Semasa

Hanya disebabkan kebaikan yang dibuat, pelanggan beri tip rm 2000 walaupun harga air rm 1.50

Perkongsian

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Sumber: CNN Oleh: Aimi Nordin

Percayalah setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas pasti akan ada ganjaran yang kita akan dapat.

Itulah yang berlaku kepada seorang pelayan restoran di Dallas apabila terkejut mendapat tip sebanyak RM 2000 ($500) daripada seorang pelanggan yang tak dikenali. Kasey Simmons terkejut menerima tip tersebut walhal harga minuman yang dipesan oleh pelanggan tersebut hanyalah RM 1.50 ($0.37).

‘Mereka memesan minuman yang paling murah dalam menu, air berperisa”, kata Kasey Simmons.

Bersama tip tersebut disertakan sekeping nota mengapa pelanggan tersebut sanggup memberikan tip sebanyak itu. Sehari sebelum kejadian, Simmons pergi ke sebuah pasaraya di kawasan berdekatan. Semasa ingin membuat pembayaran dia melihat seorang wanita tua kelihatan murung dan sedih.

Simmon terus menghampiri wanita berkenaan dan mengajaknya berbual untuk menceriakannya dan membayar semua barang yang dibeli wanita tersebut.

“Harga barang hanya $17 (RM68), dan saya tak kisah pasal duit. Ianya untuk menunjukkan ada orang yang mengambil berat mengenainya. ” kata Simmons.

Jadi, pelanggan yang memberi tip tersebut merupakan anak kepada wanita tersebut. Hari wanita itu bersedih adalah hari ulang tahun kematian suaminya.

“Pada hari yang paling menyedihkan setiap tahun… kamu telah membuat hari ibu saya ceria”

“Kamu berdegil untuk bayar. Beritahu dia yang dia adalah seorang yang cantik. Sudah lama saya tak nampak dia senyum selebar itu sejak ayah meninggal”, tulis nota itu.

Simmons berkata, dia tidak menyangka kebaikan kecil yang dibuat olehnya akan memberikan impak yang besar ke atas wanita tua itu.

Sumber: Era

–> K1ik jika rasa post ini patut dibuang

Perkongsian

Comments

comments

Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:
telegram.me/kisahdunia


P/s: Terima kasih sudi membaca dan share. Jangan lupa tag nama kekawan korang dalam komen.

Mohon kerjasama untuk klik SHARE artikel ini supaya nampak lebih aktif. Terima Kasih
ibeli4u
carikerja4u

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply