Inspirasi

Aku dan si tangan – [kisah dunia]

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Aku Dan Si Tangan

Assalamualaikum,

Aku nak bercerita kisah waktu aku student dulu. Nama aku A. Dulu aku belajar di luar negara. Negara apa aku tak yah bagitau la sebab kalau aku bagitau sure kawan2 aku dapat agak aku siapa.Dulu aku lagha sikit. Sikit je tak banyak sangat. Aku nak cerita kisah turning point dalam hidup aku. Daripada lagha ke tak berapa lagha.

****

Kisah bermula bila aku dan member2 aku pergi berjalan waktu winter break ke Egypt. Aku tak nak cite banyak sangat pasal Egypt. Negara tu memang cantik. Siap melawat piramid (tapi bila pikir balik sekarang ni apa kejadahnya aku gi masuk piramid tu.. siap merangkak2 nak masuk.. dah la gelap, seram pun ada). Kat sana kami jumpa sorang student yang jadi tour guide dan driver kitorang. Bagus bro ni. Tahfiz. Dia bawak kitorang ke Sinai. Dalam perjalanan dari Cairo ke Sinai aku rasa lain macam. Badan aku sejuk, berpeluh2 dan aku sesak nafas. Lama plak tu. Dah sampai Sinai aku terus tidur. Paginya bro tu cerita kat kawan aku yang semalam ada benda menumpang kat atas kereta kitorang tapi dia tak nak cerita sebab takut kitorang gelabah). Nasib baik la bro tu tak cerita.

****

Balik ke negara tempat aku belajar. Seminggu lepas tu aku selalu mimpi benda2 tak best. Satu hari tu aku tidur petang. Bila aku terjaga aku bukak mata, aku nampak tangan baby yang hitam atas mata aku. Aku tak rasa. Aku nampak je. Terkejut nak mampus aku. Bila aku pejam dan bukak mata tangan tu dah takde. Disebabkan aku terlampau terkejut terus aku melompat turun katil sambil menyumpah seranah. Tangan baby tu memang real. Aku fikir aku mamai. Tapi tak. Tah kenapa aku jadi marah sangat, aku cakap kat tangan yang kacau aku tadi Kalau kau berani, kau tunjuk la siapa kau. Jangan tunjuk tangan je. (Tah dari mana datang keberanian aku tu, tapi nasib baik dia tak tunjuk, kalau tak mau aku pengsan kat situ)

****
Lepas beberapa hari sejak kejadian berjumpa tangan tu, aku jadi paranoid. Aku sentiasa rasa ada benda yang perhatikan aku. Korang sure boleh rasa kan kalau ada orang tenung korang. Macam tu la aku rasa setiap hari. Bila aku mengadap laptop aku rasa ada orang kat belakang aku. Bila toleh tak ada. Bila aku gi dapur aku rasa ada benda renung aku. Tapi tak ada jugak. Macam orang gila aku rasa. Tapi paling kronik bila hari gelap nak malam. Time tu aku rasa satu perasaan takut yang teramat. Menggigil aku tahan takut. Takut sebab apa pun aku tak tau. Dah la time tu still winter. Malam cepat. Waktu tu bila malam je aku mesti gi rumah member aku. Tido situ. Nasib baik la member aku tu layankan je. Lama jugakla aku melepak rumah member aku bila malam.

****
Lepas 2 minggu aku dah boleh terima keadaan aku tu. Aku still takut tapi aku dah boleh stay sorang2 bila malam. Paranoid tu still ada. Aku cuba cerita kat orang apa yang aku rasa tapi tak de sapa yang boleh bagi solution. Aku start pasang ruqyah. Setiap hari 24 jam non-stop. Kalau tak aku tak boleh tidur. Ayat2 ruqyah sentiasa dalam mp3 aku in case aku travel ke mana2. Aku mula lebih dekatkan diri dengan Tuhan. Aku perasan aku makin berubah menjadi lebih baik dan kurang lagha.

****

Lama2 perasaan paranoid aku tu hilang. Mimpi2 pelik pun dah kurang dan aku makin jadi berani bila aku rasa aku lebih takutkan Tuhan dari apa2 benda di dunia waktu tu. Terima kasih pada tangan hitam tu yang kejutkan aku dan benda yang sentiasa perhatikan aku tu. Wlaaupun aku tak pasti dari mana korang datang, tanpa korang mesti aku masih di dunia aku dulu.

A

Sumber & Kredit: iiumc

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply