Semasa

Berang ditahan, suami isteri gigit polis

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Quote:


KUCHING: Berang ditahan dalam sekatan jalan raya, sepasang suami isteri ‘naik minyak’ dan memaki hamun anggota polis yang menahan mereka, malam semalam

Tidak cukup dengan itu, pasangan terbabit turut bertindak mencederakan anggota polis bertugas, termasuk menggigit lengan dua anggota polis bertugas

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai ketika mengesahkan kejadian, berkata insiden berlaku ketika dua anggotanya menjalankan operasi cegah jenayah di Jalan Matang Baru, di sini

Katanya, anggota terbabit terserempak dengan sebuah kenderaan jenis Perodua Kancil dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan lanjut

“Ketika kejadian, kenderaan terbabit dipandu seorang wanita berusia 41 tahun, manakala penumpang lelaki berusia 44 tahun dan mereka dipercayai pasangan suami isteri

“Anggota terbabit kemudian memeriksa bahagian belakang kenderaan itu dan penumpang lelaki tiba-tiba keluar, seterusnya menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota bertugas,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi

Katanya, lelaki terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol bertindak di luar batasan apabila cuba merampas senjata api jwnis HK- MP5 dibawa seorang anggota bertugas menyebabkannya terpaksa ditahan.

“Melihat keadaan itu, pemandu wanita terbabit meluru ke arah anggota bertugas dan berlaku sedikit pergelutan. Ketika itulah, suspek lelaki menggigit lengan kiri Konstabel Rasid Harun, manakala suspek wanita mengigit lengan kiri Koperal Limsa Zaini

“Namun, tindakan pantas kedua-dua anggota terbabit berjaya menahan pasangan berkenaan walaupun mengalami kecederaan,” katanya

Abang Ahmad ketika mengulas lanjut, berkata pasangan terbabit direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/185697


Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply