Semasa

Dapur gred c: keracunan makanan di mckk

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani | Ogos 19, 2016 22:54 MYT

Dalam kes keracunan di MCKK tersebut, siasatan awal mendapati perkakasan seperti dulang, penapis air, mangkuk dan pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna. – Foto Wikipedia

KUALA KANGSAR: Seramai 56 pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) mengalami keracunan makanan dan tiga daripadanya dirujuk kepada Hospital Kuala Kangsar, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Juita Ghazali, berkata, laporan diterima kira-kira 11.20 malam kelmarin melibatkan beberpa pelajar.

Menurutnya, semalam tiga pelajar dirujuk ke hospital tersebut manakala pelajar lain dirawat sebagai pesakit luar.

Tambah beliau, kes awal mula dikesan sekitar jam 3 petang melibatkan empat pelajar pada Rabu lepas.

Kemudian, 38 lagi pelajar dilaporkan mengalami gejala sama kira-kira jam 7 petang kelmarin.

“Pelajar-pelajar mengalami simptom seperti muntah, loya, demam, pening dan sakit perut. Keputusan untuk ujian makmal masih belum diperolehi.

“Kebersihan dapur juga dilihat menunjukkan tahap kebersihan menurun. Pemeriksaan yang dilakukan pada 7 Ogos lepas, tahap kebersihan adalah 90.81 peratus.

“Manakala tahap kebersihan hanya 68.96 peratus semasa pemeriksaan dilakukan semalam. Makanan yang disyaki tercemar masih dalam siasatan,” katanya kepada Astro AWANI pada petang Jumaat.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan antara faktor menyebabkan berlaku keracunan adalah disebabkan penggunaan perkakas yang kotor semasa menyediakan makanan.

Siasatan awal mendapati perkakasan seperti dulang, penapis air, mangkuk dan pinggan tidak dibersihkan dengan sempurna.
“Malah, van yang digunakan untuk mengangkut makanan dari dapur ke dewan makan juga didapati dalam keadaan kotor.

“Kakitangan ada menjumpai ulat sampah dalam van tersebut. Buat masa ini, dapur asrama ditutup mengikut Akta CDC 1988,” ujarnya.


Sumber: Cari

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply