah ABC sahaja. Pasti kau akan terikat dengan atau kontrak. Cakna betul- betul isi kandungan kontrak tu. Kau jangan hentam setuju ja sebab terlalu ghairah nak belajar overseas. Kalau kau tersangkut waktu persediaan ( A-Levels, International Baccalaureate) , kau kena bayar balik in which busuk-busuk 50k. Kalau orang tua kau kaya, mungkin ini bukan satu perkara penting untuk kau pertimbangkan. Tetapi untuk orang macam aku, berat. Makanya, kau faham dulu apa penaja kau inginkan dari kau.

2. A- Levels
Aku tak nak cerita IB sebab aku lulusan A-Levels. Orang cakap A-Levels ni macam SPM je. Ya. Aku akui memang macam SPM. Tapi SPM kalau kau repeat paper atau recheck, tak koyak poket kau. Tapi A-Levels, satu paper boleh makan duit kau sampai rm700. Kau mampu? Fikirlah betul-betul wahai adik-adik. Tak semestinya kau repeat paper sebab kau gagal. Kau dapat B pun kau kena repeat sebab apa yang kau perlu hanyalah A. Inilah hakikatnya. Aku nak cerita risiko, bab kau boleh berjaya kalau usaha betul-betul, aku tak nak hurai sebab hakikatnya lebih ramai yg sangkut dari yang lepas.

3. Stress
Belajar mana pun stress. Betul. A-Levels pun stress. Sebab kau pertaruhkan bukan hanya result kau tetapi juga maruah keluarga dan wang. Parents kau mesti dah canang kau akan fly pergi UK walaupun kau tak habis lagi persediaan sebab orang sekeliling tak faham A-Levels itu apa. Bila keadaan tidak menyebelahi kau, mulalah orang cakap belakang. Kau dah bersedia untuk semua tu? Dua tahun belajar, dimana kawan kau dah masuk degree dan kau masih dengan persediaan dan keadaan masa depan yang seolah-olah dlm perjudiaan. Kau dah bersedia? Tepuk dada, tanyalah selera.

Makanya, kalau kau rasa kau tak mampu nak ubah cara kau belajar dan sebagainya, janganlah perjudikan masa depan untuk perkara yang berisiko tinggi. Memang seronok dapat terbang dan bermusafir mencari ilmu di negeri orang. Tapi ranjau yg kau harus lalui sangat menyakitkan. Jangan gelojoh. Fikir masak-masak. Kalau orang tentukan keputusan untuk kau, dan kau gagal. Kau akan hilang pertimbangan dan mulalah episod hilang rasional diri. Makanya, istikharah dan faham betul-betul.
Kepada seniors, jangan menggula-gula adik-adik kita dengan hal yg indah semata-mata. Realistik. Kerana itu lebih baik.
Doakan aku berjaya di negeri orang.

anonymous

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply